Resepi Kailan Ikan Masin

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Kailan Ikan Masin


Kailan Ikan Masin

Bahan-Bahan:

  • 1 ikat sayur kailan
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu minyak
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • sedikit ikan masin dipotong kecil
  • 5 biji cili padi ketuk
  • garam dan gula, secukup rasa


Cara Penyediaan Kailan Ikan Masin:

  1. Potong daun kailan 1 inci, batang kailan  dihiris nipis.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau,  masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
  3. Masukkan  batang kailan dan sos tiram, kemudian masukkan daun.
  4. Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidang.
, ,