Nangka Masak Lemak

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Nangka Masak Lemak






Bahan Masak lemak nangka:

  • 300 gm nangka muda-rebus hingga lembut
  • 250 ml santan
  • 100 gm ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
  • 6 btg cili padi
  • 2 btg serai – diketuk
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit garam
  • Air
  • Sedikit minyak masak

Cara cara penyediaan  Nangka Masak Lemak  :

  1. Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih  kunyit, halia dan cili padi bersama air secukupnya.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan nangka yang telah lembut.Masak dan kacau hingga mendidih.
  4. Masukkan serai dan asam keping.
  5. Masukkan santan dan kacau.Jangan hingga pecah minyak.
  6. Masukkan garam secukupnya.
, , ,