Ikan Kembung Masak Percik

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Ikan Kembung Masak Percik


Ikan Kembung Masak Percik


Bahan bahan:


  • 7 ekor ikan kembung
  • serbuk kunyit
  • garam
Bahan sos percik: 
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 kpg gula melaka
  • garam
  • gula
Bahan A:
  • 5 biji bawang merah
  • 1cm halia
  • 11 btg cili kering
  • 3btg serai 

Cara cara penyediaan Ikan Kembung Masak Percik:

  1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Sebatikan. 
  2. Biarkan seketika supaya kunyit diserap kedalam ikan.
  3. Bakar sampai masak. Ketepikan.
  4. Untuk sos percik, Kisar bahan A, didihkan santan bersama semua bahan. 
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat.
  7. Tuangkan sos percik diatas ikan yang siap dibakar tadi.
  8. Sedia dinikmati dengan nasi panas dan sayur petola.

, , , , , , , , ,