Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal


Bahan-Bahan:


Bahan untuk memasak ikan cencaru:

  • 4 ekor ikan cencaru
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar


Bahan untuk dikisar :


  •  3 sudu cili kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu  jus pekat asam jawa
  • 1 batang serai
  • 1 sudu bgula pasir
  • garam secukupnya



Cara Penyediaan:


Cara-cara untuk masak sambal:


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.

Cara-cara untuk memasak:


  1. Bersihkan cencaru dan potong cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
  2. Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
  3. Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  5.  Siap Ikan Cencaru Sumbat Sambal


, , ,