Bihun Goreng

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Bihun Goreng



Bahan bahan untuk membuat bihun goreng:
  • Bihun (rendam dahulu supaya lembut)
  • Isi ayam yang dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 3 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu kicap
  • Bebola ikan
  • Sawi, tomato dan taugeh
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat Bihun goreng:
  1. Blend bawang kemudian tumiskan bersama cili boh sampai naik bau.
  2. Masukkan semua sos dan perasakan dengan garam dan gula.
  3.  Masukkan isi ayam, bebola ikan kemudian tambahkan air suam supaya berkuah sediki.
  4. Masukkan bihun yang sudah lembut, kacau sehingga sebati
  5. Masukkan sayur, kacau, siap.
  6. Hidangkan bersama keropok goreng dan air lada

 *Kalau nak Bihun goreng yang sedap, haruslah didatangkan pakej bersama air lada.

*Tips nak bagi mihun sedap dan 'berasa'.. bila blend bawang, masukkan secekak ikan bilis.. Blend bersama sampai serasi... Tapi kalau masuk ikan bilis tak blend, goreng dalam mihun tak sedap... Tak sesuai bilis masak dengan mihun.. Then masuk carrot parut.. tu pun sodappp

, ,