Resepi Cheff: Puding

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Puding karamel cream cracker



Bahan-bahan :

5 bj telur*
1 tin susu cair*
7 keping biskut jagung@creamcracker*
4 sudu besar gula*
5/6 sb gula utk karamel


Cara-cara:
1. Cairkan gula karamel..siap.. Ketepikan
2. Blend semua bhn bertanda *
3. Curah dlm bekas karamel td..
4. Kukus 40 minit.. Siap..

Simple tapi sedappp😋😋

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Puding Karamel 

Bahan bahan :-

  • 3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
  • 1 Peket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin koktail buah-buahan

Cara cara membuat Puding Karamel:-

  1. Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
  2. Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikaucau sehingga tidak berketul.
  3. Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
  4. Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
  5. Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
  6. Bila hendak dimakan, hidangkan bersama koktail buah-buah tadi.

Puding Oreo Milo

Puding Oreo Milo


Bahan bahan :


  • 10gram agar2 tali
  • 750 L air
  • 1cwn gula pasir
  • 1tin susu cair
  • 1paket oreo
  • 1cwn serbuk milo



Cara cara membuat Puding Oreo Milo :


  1. Basuh agar2,  masukkn ke dlm air yg telah mendidih..masak hingga agar2 larut ..sentiasa kacau..
  2. Kemudian msukkn gula..bila gula telah larut mskkn susu..
  3. bahagikn kepd 2..agar2 yg pe1 d campurkn milo..agar2 yg ke2 di biarkn warna asal..
  4. tuang agar2 milo dlm acuan bila da keras tuang agar2 susu n masukkn oreo yg d bela 2 bersama cream sekali..
  5. bila lapisan ke2 keras ,tuang lapisan terakhir agar2 milo ..
  6. tunggu sehingga suhu bilik then masukkn ke dlm peti sejuk..
  7. sedap d mkn ketika sejuk...

Puding Roti

Puding Roti
Puding Roti 


Bahan bahan:

  • 8 keping roti (gardenia @ hi5)
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sbb takut nanti manis sgt)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
  • 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
  • Kismis utk hiasan

Cara cara membuat Puding Roti  :

  1. Koyakkan roti ke dalam loyang.
  2. Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dcampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul2 hancur).
  3. Masukan bahan yang dputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.
  4. Taburkan kismis ke atasnya.. Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing2. (Kena tabur selepas bahan di. No 3 drendam 20-30 minit)
  5. Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.

Utk sos kastard :-
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara cara menyediakan Puding Roti :
  1. Campurkan kesemua bahan ke dlm periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing2.
  2. Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dlm peti sejuk dahulu sebelum dpotong dan dtuang sos kastard.

Puding cendol

Puding cendol

Bahan bahan:

  • 30g agar2
  • 4 1/2 cawan air 
  • 2 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 cawan cendol
  • 1 1/4 cawan gula
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 3 helai daun pndan

 Cara cara membuat Puding Cendol :

  1. Rendam dulu agar2 bg lembut.. msak dgn 4 1/2 cwn air dn daun pndan...
  2. bila larut msukan gula..garam..santan.. jgan sampai mendidih ye.... tapis.. 
  3. bahagi kpd 2 bhgian.. satu bhgian msukan gula merah dan biarkan ats api perlahan.. satu lgi masukan cendol.. masak sekejap.. jgan sampai mendidih ye.. 
  4. tuangkan dlm loyang  yg senang d terbalikan...
  5. bila betul2 beku... cakar2 kn permukaan...masukan bahgian gula merah... 
  6. sejukkan sebentar sebelum d terbalikan..
  7. Selamat mencuba..

Puding Aiskrim Oreo

Puding Aiskrim Oreo


Bahan bahan:

  • 1pkt agar2 tali
  • 1250ml air
  •  100grm gula
  • 1tin susu cair
  • 2biji telur(optional)
  • 1bgk biskut oreo
  • Aiskrim(sy guna 4 senduk besar)
  • Esen vanila(jik guna telur)

Cara cara membuat Puding Aiskrim Oreo:

  1. Masak agar2 bersama air. Masukkan gula dan kacau perlahan
  2. Oreo dikisar dlm pengisar kering
  3. Kacau susu cair bersama aiskrim,telur dan esen vanila
  4. Apabila agar2 dah larut n sebati masukkan bhn yg dikisar tadi(susu cair,telur n aiskrim) n kacau perlahan hgga sebati.
  5. Masukkan oreo yg dikisar.kacau lagi biar mendidih sekejap n padamkan api. sejukkan dlm acuan.simpan dlm peti sejuk.siap

Puding Jagung Lemak Manis

Puding jagung

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 1 tin jagung krim
  • 1 cawan tepung kastard
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 tin susu sejat
  • 1 cawan santan @ 1 kotak santan 200ml
  • 1 cawan air
  • 2 1/2 sudu susu manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna kuning

Cara-cara membuat Puding Jagung :

  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.
  2. Masak adunan hingga pekat kemudian matikan api.
  3. Tuangkan adunan  ke dalam loyang. Biarkan puding sejuk seketika.
  4. Masukkan ke dalam peti ais untuk didinginkan.

