Char Kuey Teow Penang

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Char Kuey Teow Penang

Char Kuey Teow Penang
 Char Kuey Teow
Bahan - bahan: 


  •  500g kueyteow - Jenis kecil2 (Penang style)
  • 2 sudu bahan tumisan - bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • 1 sudu cili boh
  • 4 sudu sos char kueyteow
  • 300g udang
  • 200g kerang
  • 150g taugeh
  • 100g kucai
  • 1 keping kek ikan
  • 3 biji telur
  • Air -  nak lebih enak gunakan air udang
  • Garam secukup rasa
** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja.

Cara - cara memasak  Char Kuey Teow :

  1. Tumis bahan tumisan hingga bau wangi.
  2. Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak.Masukkan sos char kueyteow  dan kacau.
  3. Masukkan udang & kerang. Gaul sehingga rata.
  4. Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak2 nak masak.
  5. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat.
  6. Hidangkan terus agar kueyteow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.

, , , ,