Apam Pulau Pinang

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Apam Pulau Pinang



Apam Pulau Pinang

(Gambar asal-cheff Qamira)

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 2 gelas tepung Hongkong
  • 1 ½ gelas gula
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 paket serbuk santan
  • ½ gelas air
  • ½ gelas minyak masak atau minyak jagung Mazola
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan tepung Hongkong dan air. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
3. Seterusnya, masukkan tepung santan, minyak masak atau minyak jagung Mazola dan overlette.
4. Pukul adunan sehingga betul-betul sebati dan akhir sekali masukkan pewarna hijau secukupnya.
5. Kukus adunan dalam loyang pengukus sehingga masak.

- Qamira

, , ,