Resepi Cheff: Ikan
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Asam Pedas Ikan

Hye Assalamualaikum.
Sejak kebelakangan ni cuaca tidak menentu kan. Kadang kadang pagi cerah tapi petang hujan. Kadang kadang pagi hujan tapi petang cerah. Mungkin disebabkan musim tengkujuh kot. Pada mereka mereka yang ada anak kecil dan bersekolah tu, jaga kesihatan anak elok elok. Jangan bagi main hujan. Nanti demam sapa susah? Hahaha. Tidak pasal pasal ada yang minta resipi bubur ayam pulak nanti. Yelah nak suapkan anak...hahaha.

Okay hari ni nak tulis resipi based on cuaca. Macam pelik kan? Alah tak pelik pon. Yelah dengan cuaca yang selalu hujan ni, badan rasa sejuk je. Mesti mulut tu terasa nak makan hidangan hidangan yang panas dan pedas kan. Betol tak? Mesti betol punya lah. Tapi apa menu panas dan pedas yang popular ye untuk masyarakat Malaysia ni? Ayam masak merah.....macam semua orang dah jemu. Kalau masak tom yam...dia punya level pedas tu tak power sangat. Haish....tak kan nak gaul nasi dengan sambal belacan je? Mau meletop perot nanti. Hahaha. Okay lah, kita try masak asam pedas lah. Asam membawa rasa masam sikit dan pedas memang confirm pedas.

Bagi orang Melaka, mesti dah tak perlu resipi kan. Setakat asam pedas, pejam mata je buat kan. Hahaha. Yelah asam pedas kan memang terkenal di Melaka. Kalau tidak percaya cuba berkunjung ke Melaka. Mesti ada banyak kedai yang jual asam pedas. Okay dah terlanjur cakap pasal asam pedas dan Melaka, saya nak bagi bonus sikit. Apa bonus dia? Bukan duit okay. Bonus dia ialah, kedai kedai asam pedas yang popular di Melaka. Bulan ni kan dah nak mula cuti sekolah. Mana lah tahu ada yang ingin bawa anak anak jalan di kota Melaka. Sambil melawat tempat bersejarah, kita cuba la sekali asam pedas yang ada di Melaka. Orang kata, tidak lengkap percutian ke Melaka kalau tidak rasa asam pedas air tangan orang Melaka.

Antara kedai asam pedas yang terkenal di Melaka ialah,
-Asam Pedas Claypot (Restoran Kota Laksamana) terletak di Jalan Laksamana 1
-Asam Pedas Pasar Borong yang terletak di pasar borong di Taman Merdeka
-Asam Pedas Malinja yang terletak di Kampung Musai, Bukit Baru, bersebelahan dengan Hotel Strait Meridian.

Nak tahu lebih lanjut boleh tengak di website ini : http://saji.my/asam-pedas-melaka-famous/
Dan sebelum kita nak teruskan dengan resipi kita hari ini, saya nak bagi tahu. Asam pedas ini pada kebiasaannya, orang akan hidangkan bersama sama nasi putih dan telur masin. So, sebelum mula memasak asam pedas tu pastikan kat dapur tu ada telur masin. Dan masak nasi siap siap. Nanti lauk dah siap terhidang baru tersedar yang nasi belum masak. Tapi bagi mereka yang nak diet tu, boleh makan asam pedas bersama roti. Untuk kali ini, kita akan belajar membuat asam pedas ikan. Jom kita teruskan dengan resipi kita.


Asam Pedas Ikan
Asam Pedas Ikan  

Bahan-bahan
  • 3 ekor ikan kembong - bersihkan dan potong 2
  • 10 batang bendi
  • 1 batang serai - diketok
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cekak daun kesum
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 1 kuntum bunga kantan
  • air secukupnya
  • Bahan Kisar
  • 8 ulas bawang merah
  • 18 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 1 inci belacan





Cara Membuat

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang diketok tadi. tumis sehingga terbit minyak dan harum.

2.  masukan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. masukan daun kesum dan perasakan dengan garam.

3. masukan ikan dan biarkan merenih dan empuk. masukan bendi dan bunga kantan. Tunggu sehingga bendi dah hancur atau lebur.

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari


Asam Pedas Ikan Pari

Oleh : Shaed

Bahan-Bahan;

  • 1/2 Ekor Ikan Pari 
  • 3 Cawan Air
  • Sedikit Air Asam
  • Garam Secukupnya
  • 9 Biji Bendi
  • 1 Senduk Minyak Masak
  • 1 Batang Serai Diketuk 
  • 1 Biji Bunga Kantan Dibelah Dua 
  • Seikat Daun Kesum 

Bahan Dikisar
  • 15 btg Cili 
  • 5 biji Bawang merah


Cara memasak Asam Pedas Ikan Pari ;


  1. Panaskan minyak, tumis bahan dikisar sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan air dan air asam jawa, biarkan mendidih.
  3. Masukkan serai, bunga kantan dan daun kesom .
  4. Masukkan ikan pari dan garam secukup rasa.
  5. Apabila ikan dah masak, masukkan bendi.
  6. Apabila bendi dah lembut, tutup api.



