Carian Resepi
Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts
Resepi Sayur Campur
Hye Assalamualaikum.
Diharapkan semua yang membaca berada di dalam keadaan yang sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang. Hari ini kita akan mempelajari satu resipi yang ringkas tetapi sungguh sedap untuk dimakan bersama nasi. Orang kata, untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat kita haruslah menjaga pemakanan kita. Apa yang kita makan itu haruslah dapat memberi zat zat serta vitamin vitamin yang badan kita perlukan. Diet bukan lah jaminan untuk mendapat tubuh badan yang sihat, tetapi apa yang kita makan juga harus kita titik beratkan. Ingat ye kawan kawan....
Selama ni kita asik belajar membuat hidangan ikan dan ayam je kan. Sebenarnya ada sesuatu yang kita terlupa. Biasa lah manusia kan...apa yang kita tak suka mesti kita selalu lupa kan. Betol tak? Baik mengaku cepat! Nak tahu apa yang kita terlupa...baca sampai habis.
Pernah dengar tak orang cakap pasal hidangan sepinggan lengkap? Mesti ada yang pernah dengar and ada yang tak pernah dengar kan. Maksud hidangan lengkap ialah satu hidangan yang mempunyai keseimbangan nutrien dan zat yang diperlukan oleh badan. Antara nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita ialah karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan garam mineral yang harus diambil pada kuantiti tertentu. Sebab itu kalau korang ingat balik zaman kecik kecik dulu, mak kita kalau masak mesti ada ayam atau ikan, sayur dan nasi.
Lepas tu kalau korang tak makan sayur diorang akan marah korang. Semua tu sebab nak pastikan korang dapat zat dan vitamin yang cukup. Kalau makan sepinggan nasi tu, biarlah ada ayam atau ikan lepas tu sayur sekali. Ini tidak, sayur semua campak tepi lepas tu makan ikan dan ayam je. So bagi sesiapa yang berperangai seperti ini, bawak bawak la bertaubat ye. Belajar lah makan sayur tu. Biar badan sihat dan otak pun cerdas.
Kalau korang perasan, sebenarnya sayur sayuran lah yang memberi warna yang menarik dalam hidangan. Nampak menyelerakan je hidangan tu kalau ada sedikit sayur sayuran sebagai penyeri kan. Korang tak percaya? Cuba tengok iklan burger McD kat tepi tepi jalan tu. Mesti ada salad kat tengah tengah kan. Nampak segar je sayur salad dia. Macam baru lepas petik dari kebun je kan. Itu yang membuat korang tertarik nak pergi membazir duit beli burger McD tu kan. Betol tak...
So kesimpulannya, hiasi lah makanan kita dengan sayur sayur yang berkhasiat. Hidangan bertambah enak dan badan bertambah sihat. Sebenarnya borak panjang panjang ni untuk tarik perhatian korang untuk belajar memasak sayur yang sedap sedap. Macam resipi kita hari ini, sayur campur. Jom kita memasak!!!
Resepi sayur campur
Bahan bahan:
- 2-3 batang kacang panjang
- 3- 4 batang jagung muda
- 1/2 batang karot
- 1 biji cili merah
- 1 ekor sotong
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit sos tiram
- Serbuk perasa
- Garam
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang bawang yang dihiris sehingga wangi.
3. Masukkan karot dan putik jagung. Kacau rata dan akhir sekali masukkan kacang dan sotong yang telah digoreng. Masukkan sedikit sos tiram, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Masukkan pula cili merah sebagai penambah warna dan bolehlah tutup api.
Siap untuk dihidang! Selamat mencuba.
Sayur Bendi Goreng Ikan Bilis
Hye Assalamualaikum.
Dah bosan ke baca celoteh saya yang agak panjang ni? Mesti tak kan. Terima kasih ye kepada semua yang masih minat untuk menggunakan resipi dari saya sambil dengar celoteh saya. Apa yang anda tengah baca ini semua nya lahir dari hati. Bukan lah paksaan untuk menyambungkan sel sel otak bagi menghasilkan beberapa perenggan. Jauh sekali sampai nak hantuk hantuk kepala kat dinding bagi keluar idea. Karut semua tu! Semua idea idea tulisan celoteh ini adalah inspirasi daripada perjalanan hidup...pengalaman sendiri...pemerhatian mata...dan sesi luahan luahan hati daripada kawan kawan rapat.
