Carian Resepi
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Ayam Sweet Sour
Hye Assalamualaikum
Apa khabar semua? Mesti semua dalam mood cuti dan malas nak pergi kerja kan? Yelah cuti panjang sebab krismas kan. Untung betul jadi rakyat Malaysia kan. Kenapa untung? Yelah...dalam setahun banyak betul cuti. Mana tidaknya...kalau melayu raya, semua cuti...kalau cina raya, semua cuti...kalau india raya, semua cuti dan krismes pon semua dapat cuti taw. Dan yang paling best...kalau Malaysia menang sesuatu, rakyat boleh minta cuti dekat perdana menteri. Itu yang paling bagus tentang Malaysia ni. Apa pun...cuti yang banyak ni dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia sebab semua perayaan disambut bersama. Itu yang menjadikan Malaysia ini istimewa. Walaupun berbilang kaum dan bangsa...tetapi masih mampu hidup bersama dan saling hormat menghormati.
Pada pandangan saya pula, cuti ini salah satu faktor yang dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan keluarga. Kenapa saya cakap begitu? Sebab...apabila cuti, para ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak anak mereka. Anak anak pula akan berasa seronok kerana dapat bermain...bergurau senda dan berjalan jalan bersama ibu bapa masing masing. Tak lupa juga...bagi yang bujang dan anak dara tu, waktu cuti ini lah mereka akan ambil peluang untuk ber"dating". Jadi, bagi mereka yang sangat komited dengan kerja itu...jangan jadikan cuti sebagai medan untuk membalas segala hutang hutang tidur itu. Ambil lah peluang ini untuk meluangkan masa bersama orang tersayang.
Dan semestinya bagi para ibu, waktu cuti pastinya dapur anda akan berasap kan. Yelah nama pon cuti, mestilah ada aktiviti memasak untuk keluarga. Waktu ini lah suami akan minta anda masakkan lauk kegemaran diorang kan. Anak anak pon akan memintak lauk kegemaran masing masing. Mungkin hari biasa kita sebagai ibu yang bekerjaya tidak sempat untuk menyediakan makanan kepada anak anak dan suami. Jadi waktu cuti sajalah kita dapat masakkan untuk mereka. Air tangan isteri dan ibu dapat membawa kabahagiaan kepada suami dan anak anak taw. Jadi kepada wanita diluar saya saya nasihatkan...jangan lah malas untuk memasak apabila tiba waktu cuti.
Dan tidak ketinggalan cuti krismes yang lalu saya sempat memasak beberapa lauk kegemaran suami dan anak anak. Tidak tergambar kekegembiraan apabila melihat mereka khusyuk makan masakkan kita. Siap tambah beberapa kali lagi. Saya akan kongsikan salah satu lauk yang kegemaran keluarga saya iaitu...ayam sweet sour. Lauk ini kalau dimakan bersama nasi putih pun sudah cukup lengkap. Tetapi kalau nak tambah lauk lain pon boleh juga. Kepada mereka yang masih bujang itu...lauk ini sangat menjimatkan untuk anda. Selamat mencuba.
Ayam Sweet Sour
Bahan-bahan:
- 2 sudu minyak
- Dada ayam tanpa tulang
- 4 sudu tepung jagung, dicampur dengan 4 sudu air, satu sudu tepung penaik dan 1/2 sudu minyak masak
- Telur
- Lada hitam
- Tepung gandum
- 1/2 cawan tomato paste
- 1/2 cawan jem raspberry
- 3 sudu besar gula perang
- Sesudu cuka
- 1 / 4 cawan stock ayam
- 1 / 2 cawan cili holland hijau
- 1/ 2 cawan cili holland merah
- 1/ 2 cawan cili holland kuning
- 1/ 2 cawan bawang holland
- 1/2 cawan nenas atau 1/2 cawan nenas dalam tin, bersama 1/2 cawan air jus
Cara cara memasak :
1. Hiris dada ayam supaya menjadi kecil, kemudian gaul bersama garam dan lada hitam
2. Panaskan minyak ke dalam kuali.
3. Celupkan ayam kedalam telur dan tepung gandum kemudian goreng sehingga keperangan. Goreng kesemua ayam dan ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali, kemudian masukkan paste tomato, jem, gula perang, cuka, garam dan stock ayam, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.
5. Masukkan kesemua cili, nenas dan bawang dan masak selama 1 minit.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan air kepekatan dan kacau hingga mendidih lagi.
