Sayur Lodeh Kuah Lontong

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Sayur Lodeh Kuah Lontong


Sayur Lodeh Kuah Lontong
Sayur lodeh  kuah lontong

Bahan-bahan:

  • 2 batang serai  dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas  diketuk
  • 200 g udang hidup 
  • 2 ltr santan pekat  @ 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak untuk menumis

Bahan dikisar halus:
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu udang kering
  • 2 sudu ikan bilis
  • 2 sudu teh jintan kasar - sangar
  • sedikit belacan  
Bahan sayur:
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering direndam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu dipotong kecil dan digoreng
  • 4 keping tempe dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un  direndam
  • lada merah dan hijau  dipotong serong

Cara-cara membuat Sayur Lodeh Kuah Lontong

  1. Tumis bahan kisar bersama serai hingga naik bau. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang,santan,daun salam dan lengkuas. Masak hingga mendidih.
  2. Bahan sayur dipotong kecil ikut citarasa sendiri. Masukkan sayur bermula yang keras dahulu hingga habis kesemuanya. Tambah air hingga semua sayur tenggelam.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih dan sayur menjadi lembut.
  4.  Siap. Hidangkan bersama lontong @ nasi himpit dan sambal tumis.
, , , , ,