Seronok sangat ke menulis ni? Huish!!! Seronok gila. Kadang tengah stress then saya menulis nak bagi hilang stress. Sebab sambil tengah menulis ni saya dapat muhasabah diri saya sendiri. Kadang kadang tengah happy pon saya menulis juga. Semestinya nak berkongsi rasa gembira dengan korang semua. Dan andai tengah sedih, menulis lah yang menjadi ubat. Sebab masa tengah tengah tulis ni akan terfikir mungkin ada orang yang lebih sedih dari aku. Disebabkan semua ini, saya nak berterima kasih sangat sangat kepada yang suka membaca kisah dan resipi yang ada dalam ni. Boleh tulis di ruangan komen andai nak suruh buat resipi apa apa atau nak tegur kesilapan dalam penulisan saya. Feel free to do that!
Tapi macam mana boleh gabungkan celoteh dan resipi? Celoteh tu hobi. Memang suka membebel. Hahaha. Boleh sampai bengkak telinga tau kalau saya dah start celoteh. Dan resipi pulak sebab minat. Tak tahu kenapa tapi memang minat betol lah kat memasak ni. Sehari tak masak rasa macam tak best. Rasa rindu je kat dapur tu. Kadang kadang kalau memang busy tak sempat masak, dapat tengok dapur pon jadi lah... Kalau dah hari hari masuk dapur mesti lah sampai dah tak tahu nak masak apa kan. Tak kan nak masak benda sama je hari hari. Bosan la semua orang nanti. Itu yang membuatkan saya cari resipi resipi yang ada di malaysia ni. Then saya cuba buat dulu. Bila dah jadi, saya share dengan korang. Lagi banyak kita share, lagi banyak ilmu kita dapat.
Okay kita masuk bab resipi baru pulak ye. Kalau hari tu saya dah bagi resipi sayur campur, hari ini kita teruskan lagi dengan resipi sayur juga. Biar badan tu sihat. Bagus makan sayur ni terutamanya untuk anak anak yang baru nak membesar. Resipi sayur hari ini ialah sayur bendi gorengikan bilis. Dari pemerhatian saya, hidangan ini merupakan antara kegemaran rakyat Malaysia terutamanya orang melayu. Rasanya sangat sedap dan cara membuatnya sangat ringkas. Jom kita belajar memasak sayur bendi goreng ikan bilis.
Sayur bendi goreng ikan bilis.
(4 orang makan)
BAHAN-BAHAN :
- 15 biji kacang bendi
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 4 biji cili api
- 2-3 genggam ikan bilis - rendam sekejap bagi lembut
- 1-2 sudu besar sos tiram
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk lumat bawang merah ,bawang putih dan cili api kemudian ketepikan dulu . Nak mudah boleh kisar dengan blender.
2. Bersihkan kacang bendi dan potong menyerong . Bersihkan semua ikan bilis dan digoreng garing , tos dan ketepikan . Bawang besar dikupas kulit dan dipotong nipis-nipis .
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk/kisar sampai naik wangi . Masukkan bawang besar dan kacau serta biarkan sampai bawang besar layu .
4. Masukkan semua kacang bendi dengan sos tiram dan kacau , jika bendi nampak sedikit kering boleh ditambah minyak masak lagi .
5. Bila kacang bendi dah separuh masak boleh la dimasukkan semua ikan bilis yang sudah digoreng tadi . Tambah sedikit garam jika perlu. Kacau semua bahan dan bila sayur bendi dah masak baru la di tutup api dapur .
Sedia dihidang. Selamat mencuba.
Tumis Labu Air
![]() |
| Tumis Labu Air |
Bahan-bahan
- Sebiji labu air
- Setengah cekak so'un
- Semangkuk kecil isi ayam dihiris nipis
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam,
- Minyak utk menumis
Bahan A
- 7 biji bawang merah dihiris
- 5 ulas bawang putih dihiris
- 2cm halia muda dihiris
Cara-cara
- Labu air dibuang kulit dan dipotong dadu.