7. Masukkan ayam dan gaul sehingga rata..SIAP!
Asam Pedas Ayam
Kerana satu hidangan...
Ayat yang ringkas, tapi membawa sebuah maksud tersirat yang mampu menyentuh hati dan perasaan. Kadang kadang orang terlupa atau memandang remeh sesuatu perkara hanya kerana ianya disangka tidak penting. "Kerana satu hidangan"...inilah yang akan menjadi intisari untuk resipi kita kali ini. Pasti semua terpinga pinga dan pelik. Kenapa dengan ayat ini? Apa kaitan ayat ini dengan resipi? Mengapa ayat ini yang dipilih?
Kerana satu hidangan...hari yang suram kembali ceria.
Ambillah kata kata ini dan semat didalam hati. Tapi kenapa? Okay jawapannya ada dalam cerita ringkas tentang ahmad dan aminah ini.
Ahmad dan aminah merupakan pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Sudah menjadi lumrah, bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga pastinya kewangan menjadi perkara utama. Yelah nak membina keluarga yang bahagia, serba serbi haruslah lengkap. Bukan hendak mewah tetapi ianya keperluan yang dapat membawa kepada kebahagiaan. Ahmad merupakan eksekutif di sebuah syarikat kecil. Aminah pula seorang jurujual di pasaraya. Bagi menambah hasil pendapatan, mereka sepakat supaya ahmad membuat kerja tambahan sebagai pemandu uber.
Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan baik. Hasil pendapatan tambahan ahmad sebagai pemandu uber agak lumayan. Mereka mampu melengkapkan segala keperluan untuk hidup sebagai suami isteri. Pada kebiasaannya ahmad tidak akan terus pulang ke rumah selepas waktu kerja. Dia akan terus melakukan kerja sebagai pemandu uber. Dan ahmad akan pulang pada lewat malam. Aminah pula, sebagai isteri mithali akan menunggu kepulangan suaminya yang tercinta. Dan pada kebiasaannya aminah akan menyiapkan makanan sebelum ahmad pulang. Mereka akan makan malam bersama sebelum tidur.
Bak kata pepatah, langit tidak selalu cerah. Harapkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hari ini tidak berlalu seperti biasa bagi ahmad. Seolah olah tuhan mahu mengujinya. Hari ini, dia dipanggil oleh majikannya. Teruk dia dimarahi oleh majikannya kerana kesilapan kecil yang tidak disengajakan. Ahmad bertambah tertekan apabila kerjanya di pejabat sangat banyak pada hari itu. Fikirannya bercelaru. Habis kawan kawan sepejabat dimarahinya. Tidak cukup dengan itu, penumpang yang menggunakan perkhidmatan uber nya telah melarikan diri tanpa membayar tambang. Kesabaran ahmad diuji pada hari itu. Seperti kebiasaan, aminah akan menelifon ahmad untuk bertanya pukul berapa ahmad akan pulang. Tetapi, aminah juga dimarahi. Tersentak aminah dek herdikan yang diberi oleh ahmad. Aminah terus meletakkan telifonnya.
Aminah yang sudah mengenali hati budi suaminya tahu yang mood suaminya tidak baik. Aminah seorang yang bijak dan sangat positif. Lantas, aminah terus ke dapur dan memasak masakan kegemaran suaminya dengan harapan hidangan ini dapat menceriakan hari ahmad semula. Dengan berbekalkan hati yang ikhlas, bersama air tangan isteri tercinta...hidangan kegemaran ahmad pun siap terhidang. Tidak lama selepas itu, aminah terdengar bunyi enjin kereta ahmad menandakan suaminya sudah pulang. Ahmad keluar dari kereta dengan muka yang masam. Aminah membukakan pintu rumah untuk suaminya. Bau hidangan kegemaran ahmad terus menusuk ke hidungnya. Ahmad tahu apa yang dimasak oleh isterinya. Dia terus memandang isterinya dan menghadiahkan sebuah senyuman. Begitulah cerita ahmad dan aminah bersama hidangannya. Terkadang, air tangan isteri mampu mengubah hari suaminya. Nak tahu apa hidangan yang dimasak aminah???
Jawapannya ialah asam pedas ayam kegemaran ahmad. Itulah tajuk resipi kita hari ini. Jom belajar memasak asam pedas ayam.
