Asam Pedas Ikan

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Asam Pedas Ikan

Hye Assalamualaikum.
Sejak kebelakangan ni cuaca tidak menentu kan. Kadang kadang pagi cerah tapi petang hujan. Kadang kadang pagi hujan tapi petang cerah. Mungkin disebabkan musim tengkujuh kot. Pada mereka mereka yang ada anak kecil dan bersekolah tu, jaga kesihatan anak elok elok. Jangan bagi main hujan. Nanti demam sapa susah? Hahaha. Tidak pasal pasal ada yang minta resipi bubur ayam pulak nanti. Yelah nak suapkan anak...hahaha.

Okay hari ni nak tulis resipi based on cuaca. Macam pelik kan? Alah tak pelik pon. Yelah dengan cuaca yang selalu hujan ni, badan rasa sejuk je. Mesti mulut tu terasa nak makan hidangan hidangan yang panas dan pedas kan. Betol tak? Mesti betol punya lah. Tapi apa menu panas dan pedas yang popular ye untuk masyarakat Malaysia ni? Ayam masak merah.....macam semua orang dah jemu. Kalau masak tom yam...dia punya level pedas tu tak power sangat. Haish....tak kan nak gaul nasi dengan sambal belacan je? Mau meletop perot nanti. Hahaha. Okay lah, kita try masak asam pedas lah. Asam membawa rasa masam sikit dan pedas memang confirm pedas.

Bagi orang Melaka, mesti dah tak perlu resipi kan. Setakat asam pedas, pejam mata je buat kan. Hahaha. Yelah asam pedas kan memang terkenal di Melaka. Kalau tidak percaya cuba berkunjung ke Melaka. Mesti ada banyak kedai yang jual asam pedas. Okay dah terlanjur cakap pasal asam pedas dan Melaka, saya nak bagi bonus sikit. Apa bonus dia? Bukan duit okay. Bonus dia ialah, kedai kedai asam pedas yang popular di Melaka. Bulan ni kan dah nak mula cuti sekolah. Mana lah tahu ada yang ingin bawa anak anak jalan di kota Melaka. Sambil melawat tempat bersejarah, kita cuba la sekali asam pedas yang ada di Melaka. Orang kata, tidak lengkap percutian ke Melaka kalau tidak rasa asam pedas air tangan orang Melaka.

Antara kedai asam pedas yang terkenal di Melaka ialah,
-Asam Pedas Claypot (Restoran Kota Laksamana) terletak di Jalan Laksamana 1
-Asam Pedas Pasar Borong yang terletak di pasar borong di Taman Merdeka
-Asam Pedas Malinja yang terletak di Kampung Musai, Bukit Baru, bersebelahan dengan Hotel Strait Meridian.

Nak tahu lebih lanjut boleh tengak di website ini : http://saji.my/asam-pedas-melaka-famous/
Dan sebelum kita nak teruskan dengan resipi kita hari ini, saya nak bagi tahu. Asam pedas ini pada kebiasaannya, orang akan hidangkan bersama sama nasi putih dan telur masin. So, sebelum mula memasak asam pedas tu pastikan kat dapur tu ada telur masin. Dan masak nasi siap siap. Nanti lauk dah siap terhidang baru tersedar yang nasi belum masak. Tapi bagi mereka yang nak diet tu, boleh makan asam pedas bersama roti. Untuk kali ini, kita akan belajar membuat asam pedas ikan. Jom kita teruskan dengan resipi kita.


Asam Pedas Ikan
Asam Pedas Ikan  

Bahan-bahan
  • 3 ekor ikan kembong - bersihkan dan potong 2
  • 10 batang bendi
  • 1 batang serai - diketok
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cekak daun kesum
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 1 kuntum bunga kantan
  • air secukupnya
  • Bahan Kisar
  • 8 ulas bawang merah
  • 18 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 1 inci belacan





Cara Membuat

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang diketok tadi. tumis sehingga terbit minyak dan harum.

2.  masukan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. masukan daun kesum dan perasakan dengan garam.

3. masukan ikan dan biarkan merenih dan empuk. masukan bendi dan bunga kantan. Tunggu sehingga bendi dah hancur atau lebur.

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
, ,