Sambal Kacang Ikan Bilis

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Sambal Kacang Ikan Bilis





SAMBAL KACANG IKAN BILIS




Bahan-bahan

2½  batang cili kering (dikisar)
500 gram ikan bilis (digoreng)
250 gram kacang tanah (digoreng)
2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan minyak masak (menumis & mengoreng)
½ sudu untuk garam, gula dan perasa.
1 ketul kiub ikan bilis
2 sudu asam jawa.


Cara cara membuatnya

1- Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah di kisar tadi.
2- Masukkan garam, gula, perasa, kiub pati ikan bilis & air asam jawa..masak sehingga garing dan pecah minyak...(sambal perlu masak lebih kurang 1 jam lebih..untuk sambal tahan lama)
3- Apabila sambal sudah masak biarkan sambal sejuk..kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang, gaul sehingga sebati..
siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba….

(scha)
, , , ,