Asam Pedas Ayam
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
- 1 batang serai -diketok
- Daun kesum
- Sekuntum bunga kantan
- Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
- 3 cawan air
- Sedikit lada hitam
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan kisar
- 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit
- 1 inci halia
- Belacan
Cara memasak Asam Pedas Ayam
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
2. Masukkan ayam , bunga kantan, dan daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul hingga sebati.
4. Tambahkan air secukupnya.
5. Tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.
Sedia dihidang.
Ayam Masak Kicap
Hye. Assalamualaikum.
Sunyi je rumah sebab semua sedang sibuk jalankan tugas masing masing. Dan tugas suri rumah macam biasa lah, duduk termenung di rumah sambil tunggu isi rumah. Tapi bosan la asik duduk je. Nak masak...pagi tadi baru buat breakfast untuk diorang. Nak masak untuk diri sendiri...masih kenyang. Apa nak buat ye?
Ting!!!. Idea dah datang. Disebabkan nak memasak tak boleh, perkara yang serupa dengan memasak ialah menulis resipi. Sama je kan...cuma memasak ada bau wangi daripada bawang putih, daun sup, daun kari and macam macam lagi. Dan menulis pulak hanya boleh imagine je macam mana gaya kita memasak tu.
Oh ya, disebabkan tengah berborak pasal memasak ni kan, ada tips menjadikan makanan bertambah sedap taw untuk mereka mereka yang rajin membaca ni. Nak tahu apa dia? Okay...tips dia ialah, memasak ni kita perlu hadirkan minat dalam diri kita. Kadang kadang kita tiada ilmu dan kepakaran yang tinggi pun dalam masakan, macam cef cef yang terkenal diluar sana. Contoh nya Dato Dr Fazley Yaacob, sudah la hensem pandai memasak pulak tu. Mesti menjadi idaman setiap wanita kan. Lelaki yang pandai memasak diluar sana...TAHNIAH!. Anda telah menambahkan bonus dalam diri anda.
Okay, berbalik kepada minat tadi, apabila kita melakukan sesuatu dengan minat, percayalah mesti kita berjaya melakukannya. Dalam skop memasak ni, apabila kita minat...masakan yang kita rasa susah pon boleh jadi senang. Step memasak yang panjang berjela tu pon kita rasa macam ringkas je. Tetapi apa yang penting...mesti lah ada minat.
Tapi macam mana nak ada minat? Senang je. Kita start la dengan memasak masakan yang kita suka. Bila kita berjaya buat hidangan yang kita suka, confirm kita akan bertambah rasa minat untuk memasak. Tidak perlu mula dengan hidangan yang susah, cukup sekadar yang ringkas dan paling penting hidangan tu ialah hidangan kegemaran kita. Disebabkan topik kita hari ni ialah hidangan kegemaran, so hari ni saya akan tuliskan resipi memasak ayam masak kicap. Ayam masak kicap memang menjadi kegemaran saya. Dari kecik sampai lah dah masuk alam veteren ni. Haha.
Orite, jom kita masak ayam masak kicap.
Ayam Masak Kicap
Bahan yang di perlukan ialah:
- 1/2 ekor ayam - gaulkan dengan garam dan kunyit
- 1 biji kentang - dipotong wedges
- 4 batang serai - ketuk
- 1 sudu besar cili kisar
- Kicap lemak manis
- Kicap pekat
- Sos tiram
Bahan Tumbuk:
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan Hiasan:
- 1 biji bawang besar Holland - belah 6
- 1 biji tomato - belah 6
- 2 tangkai cili merah & hijau - belah 4
- Cili padi
Cara cara menyediakan Ayam Masak Kicap :
Panaskan minyak kemudian gorengkan ayam dengan api yang sederhana besar sehingga ayam berwarna perang. Angkat dan asingkan.
Kemudian Goreng kentang sehingga lembut dan berwarna perang. Angkat dan asingkan
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, cili kisar dan serai hingga wangi.
Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis dan kicap pekat serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.
Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah sos.
Akhir sekali, masukkan kentang goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang.
Note: Masakan ini manis manis pedas. Sesuai dipadankan dengan daun daun ulam serta sambal belacan
Ayam Masak Black Paper
Assalamualaikum. Hye semua.
Now bulan berapa ye? Oktober kan? Cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk hujung tahun. Tapi perkara yang sinonim dengan hujung tahun ni ialah cuaca kan. Biasanya, kalau hujung tahun ni, mesti akan lebih banyak hujan daripada hari yang cerah kan. Musim tengkujuh orang kata. So, kalau asik hujan mesti suasana jadi sejuk kan. Lagi lagi kalau hujan pagi pagi waktu nak pegi kerja tu. Rasa macam nak tarik selimut dan sambung tidur je. Tak pun hujan masa balik kerja, rasa macam nak cepat balik kerja dan terus tidur.
