Sambal Sardin

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Sambal Sardin




Bahan bahan:- 


  • 1 tin ikan sardin  besar 
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 7 biji cili merah  dipotong nipis
  • Air asam jawa secukupnya 
  • Garam dan gula secukup rasa 

Bahan ditumbuk lumat:- 


  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 biji bawang merah 
  • 1 inci belacan 


Cara memasak Sambal Sardin :


  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai naik bau, masukkan cili merah serta belacan. 
  2. Kacau sehingga masak serta pecah minyak. Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak.
  3. Masukkan bawang, biarkan bawang besar sedikit layu.  Masukkan sardin dan kacau rata. 
  4. Masukkan  sedikit air asam jawa. Apabila semua dah masak, masukkan garam dan gula ikut selera.




,