Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai





Sambal Tumis Ikan Bilis 

Bahan-bahan:

  • segenggam besar ikan bilis 
  • sebiji bawang besar - dimayam
  • 5 biji bawang merah - dimayam
  • 2 ulas bawang putih - dimayam
  • 5 batang cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali dengan cilipadi)
  • 1 cawan santan
  • 2 tangkai petai 
  • garam secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara membuat Sambal Tumis Ikan Bilis :

  1. Goreng ikan bilis separuh masak. Jangan sampai garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih seketika. Masukkan lada kering dan kacau hingga masak.
  3. Masukkan santan, petai dan ikan bilis tadi. kacau hingga sebati
  4. Masukkan garam, kecilkan api dan tutup kuali.
  5. kacau sekali sekala. Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
*Garam hanya perlu sedikit sahaja kerana air ikan bilis akan memasinkan sambal selepas masak.

, ,