Sayur kangkung 1Malaysia

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Sayur kangkung 1Malaysia




Hari ini ramai duk berbicara tentang keprihatinan PM 1Malaysia menurunkn harga sayur kangkung di pasaran. Lepas nie pakat makan kankung semua rakyat 1Malaysia. Boleh jimat. Kerajaan prihatin lah tu dengan keluh kesah rakyat.


Nie nak bagilah resepi kangkung kot ramai nak menyahut seruan kerajaan.

Bahan-bahan
  • 1 ikat kangkung
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • Sedikit air
  • Garam dan gula
Cara-cara memasak Sayur kangkung
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (5 minit).

http://dapurmalaysia.com


, , , , ,