Sayur Keladi

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Sayur Keladi








Bahan bahan Sayur Keladi:

  • 3 btg keladi
  • 5 keping asam keping
  •  3 tangkai daun kesum
  • Sedikit garam

Bahan A:

  • 3 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 cm belacan
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih            

Cara cara menyediakan Sayur Keladi:

  1. Keladi dipotong anggaran 6 cm kemudian dibuang kulit.
  2. Rebus batang keladi dengan asam keping dengan air secukupnya.Biar hingga empuk.
  3. Kisar bahan A dan masukkan bahan kisar ke dalam periuk keladi. Masukkan air secukupnya.
  4. Bila sudah mendidih,masukkan daun kesum dan garam secukupnye.


,