Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur




Puding Karamel 

Bahan bahan :-

  • 3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
  • 1 Peket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin koktail buah-buahan

Cara cara membuat Puding Karamel:-

  1. Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
  2. Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikaucau sehingga tidak berketul.
  3. Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
  4. Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
  5. Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
  6. Bila hendak dimakan, hidangkan bersama koktail buah-buah tadi.
, , , ,