Asam Pedas Ikan Kembung

Asam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan 

  • 5 ekor ikan kembung 
  • 1 cekak daun kesum 
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai  dititik
  • garam 
  • minyak untuk menumis
  • 1/2 cawan air asam
  • 10 batang bendi
  • air secukupnya 

Bahan Kisar

  • 18 tangkai cili kering direndam air panas seketika
  • 9 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 1 inc belacan

Cara Penyediaan Asam Pedas Ikan Kembung

Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai.

Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih


Masukkan daun kesum, dan garam secukup rasa


Masukkan ikan. Biarkan ia mendidih dan ikan masak


Masukkan bunga kantan dan bendi. Padam Api. Siap  Asam Pedas Ikan Kembung


Asam Pedas Melaka Asli

Asam Pedas Melaka
Asam Pedas Melaka


Bahan bahan :

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri dibasuh bersih
  • 3 batang serai  dititik
  • 1 sudu teh halba 
  • Daun kesum 
  • Bungan kantan
  • Bendi / terung 
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Bahan dikisar

  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 cili kering kisar
  • 3 cm belacan 
  • 2 cm kunyit hidup 
  • 1 sudu lada hitam

 

Cara memasak Resepi Asam Pedas Melaka  :

  1. Panaskan minyak dan tumis halba sehingga kekuningan. Masukkan bahan dikisar dan serai. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan gula, daun kesum dan bunga kantan.
  3. Masukkan ikan, kacau seketika. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan bendi. Perasakan dengan garam dan  biar dia mendidih.
  5. Asam Pedas Melaka siap untuk dihidang bersama nasi panas.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Bahan-Bahan:


Bahan untuk memasak ikan cencaru:

  • 4 ekor ikan cencaru
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar


Bahan untuk dikisar :


  •  3 sudu cili kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu  jus pekat asam jawa
  • 1 batang serai
  • 1 sudu bgula pasir
  • garam secukupnya



Cara Penyediaan:


Cara-cara untuk masak sambal:


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.

Cara-cara untuk memasak:


  1. Bersihkan cencaru dan potong cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
  2. Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
  3. Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  5.  Siap Ikan Cencaru Sumbat Sambal


Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak
 Ikan Patin Masak Tempoyak



Bahan-bahan:

  •     1 ekor Ikan Patin
  •     15 biji Cili Padi
  •     1 inci Kunyit Hidup
  •     2 sb Tempoyak
  •     Daun kesom
  •     2 keping Asam Keping
  •     Bunga Kantan
  •     Timun
  •     Garam secukup rasa
  •     Sedikit Gula  ( resepi ini mmg x guna bawang..)

Cara-cara penyediaan Ikan Patin Masak Tempoyak :
  1. Kisar cili padi, Kunyit, tempoyak dan air secukupnya
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, seterusnya masukkan daun kesom, bunga kantan, asam keping dan timun.
  3. Masukkan ikan patin, bila mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa
  4. Siap untuk dimakan

 

Ikan Masak 3 Rasa

Ikan Masak 3 Rasa
  Ikan Masak 3 Rasa
Bahan bahan :-
  • 1 EKOR IKAN SIAKAP 

BAHAN A
  • 3 BIJI BAWANG BESAR
  • 4 ULAS BAWANG PUTIH
  • 4 -5 BIJI LADA MERAH

BAHAN B
  • 3 SUDU SOS TIRAM
  • 4 SUDU SOS CILI
  • GARAM GULA SECUKUP RASA
  • 2 SUDU SOS IKAN
  • 1 SUDU SOS PLUM
 BAHAN C
  • 7 BIJI BAWANG PUTIH DIDADU KECIL
  • 10 BIJI LADA SIAM @LADA AKAR DIPOTONG AGAK2 KECIL
  • 2 BIJI LADA MERAH DIHIRIS SEDANG
  • SEDIKIT NANAS DIDADU
  • BAHAN TABUR DIATAS
  • 1 BATANG DAUN KETUMBAR DIHIRIS
  • BILA LAUK SUDAHN SIAP DIPINGGAN TABURKAN DAUN 
  • KETUMBAR..(TAK ADA TAK APA)
Cara cara :-
  1.  IKAN SIAKAP DIBERSIHKAN KEMUDIAN DI TOSKAN
    GAULKAN GARAM, DENGAN SEDIKIT SERBUK KUNYIT DAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG JAGUNG.GORENG IKAN SEHINGGA AGAK GARING .TOSKAN
  2. KISAR BAHAN A. BAHAN C DIHIRIS
  3. LEBIHKAN SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS,TUMIS BAHAN KISAR SEHINGGA NAIK BAU,MASUKAN SEGALA2 SOS!GAULKAN SEHINGA TERBIK MINYAK SEDIKIT 
  4. MASUKAN BAHAN C DAN GARAM SECUKUP RASA,SEDIKIT GULA,
  5. SELAMAT MENCUBA

