Puding Karamel

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Puding Karamel


Puding Karamel
Puding Karamel
Bahan-bahan:
  • 400ml susu segar/susu cair
  • 5 sudu  gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 biji telur kuning
  • 3 titik esen vanila 
 Bahan Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air


Cara-cara membuat Puding Karamel :
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula. Kacau  sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan tapi jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais - iamnyssa.blogspot.com
, , , ,