Puding Roti

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Puding Roti


Puding Roti 


Bahan bahan:

  • 8 keping roti (gardenia @ hi5)
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sbb takut nanti manis sgt)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
  • 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
  • Kismis utk hiasan

Cara cara membuat Puding Roti  :

  1. Koyakkan roti ke dalam loyang.
  2. Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dcampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul2 hancur).
  3. Masukan bahan yang dputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.
  4. Taburkan kismis ke atasnya.. Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing2. (Kena tabur selepas bahan di. No 3 drendam 20-30 minit)
  5. Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.

Utk sos kastard :-
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara cara:
  1. Campurkan kesemua bahan ke dlm periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing2.
  2. Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dlm peti sejuk dahulu sebelum dpotong dan dtuang sos kastard.
, , ,