Asam Pedas Muar

Asam Pedas Muar
Asam Pedas Muar

Bahan-bahan:

  • 8 ketul ikan pari / ikan kembung / selar / sembilang
  • Satu mangkuk cili kering (direbus dan dikisar)
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk )
  • 1 cawan perahan asam jawa
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat Daun Kesom
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 batang serai (dititik)
  • Sedikit belacan
  • 2 biji Tomato
  • 8 batang bendi muda
  • 500 ml air
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula

Cara-cara Membuat Asam Pedas :

1. Panaskan minyak, tumis belacan, cili kisar bersama kunyit hidup,lada hitam dan bawang merah.
Selepas naik bau wangi, masukkan perahan asam jawa, air ,bunga kantan dan daun kesum.
2. Biarkan dengan api perlahan sehingga mendidih,masukkan buah tomato dan bendi muda, garam dan gula.
3.Biar mendidih dalam 5 minit lagi. Asam Pedas Muar siap untuk dihidangkan.

Ikan Sardin Home Made




Mari buat sardin sendiri.. rupanya senang je nk hasilkan sardin ni.. sebijik mcam dlm tin tu.. dan sah bersih dan halalnya..

Bahan bahan :-

  • 1 kg ikan sardin/tamban
  • Kisar halus
  • 3 bj buah tomato
  • 3 kabu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu tpg gandum
  • 2 sd cili kisar
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/4 cwan minyak
  • Gula dan garam

Cara cara  memasak Ikan Sardin :-

Bersih ikan... buang kepala ekor... susun ikan dalam periuk hight preasure... curah bahan2 blend dan semua bahan lain... pastikan air cukup..preasure setengah jam.. jangan buang wap dulu.. biar sejuk dlm periuk.. boleh tambah air kalau kurang.. pastu preasure lagi setengah jam.... tengok tulang ikan pun dh reput ye....

Ikan Celup Tepung

Ikan Celup Tepung

Air Asam Ttomato Bunga Kantan


Bahan bahan:
  • cili padi 10 batang
  • cili merah 2 batang
  • bawang 1/2 buku
  • bawang putih 3 ulas
  • sangai kesemua bahan diatas
  • belacann secukupnya di bakar
  • tumbuk semua bahan di atas ni tomato 2 biji potong dadu halus2
  • perahkan air asam jawa
  • bunga kantan mayang halus
  • gula 2 sudu
 Cara cara:
  1. satukan semua bahan
  2. siap di makan bersama cencaru bakar.

Kari Kepala Ikan Merah

Kari Kepala Ikan Merah
                  Kari Kepala Ikan Merah


Bahan bahan:
  • Sebelah kepala ikn merah
  • 2 peket rempah kari allagappas
  • 2 sudu serbuk cili
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 bji bwg merah
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit bji sàwi,halba
  • Daun kari
  • Perahan asam jawa
  • Bendi
  • Tomato
  •  
Cara cara: 

~ tumis semua bhn hingga kekuningan,msukkn rempah dn serbuk cili ditumis hingga garing , masukkn santan tggu hingga mndidih n masukkn bendi n tomato serta pati asam jawa ...perasakn

Ikan Kembung Masak Percik

Ikan Kembung Masak Percik


Bahan bahan:


  • 7 ekor ikan kembung
  • serbuk kunyit
  • garam
Bahan sos percik: 
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 kpg gula melaka
  • garam
  • gula
Bahan A:
  • 5 biji bawang merah
  • 1cm halia
  • 11 btg cili kering
  • 3btg serai 

Cara cara penyediaan Ikan Kembung Masak Percik:

  1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Sebatikan. 
  2. Biarkan seketika supaya kunyit diserap kedalam ikan.
  3. Bakar sampai masak. Ketepikan.
  4. Untuk sos percik, Kisar bahan A, didihkan santan bersama semua bahan. 
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat.
  7. Tuangkan sos percik diatas ikan yang siap dibakar tadi.
  8. Sedia dinikmati dengan nasi panas dan sayur petola.