Puding roti dua rasa


 Bahan-bahan :
  • 4 keping roti putih
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn gula pasir
  • 170ml susu cair/segar
  • 1 paket serbuk agar2@agar2 tali
  • 2 sudu  butter
  • 4 1/2 cwn air
  • *any colour n flavour what u want*
  • (boleh letak flavour green apple n laici)
Cara-cara membuat Puding roti  :
  1. Masak agar2 dan gula bersama 3 cawan air.
  2. Blander halus roti putih, telur, susu pekat dan susu cair dan  1 1/2 air then masukan ke dalam agar2 td. (kacau selalu takut adunan akn hangus nanti)
  3. Masukan butter dan kacau sebati
  4. Bahagi aduna kepada 2 bahagian warna dan perasa
  5. Basahkan loyang dengan air. Kukus lapisan pertama selama 8minit di ikuti lapisan ke-2
  6. Siap. Tunggu sejuk kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk

Puding Milo Lapis Oreo


Resepi Puding Milo

Bahan-bahan :

  • 10g serbuk agar2
  • 750ml air
  • 150g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan 2


Cara-cara membuat Puding Milo :


  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  2. Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
  3. Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
  4. Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Puding karamel butterscotch

Puding karamel butterscotch

Bahan-bahan:
  • 4 sudu gula
  • 2 sudu  air panas
  • 4 biji telur
  • 3 keping roti butterscotch
  • 1 tin susu cair
  • 250ml air
  • 3 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh  butterscotch essence

Cara-cara menyediakan Puding karamel: 
  1. Masak gula bersama air panas hingga menjadi gula hangus@karamel. Tuang ke dalam loyang. Biarkan.
  2. Carik2kan roti, kemudian kisar roti tersebut bersama susu cair hingga halus. Kemudian tuang ke dalam satu mangkuk. 
  3. Pecahkan telur dan kacau bagi sebati dalam satu bekas lain. Tapis ke dalam adunan tadi.
  4. Masukkan air, susu pekat dan butterscotch essense  dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Kukus selama 30minit@ hingga masak.
  7. Apabila dah masak, biarkan ia sejuk seketika. Terbalikkan kedalam pinggan.
  8. Simpan dalam peti ais..


Agar-Agar Kelapa

Agar-agar kelapa
Bahan-Bahan :

  • 1 paket Agar - agar
  • 1 cawan Air kelapa
  • Isi buah kelapa
  • 250ml Air
  • Gula
  • Susu cair
Cara cara  membuat Agar-agar kelapa:
  1. Didihkan air di dalam periuk, masukkan agar-agar dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan gula, susu cair, air kelapa dan isiny, kacau lagi. 
  3. Apabila semua sudah sebati, tutup api.
  4. Tuang ke dalam bekas dan biarkan ia sejuk.
  5. Simpan dalam peti ais hingga sejuk sebelum dihidang.

Resepi Puding Roti Bakar

Resepi Puding Roti Bakar

Bahan-bahan:-

  • 9 keping roti  
  • 2 sudu  butter
  • 3 sudu kismis
Bahan A
  • 2 cawan susu segar
  • 4 sudu gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara menyediakan Puding Roti Bakar:


  1. Masukkan semua bahan A ke dalam satu bekas. Masukkan roti yang dikoyak ke dalam bekas tadi dan biarkan terendam seketika.
  2.  Butter dicairkan dan dimasukkan ke dalam adunan tadi bersama separuh kismis. Gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak. Baki kismis ditabur ke atas adunan.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. Siap
    .

Puding kek kastad istimewa


Bahan-Bahan:

  • 1 biji kek mentega
  • 100g tepung kastard
  • 1/4 tin susu pekat1/4 tin susu cair
  • 1 tin airSedikit mentega

Cara Menyediakan Puding kek kastad:


  1. Semua bahan kecuali kek dicampur dan dikacau di atas api perlahan sehingga pekat.
  2. Leserkan mentega pada acuan, kemudian susun kek mentega dalam acuan. Tuang masakan tadi di atas kek tersebut.
  3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150 Celsius selama 8 - 10 minit.
  4. Siap untuk dihidang. Boleh juga dimakan dengan sos kastard.

