Asam Pedas Ikan Pari

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Asam Pedas Ikan Pari


Asam Pedas Ikan Pari


Bahan-Bahan;

  • 1/2 Ekor Ikan Pari 
  • 3 Cawan Air
  • Sedikit Air Asam
  • Garam Secukupnya
  • 9 Biji Bendi
  • 1 Senduk Minyak Masak
  • 1 Batang Serai Diketuk 
  • 1 Biji Bunga Kantan Dibelah Dua 
  • Seikat Daun Kesum 

Bahan Dikisar
  • 15 btg Cili 
  • 5 biji Bawang merah


Cara memasak Asam Pedas Ikan Pari ;


Panaskan minyak, tumis bahan dikisar sehingga garing dan naik bau.

Masukkan air dan air asam jawa, biarkan mendidih.

Masukkan serai, bunga kantan dan daun kesom .

Masukkan ikan pari dan garam secukup rasa.

Apabila ikan dah masak, masukkan bendi.

Apabila bendi dah lembut, tutup api.


, , ,