Ikan Cencaru Bakar

Ikan Cencaru Bakar


Bahan bahan:
  • Ikan Cencaru
  • Daun pisang
  • minyak
  • cili api *
Bahan A:
  • Lada besar
  • bawang ptih
  • bawang merah
  • kunyit hidup
  • halia
  • tomato buah
  • serai(hiris)
  • garam
Cara cara:
  1. Campurkan semua bahan A, tumbuk. Jangan blend sbb xnak ade air.
  2. Isi sambal ke dalam perut ikan dan luar ikan, balut dgn daun pisang.
  3. Panaskan kuali, letak minyak 2 sudu, masukkn ikan, guna api kecil, tutup ikan guna tutup periuk.
  4. Biarkan 5 minit. Buka dan letak minyak 1 sudu.
  5. Balikkan ikan dan tunggu sampai masak. Siap, perah limau mase nk mkn.
*Jika mahu lebih pedas campurkn cili api semasa menumbuk.

Ikan Kerisi Masak Tempoyak




Ikan Kerisi Masak Tempoyak
Ikan Kerisi Masak Tempoyak


Bahan bahan Ikan kerisi masak tempoyak:
  • seekor ikan kerisi
  • 2 ulas bawang putih
  • sebiji bawang besar
  • 5 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 4 biji bendi
  • 2sudu besar tempoyak
  • 1biji cili merah
  • air 1 cawan
 Cara cara memasak Kerisi Masak Tempoyak:
  1. Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili padi.
  2. Masukkan ikan, bendi, tempoyak, serai dan  air. Gaul rata
  3. Masak.ni la hasilnya.
  4. Cubalah....

Resepi Talapia Bakar Tempoyak Emak



Bahan bahan Resepi Talapia Bakar Tempoyak Emak:
  •  Tempoyak
  • 3 ulas bwg merah kecil
  • 1 ulas bwg putih
  • 1 inci kunyit hdup
  • cili api kecil
  • sdkt garam...
 Cara cara:
  1. Tumbuk lumat semua bahan, gaulkan dengan tempoyak, kemudian lumur pada ikan...
  2. Bungkus ikan dlm daun pisang @ daun kunyit.Bakar.
  3. Siap untuk dimakan dengan nasi panas

Salmon Grill With Salad

 Salmon Grill With Salad

Bahan bahan:

  • 3 keping ikan salmon
  • 1 sudu tehmixed herb
  • 1 sudu teh cayenne pepper
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun

Bahan untuk Salad:

  • sebiji carrot saiz sedang
  • 1 biji timun jepun, 
  • setengah biji capsicum merah
  • 1 ketul brokoli  dicelur sebentar
  • mayonis & thousand island sauce

Cara cara:

  1. Bersihkan ikan salmon dan lumurkan kepingan ikan dengan semua bahan, perap selama 30 minit dalam peti sejuk.
  2. Grill ikan sehingga masak. Gunakan pemanggang ajaib boleh.
  3. Siap untuk  dihidang dengan salad dan perahan jus lemon.  

Ikan Pekasam Goreng Telur

Resepi Ikan Pekasam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan pekasam
  • 1 biji telur 
  •  Minyak
  • 1/2 labu bawang besar dipotong bulat
  • 5 btg Cili padi dihiris serong

Cara-cara:

  1. Goreng ikan pekasam. Apabila hampir garing, cincang ikan hingga sedikit hancur. 
  2. Masukkan telur. Biar sekejap dan kacau. 
  3. Masukkan bawang besar dan cili padi. Gaul seketika.
  4. Resepi Ikan Pekasam Siap dan boleh dihidang bersama nasi panas.

Bawal Sweet Sour

 
Bawal Sweet Sour

Bahan-bahan :
  • 1 ekor bawal
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos cili
  • Daun sup
  • Garam
  • Minyak
Bahan A:
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 1 biji cili merah

Cara-cara :

1. Goreng ikan bawal yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga garing. ketepikan.
2. Kisar bahan A, kemudian tumis  hingga naik bau, masukkan kicap, sos cili, bawang dan tomato.
3. Masukkan air ikut citarasa, biarkan mendidih.
4. Masukkn  garam, biarkn seketika kemudian tutup api. Masukkan sedikit daun sup.
5. Tuangkan sos tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
6. Bawal Sweet Sour Siap untuk dihidangkan.

Asam Tumis Ikan + Nenas

Asam Tumis Ikan + Nenas

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 biji nenas 
  • 3 biji bawang merah, hiris halus
  • 1 ulas bawang putih, hiris halus
  •  
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 kuntum bunga kantan dibelah 2
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
  • 5 biji cili merah
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu ikan bilis direndam dan toskan
  • Sedikit belacan

Cara - cara :
  1. Nenas dikupas kulit, hiris sederhana tebal dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak. Tuang air secukupnya, bila mendidih, masukkan asam gelugor dan nenas.
  3. Masukkan ikan dan masak hingga nenas lembut. Masukkn garam secukup rasa, sedikit gula dan daun kunyit. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam2man...