Puding Karamel

Puding Karamel
Puding Karamel
Bahan-bahan:
  • 400ml susu segar/susu cair
  • 5 sudu  gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 biji telur kuning
  • 3 titik esen vanila 
 Bahan Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air


Cara-cara membuat Puding Karamel :
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula. Kacau  sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan tapi jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais - iamnyssa.blogspot.com

Puding Roti Kukus

Puding Roti Kukus
Puding Roti Kukus

Bahan-bahan :
  • 6 keping roti  dipotong kecil-kecil
  • 375ml susu cair
  • 2 biji telur
  • 3 sudu  gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu  butter cup
  • kismis

Cara-cara membuat Puding Kukus:
  1. Gaul gula, telur dan esen vanilla, kacau rata. Masukkan pula susu cair serta kacau hingga sebati. 
  2. Roti disapu dengan butter dan disusun dalam loyang. 
  3. Adunan  tadi dituang ke atas roti dan bolehlah diletakkan kismis 
  4. Kukus  selama 25 minit dengan api sederhana. 
  5. Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sebelum Puding Roti Kukus dihidangkan...
Lagi resepi puding...


Resepi Puding Roti Cinnamon

Puding Roti Cinnamon

Bahan-bahan :

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur 
  • 2 1/2 sudu  gula 
  • 1 sudu mentega  
  • 200ml susu segar  
  • 1 sudu kecil cinnamon powder 
  •  esen vanilla
  • 2 sudu kismis
  • chocolate syrup Hershey's -optional

Cara-cara Puding Roti Cinnamon:

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan mentega dan susu. Gaul sehingga rata.
  2. Masukkan cinnamon powder dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Carikkan roti dan masukkan ke dalam adunan. Biar semua roti tenggelam.
  4. Masukkan kismis dan gaul sehingga rata.
  5. Masukan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dileset minyak
  6. Panaskan oven kemudian masak sekitar 10-15 minit.
  7. Bila sejuk, letakkan  chocolate syrup Hershey's.

Resepi Puding Roti Istimewa

Puding Roti
Resepi Puding Roti
Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1 sudu butter - cairkan
  • 1/4 cawan gula 
  • 235ml susu cair
  • esen vanilla
  • kismis

Cara-Cara membuat Puding Roti :
  1. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla hingga sebati. Ketepikan.
  2. Bakar roti  dalam toaster hingga garing. Carik-carikkan dan masukkan ke dalam acuan.
  3. Tabur kismis di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  4.  Lapiskan dengan adunan telur tadi. Biarkan seketika supaya adunan telur meresap ke dalam roti.Tabur lebihan kismis.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 Chingga keperangan. Lebih kurang selama 25 minit.
  6. Siap untuk dihidang.

Puding Dadih Buah-Buahan

Puding Dadih Buah-Buahan
Bahan-bahan:
  • 1 peket serbuk dadih buah-buahan (perasa ikut pilihan)
  • 1500ml air
  • 200ml susu sejat
  • 50g gula halus
  • Acuan puding secukupnya

Cara-cara membuat Puding Dadih Buah-Buahan :

  1. Masak air bersama susu dan gula hingga mendidih. Perlahankan  api dan masukkan serbuk dadih. kacau rata.
  2. Masukkan gula buah-buahan ( ada dalam paket serbuk dadih ) dan terus kacau.Matikan api.
  3. Tuang adunan puding ke dalam acuan kecil hingga habis dan sejukkan.
  4. Kemudian simpan di dalam peti sejuk
  5. Siap untuk dihidang.. 
*Jika suka boleh dihias puding dengan buah segar yag dipotong kecil atau buah koktel.

Puding Pelangi Gula Hangus

Puding Pelangi Gula Hangus

Bahan gula hangus:
  • 300g gula
  • Air secukupnya

Bahan puding:
  • 300g agar-agar
  • 850ml air
  • 200g gula
  • Sedikit garam
  • 50g tepung jagung
  • 1 sudu vanila
  • 1 tin susu cair
  • Pewarna ikut cita rasa


Cara membuat Puding Gula Hangus :

  1. Panaskan gula hingga keperang-perangan. Apabila gula larut masukkan air. Padamkan api. Biarkan sejuk. Ketepikan.
  2. Rebus agar-agar hingga larut.
  3. Masukkan gula, garam dan kacau. Ketepikan.
  4. Bancuh tepung jagung bersama air. Masukkan ke dalam adunan agar-agar tadi.
  5. Kacau hingga berkilat dan jernih.
  6. Masukkan vanila dan susu cair. Kacau lagi.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda suka.
  8. Masukkan sedikit gula hangus ke dalam acuan. Kacau lagi.
  9. Tuang ke dalam acuan mengikut warna secara bergilir-gilir.
  10. Simpan ke dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.
  11. Makan bersama gula hangus.