Resepi Cheff: Sambal
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Sambal Sardin

Bahan bahan:- 


  • 1 tin ikan sardin  besar 
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 7 biji cili merah  dipotong nipis
  • Air asam jawa secukupnya 
  • Garam dan gula secukup rasa 

Bahan ditumbuk lumat:- 


  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 biji bawang merah 
  • 1 inci belacan 


Cara memasak Sambal Sardin :


  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai naik bau, masukkan cili merah serta belacan. 
  2. Kacau sehingga masak serta pecah minyak. Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak.
  3. Masukkan bawang, biarkan bawang besar sedikit layu.  Masukkan sardin dan kacau rata. 
  4. Masukkan  sedikit air asam jawa. Apabila semua dah masak, masukkan garam dan gula ikut selera.




Sambal Petai Udang


SAMBAL PETAI UDANG



Bahan-bahan

  • 250 gram udang
  • 3 papan petai (dihiris)
  • 2½ cili kering (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bwg putih (dikisar)
  • ½ sudu besar belacan (dikisar)
  • 4 sudu besar minyak
  • ½ sudu kecil gula, garam & perasa.


Cara cara membuatnya
  1. Rebuskan petai sehingga warna menjadi kelabu sedikit, kemudian angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan cili yang telah dikisar tadi ke dalam kuali, masukkan garam, gula, perasa, asam jawa & udang..masak seketika. 
  3. Kemudian, tunggu sehinga pecah minyak..
  4. Masukan petai yang telah di rebus tadi, kacau sehinga sebati, masak selama 5-7 minit.


Siap untuk dihidangkan.

(scha)

Sambal Kacang Ikan Bilis


SAMBAL KACANG IKAN BILIS




Bahan-bahan

2½  batang cili kering (dikisar)
500 gram ikan bilis (digoreng)
250 gram kacang tanah (digoreng)
2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan minyak masak (menumis & mengoreng)
½ sudu untuk garam, gula dan perasa.
1 ketul kiub ikan bilis
2 sudu asam jawa.


Cara cara membuatnya

1- Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah di kisar tadi.
2- Masukkan garam, gula, perasa, kiub pati ikan bilis & air asam jawa..masak sehingga garing dan pecah minyak...(sambal perlu masak lebih kurang 1 jam lebih..untuk sambal tahan lama)
3- Apabila sambal sudah masak biarkan sambal sejuk..kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang, gaul sehingga sebati..
siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba….

(scha)

Sambal Ikan Keli


SAMBAL IKAN KELI



Bahan-bahan

3 ekor ikan keli (disiang & dibersihkan)
1 tangkai daun kari (ditumis)
2 ulas bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
½ sudu besar belacan (dikisar)
2 labu bawang besar (dikisar)
½ batang cili kering (dikisar)
½ sudu besar garam dan gula secukup rasa
½ sudu perasa
1sudu besar asam jawa
1 sudu kecil kunyit


Cara-cara membuatnya

1- Lumurkan ikan keli dengan garam dan kunyit, kemudian  panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing, angkat dan toskan.
2- Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari.  Tumis sehinga menjadi kekuningan. Kemudian masukkan cili yang  telah dikisar tadi. Kemudian masukkan garam, gula secukup rasa dan juga perasa secukup rasa...
3- Tunggu sehingga pecah minyak (hilang bau cili)
masak selama 15 minit.
4- Tuangkan sambal ke atas ikan keli tadi. Siap untuk dihidangkan

Selamat mencuba..


(scha)

Air Lada

 Bahan-bahan mudah untuk menyediakan air lada :
  • 5 biji cili merah 
  • 2 sudu garam
  • 5 sudu gula
  • Cuka sedikit
Cara cara:
  1. Tumbuk semua bahan hingga lumat, kemudian masukkan cuka untuk sedikit berair. 
  2. Kalau tak nak guna cuka, gantikan dengan air limau nipis.
  3. Siap untuk dimakan bersama Bihun goreng dan kerepok.