- panaskn minyak,tumis bahan A hingga wangi. Masukkan isi ayam dan goreng hingga ayam layu.
- Masukkan 2 mangkuk air. Biar mendidih seketika, kemudian masukkan labu air. selepas 3 minit masukkan so'un, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
- Tutup api dan tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu.
- kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
Sup Bayam dan Cendawan
- 2 ikat sayur bayam
- 150gm cendawan tiram
- 1 genggam udang kering direndam
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
Cara memasak Sup Bayam dan Cendawan :
- Kupas bawang dan mayang halus, potong bayam. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga lumat.
- Bersihkan cendawan kemudian siat menjadi kecil.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau. Masukkan air, sos tiram dan minyak bijan.
- Kacau mesra sehingga kuah hampir mendidih .
- Masukkan sayur bayam dan cendawan apabila kuah hampir mendidih, terus kacau. Perasakan dengan garam, Apabila sayur bayam hampir layu, tutup api.
Resepi Kailan Ikan Masin
Kailan Ikan Masin
Bahan-Bahan:
- 1 ikat sayur kailan
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu minyak
- 3 ulas bawang putih diketuk
- sedikit ikan masin dipotong kecil
- 5 biji cili padi ketuk
- garam dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan Kailan Ikan Masin:
- Potong daun kailan 1 inci, batang kailan dihiris nipis.
- Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
- Masukkan batang kailan dan sos tiram, kemudian masukkan daun.
- Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
- Siap untuk dihidang.
Coleslaw
Coleslaw
Bahan-bahan:
- 1 biji kobis manis kecil [yang ada warna hijau muda sikit tu]
- 1 batang karot
- 1 cawan mayonis
- 1 cawan yogurt perisa asli
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara-cara menyediakan Coleslaw:
1. Racik/cincang halus semua bahan sayuran.
2. Gaulkan sebati mayonis, yogurt dan serbuk lada hitam.
3. Gaulkan semua bahan dan sejukkan sebelum dihidangkan.
Resepi Kuah Lontong/lodeh..
Kuah Lontong/lodeh
(Bahan agak2 dgn kuantiti sayur yer)
Bahan:
- 1bj baw.besar(hiris)
- 4ulas baw.putih(hiris)
- kobis bulat,carrot,kac.panjang(hiris)
- pucuk&sohoon(rendam)
- 2helai daun kyt(koyak2)
- 2batang serai(ketuk)
- 2kiub bilis
- garam,gula
- serbuk kunyit
- air
- tauhu(3kpg)&tempe(2kpg)(
- goreng)
Cara:-
- masuk sayur dlm periuk
- masuk bawang besar,baw.putih
- masuk tauhu&tempe
- masuk air,santan,kiub,garam,gula
- masuk serai&daun kunyit
- masuk pucuk,sohoon..biar didih
Resepi sambal bilis..
Bahan2:
Bahan2:
- 3senduk besar cili kering+baw.besar yg d blend
- 1kiub bilis
- 1bj baw.besar(hiris halus)
- air
- 2gengam ikan bilis(goreng,ketepikan)
- garam&gula
Cara2:
- tumis baw.besar yg dhiris halus sampai wangi
- masuk cili blend..biar sampai pecah myk
- masuk ckit air..biar kering lg
- masuk ckit lg air,kiub,garam&ckit shj gula(xletak pun xper)
- masuk bilis..biar didih
- Siap
Petai terung pipit masak belacan
Cara cara:
- Tumis cili boh, masukkan belacan dan serai.Tumis smpai naik minyak.
- Masukkan santan dan tunngu sampai mengggelegak, masukkan petai, terung pipit dan asam keping.
- x perlu kacau tunggu smpai kuah menjadi pekat. guna api perlahan.
- last skali baru letak garam dan gula..agak2 garam tu sbb dah ade belacan nnti masin sgt.
Sayur Petola Masak Air
Bahan bahan:
- 1btg petola
- 2 biji Bawang merah
- 1 biji Bawang putih
- 1/2 paket Soun
- udang kering
- garam
- Air
- Petola dipotong bulat, remdam seketika soun, hiris halus bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali garam dan soun. Rebus sehingga masak. Masukkan soun biarkan seketika. Perisakan dengan garam.
