Puding Jagung Lemak Manis

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Puding Jagung Lemak Manis




Puding jagung

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 1 tin jagung krim
  • 1 cawan tepung kastard
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 tin susu sejat
  • 1 cawan santan @ 1 kotak santan 200ml
  • 1 cawan air
  • 2 1/2 sudu susu manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna kuning

Cara-cara membuat Puding Jagung :

  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.
  2. Masak adunan hingga pekat kemudian matikan api.
  3. Tuangkan adunan  ke dalam loyang. Biarkan puding sejuk seketika.
  4. Masukkan ke dalam peti ais untuk didinginkan.
,