Air asam

Bahan Air asam:
  • 5 btg cili
  • sedikit belacan
  • asam jawa
  • garam dan gula 

Cara cara:

  1. Gaul sebati semua bahan. Biarkan seketika.
  2. Siap untuk dimakan bersama Daging Bakar

Sambal Telur

 Bahan bahan:
  •  Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili boh
  • gula
  • sedikit garam
Cara cara:
  1. Tumbuk bwang merah n putih tumis pastu msuk cili mesin & msak smpai garing n kering..
  2. Masukkn garam. Ltak gula sikit n sambal akn jd gelap wrna nya.
  3. Petua kalau nk cantik telur tu di goreng...biar myk btl2 pns

Sambal penyet

Bahan bahan:
  • Bawang kecik
  • Cili api
  • Tomato
  • Belacan
Bahan A:
  • Gula
  • Garam
 Cara cara:
  1. Tumbuk hancur semua bahan, kemudian masukkan bahan A. Kacau rata.
  2. Sedap dimakan bersama sayur pucuk paku dicelor, ikan goreng dan nasi panas.
  3. Siap


Sambal Tempe Goreng Campur Petai


Bahan bahan:

  • * tempe dipotong nipis
  • * petai
  • * ikan bilis
  • * bawang besar
Semua bertanda * digoreng dahulu
Bahan A:
  • Cili kering
  • bwng merah
  • bwng putih
Cara cara:
  1. Kisar Bahan A, kemudian tumis hingga naik bau.
  2. Masukkn  sos cili, perasakn dgn garam n gula sikit..
  3. Masukkn bahan2 digoreng n kacau rata..angkat..makannnn..

Sambal Belacan Mangga

http://resepicheff.blogspot.com.au/2013/11/nasi-lemak-kukus.html
Sambal Belacan Mangga

Bahan bahan:
  • 5 biji cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 2 inci belacan  dibakar sekejap
  • 1 biji tomato saiz sederhana
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 3 sudu besar air masak
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 1/2 biji mangga  dihiris

Cara menyediakan:
  1. Kisar  cili merah bersama cili padi, belacan, tomato, jus limau nipis, air serta garam & gula secukup rasa. Apabila sudah hancur, tuang kedalam mangkuk.
  2. Cincng mangga dan hiris isinya masukkn kedalam sambal tadi. Lagi banyak mangga lagi sedap.  Kacau sebati, rasa jika perlu tambah apa2 yang kurang.
  3. Siap untuk dihidang bersama ulaman yang digemari atau dengan ikan bakar.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan: 
  • 1 mangkuk ikan bilis 
  • 2 labu bawang besar dihiris 
  • Air secukupnya
  • Sedikit air asam jawa 
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Minyak masak
Bahan dikisar
  • 15 tangkai cili kering 
  • 7 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih

Cara penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis 
  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, toskan, Ketepikan.
  2. Guna minyak tersebut untuk menumis. Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan masak sehingga pecah minyak.
  3.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  4. Jika perlu tambah sedikit air. Tumis sehingga mendidih, masukkan ikan bilis goreng tadi.
  5. Masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang layu. Kepekatan kuah boleh ikut citarasa yang nak makan tu.
  6. Ulaman yang boleh dihidang bersama seperti kacang goreng, hirisan timun dan telur rebus.
  7. Siap untuk dihidang 

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai


Sambal Tumis Ikan Bilis 

Bahan-bahan:

  • segenggam besar ikan bilis 
  • sebiji bawang besar - dimayam
  • 5 biji bawang merah - dimayam
  • 2 ulas bawang putih - dimayam
  • 5 batang cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali dengan cilipadi)
  • 1 cawan santan
  • 2 tangkai petai 
  • garam secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara membuat Sambal Tumis Ikan Bilis :

  1. Goreng ikan bilis separuh masak. Jangan sampai garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih seketika. Masukkan lada kering dan kacau hingga masak.
  3. Masukkan santan, petai dan ikan bilis tadi. kacau hingga sebati
  4. Masukkan garam, kecilkan api dan tutup kuali.
  5. kacau sekali sekala. Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
*Garam hanya perlu sedikit sahaja kerana air ikan bilis akan memasinkan sambal selepas masak.

Sambal udang

 
Sambal udang
Sambal udang

Bahan-bahan:

  • 15 btg cili kering
  • 5 ulas bawang merah ditumbuk
  • sedikit belacan - dibakar & ditumbuk
  • 30g asam jawa
  • 80g petai
  • 50g bilis digoreng
  • 2 biji terung panjang dibelah 2 & dicelur 
  • Garam & gula secukup rasa 
  • 1 sudu bawang goreng - untuk hiasan

Cara-cara membuat Sambal udang :

  1. Tumis pes cili dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan garam, gula, belacan dan air asam jawa. Tunggu sehinga mendidih, masukkan petai.
  3. Apabila kuah pekat, masukkan bilis goreng dan kacau rata.Tutup api.
  4. Curahkan sambal petai ke atas terung yang telah dicelur. 
  5. Hias dengan bawang goreng.Siap untuk dihidang bersama nasi.