- Siap.
Masak Tempoyak Daun Kayu
Bahan bahan:
- Pucuk ubi kayu..hiris halus (drebus dlu)
- Pucuk kadok..hiris halus
- Daun kunyit...hrs halus
- Serai..hiris halus
- Kunyit hidup n cili api merah..blander
- Tempoyak
- Santan
- Udang
- PETAI
- Masukkn bhn blander, tempoyak, serai, petai n daun kunyit dlm kuali n kacau hgga mengelegak..
- Masukkn daun kadok, daun ubi yg drebus td, santan...perasakan..kacau hngga pekat sikit..
- Siap!!!!
Pucuk Ubi Tumbuk Goreng - Sarawak
Bahan bahan:
- 2 ikat pucuk ubi - basuh dan tumbuk lumat2
- segengam ikan bilis
- 2 batang serai - titik
- 2 ulas bawang merah - hiris
- 2 ulas bawang putih - hiris
- 2cm halia - tumbuk
- minyak masak
- Garam secukup rasa
- Tumiskan bawang putih, bawang merah, ikan bilis, serai dan halia.
- Masukkn garam secukup rasa.
- Masukkan pucuk ubi. Tunggu mendidih, Tutup api. Siap
Goreng pedas cendawan busut
Bahan bahan:
- Cendawan
- 5 tangkai Cili padi
- 3 ulas Bawang putih
- 4 ulas Bawang merah kecil
- Ikan bilis
- Semua bahan2 tadi tumbuk
- Kisar bahan tumis iaitu cili dan bawang. Tumbuk kasar ikan bilis. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis semua bahan.
- Dah kekuningan masukkan cendawan
- Masak sampai cendawan layu dan letak secawan air dan garam
- Biar mendidih seketika dan angkat
- Siap Utk dihidangkan ;))
Sayur Keladi
Bahan bahan Sayur Keladi:
- 3 btg keladi
- 5 keping asam keping
- 3 tangkai daun kesum
- Sedikit garam
Bahan A:
- 3 tangkai cili merah
- 5 tangkai cili kering
- 2 cm belacan
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Cara cara menyediakan Sayur Keladi:
- Keladi dipotong anggaran 6 cm kemudian dibuang kulit.
- Rebus batang keladi dengan asam keping dengan air secukupnya.Biar hingga empuk.
- Kisar bahan A dan masukkan bahan kisar ke dalam periuk keladi. Masukkan air secukupnya.
- Bila sudah mendidih,masukkan daun kesum dan garam secukupnye.
Nangka Masak Lemak
- 300 gm nangka muda-rebus hingga lembut
- 250 ml santan
- 100 gm ikan bilis
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm kunyit hidup
- 1 cm halia
- 6 btg cili padi
- 2 btg serai – diketuk
- 1 keping asam keping
- Sedikit garam
- Air
- Sedikit minyak masak
Cara cara penyediaan Nangka Masak Lemak :
- Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih kunyit, halia dan cili padi bersama air secukupnya.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan nangka yang telah lembut.Masak dan kacau hingga mendidih.
- Masukkan serai dan asam keping.
- Masukkan santan dan kacau.Jangan hingga pecah minyak.
- Masukkan garam secukupnya.
Cendawan masak lemak cili api
Bahan-bahan:
Cara memasak:
- Cendawan yang dikutip dari pokok
- cili api -10 biji,
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- kunyit hidup
- semangkuk santan pekat
- garam secukup rasa.
- ikan bilis
Cara memasak:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, kunyit, cili api dan halia.
- Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cendawan,dan gaul rata.
- Masukan santan, kacau hingga agak mendidih. Masukkn garam. kalau ko dah perasan sedap, kira ok lah tu.
- Bolehlah dihidang.
Sayur kangkung 1Malaysia
Hari ini ramai duk berbicara tentang keprihatinan PM 1Malaysia menurunkn harga sayur kangkung di pasaran. Lepas nie pakat makan kankung semua rakyat 1Malaysia. Boleh jimat. Kerajaan prihatin lah tu dengan keluh kesah rakyat.
Nie nak bagilah resepi kangkung kot ramai nak menyahut seruan kerajaan.
Bahan-bahan
http://dapurmalaysia.com
Nie nak bagilah resepi kangkung kot ramai nak menyahut seruan kerajaan.
Bahan-bahan
- 1 ikat kangkung
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 10 biji cili api
- Sedikit belacan
- 2 sudu besar ikan bilis
- Sedikit air
- Garam dan gula
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
- Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (5 minit).
http://dapurmalaysia.com
Pecal
Bahan-bahan:
- 4 rantai kacang panjang
- 1/2 biji timun
- 1 keping tauhu
- 1/4 biji sengkuang
- 1 biji telur rebus
- 4 pokok kangkung
Bahan untuk kuah:
- 1/2 cawan kacang tanah
- 10 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci belacan
- 1 camca teh asam jawa
- 2 cawan besar gula
- 1 biji cili merah
Cara penyediaannya:
- Gorong bawang,cili,belacan,bawang merah & bawang putih. Biar layu sedikit.
- Goreng kacang tanah.
- Tumbuk bahan gorengan tadi kecuali kacang.Kacang blender tapi jangan hancur sangat.
- Gaul sebati dan masukkan belacan,asam jawa & gula.Tuang air mendidih.
- Basuh dan potong sayur.Kacang panjang,kangkung dan taugeh celur.
- Tauhu digoreng.
Kailan Goreng Belacan
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak Kailan Goreng Belacan:
- 1 ikat sayur kailan
- 1 biji bawang merah
- 2 bji bawang putih diketuk
- sedikit belacan
- udang kering yng telah direndam seketika
- sedikit garam
Cara-cara memasak Kailan Goreng Belacan:
- Rebus sayur kailan bersama sedikit garam. Bila dah masak angkat dan toskan.
- Tumbuk kasar bawang merah, udang kering dan belacan. Kemudian tumis smpai naik bau bersama bawang putih yang diketuk tadi. Apabila sudah garing masukkan sayur yang dicelur.
- Biarkan seketika kemudian bolehlah ditutup api.
Sayur Lodeh Kuah Lontong
Sayur lodeh kuah lontong
Bahan-bahan:
- 2 batang serai dititik
- 4 helai daun salam
- 1/2 jari lengkuas diketuk
- 200 g udang hidup
- 2 ltr santan pekat @ 3 biji kelapa
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- 1/4 cawan minyak untuk menumis
- 10 tangkai cili kering
- 2 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 2 sudu udang kering
- 2 sudu ikan bilis
- 2 sudu teh jintan kasar - sangar
- sedikit belacan
- 1/2 biji kobis
- 8 batang kacang panjang
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang kecil
- 1 biji terung panjang
- 1 keping tahu kering direndam
- 4 biji kentang
- 4 keping tauhu dipotong kecil dan digoreng
- 4 keping tempe dipotong dan digoreng
- 2 ikat su'un direndam
- lada merah dan hijau dipotong serong
Cara-cara membuat Sayur Lodeh Kuah Lontong
- Tumis bahan kisar bersama serai hingga naik bau. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang,santan,daun salam dan lengkuas. Masak hingga mendidih.
- Bahan sayur dipotong kecil ikut citarasa sendiri. Masukkan sayur bermula yang keras dahulu hingga habis kesemuanya. Tambah air hingga semua sayur tenggelam.
- Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih dan sayur menjadi lembut.
- Siap. Hidangkan bersama lontong @ nasi himpit dan sambal tumis.
Sayur Lemak Putih Kobis
Sayur Lemak Putih Kobis
Bahan-bahan:
- 1/4 biji kobis
- 1 batang lobak
- sedikit udang@ikan bilis
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji cili masak
- 1/2 biji kelapa @ 2 cawan santan
- 1 cawan air
- sedikit garam
Cara-cara memasak Sayur Lemak Putih Kobis :
- Masukkan semua bahan kecuali santan dan garam biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan santan dan garam secupnya.
- Kacau hingga mendidih dan matikan api.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