Tapi semua ni tak penting sangat taw. Ada lagi perkara yang lebih penting. Nak tahu ke?. Okay, perkara yang lebih penting ialah hidangan atau lauk yang kita makan itu, mestilah sesuai dengan keadaan persekitaran kita. Ish...kenapa berbelit sangat. Susah nya nak faham. Okay, bagi contoh yang senang lah ye. Kalau kita tengah kesejukkan contohnya kat genting highlang ke...cameron highland ke...mesti kita cari sesuatu makanan atau minuman panas kan untuk hangatkan tubuh kita macam hot coffee...hot tea atau pun sweet potato. Mana ada orang yang tengah kesejukkan pergi makan aiskrim. Kan pelik bunyi nya tu.
Samalah juga dengan lauk pauk yang kita nak masak. Kena lah sesuai dengan cuaca dan keadaan. Macam orang di belah belah europe, diorang suka makan sup kalau musim sejuk. Sup yang panas itu dapat menghangatkan tubuh mereka. Lauk yang bersesuaian dengan cuaca jugak dapat membantu membuka selera kita. Sebab biasanya apabila cuaca sejuk, kita akan mudah hilang selera. Antara lauk yang sesuai dihidangkan semasa cuaca sejuk ialah, ayam masak halia dan ayam masak black paper. Ada banyak lagi hidangan yang sesuai untuk cuaca sejuk tetapi dua hidangan ini antara hidangan kegemaran saya.
Kadang kadang kita ni bukan tak tahu memasak atau tak ada skill memasak, cuma tak tahu nak sesuai kan dengan keadaan dan tempat je. And mostly semua orang akan memandang remeh hal ni. Untuk menjadikan ahli keluarga kita suka dengan masakan kita, semua perkara ini harus di ambil kira. Baru lah diorang semua lebih suka menjamu selera dirumah berbanding menjamu selera di kedai makan. Kita pon akan rasa puas hati sebab apa yang kita masak, orang lain pon suka makan.
Dah terlanjur kita bercerita tentang ayam masak black paper ni, apa kata saya kongsikan resipi memasak ayam black paper. Mana lah tahu bagi yang jarang dengar tentang hidangan ini boleh mencuba. Kata orang tak cuba tak tahu. Dah cuba hari hari mau. Hehe. Okay jom kita start memasak
Ayam Masak Black Paper
Bahan A
- 500 gram ayam
- 1 batang lobak merah (dipotong kecil)
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
- 2 sudu makan lada hitam (ditumbuk atau beli serbuk lada hitam)
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa (sekiranya perlu)
Bahan B (untuk tumis)
- 5 bini bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 labu bawang besar
Bahan hiasan
- 2 tangkai daun sup
- 2 tangkai daun bawang
- 1 biji tomato (dipotong 4)
- 2 biji cili merah (dihiris)
Cara membuat Ayam Masak Black Paper :
1. Buang lemak dan kulit ayam kemudian potong kecil kecil
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan untuk menumis yang sudah siap dihiris sehingga wangi dan layu
3. Masukkan aya. Dan gorengkan sehingga masak
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram lada hitam dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
Siap untuk dihidang!. Hidangan ini boleh dimakan dengan nasi atau pun roti. Selamat mencuba.
Ayam Halia
Assalamualikum. Hye semua!!!
Hurm...hari ni teringin nak bagi tips lagi lah. Mana lah tahu tips tips yang tak seberapa ni mampu membantu orang lain kan. Kita ni kalau ada ilmu, kena lah kongsi. Tak baik kedekut ilmu. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita akan menerima. Lagi pon...hati kita mesti rasa lagi happy kan kalau dapat tahu yang ada orang berjaya disebabkan ilmu yang kita kongsi.
Okay lah...mukadimah panjang berjela tapi tips nya tak bagi bagi. Baiklah...tips nya adalah bagaimana nak jadikan korang korang yang tak berapa rajin untuk masuk dapur tu bertukar menjadi rajin. Mesti ada punya lah spesis yang macam ni. Betol tak?? Cuma malas je nak mengaku kan. Eh, tapi bagi yang dah rajin tu jangan pulak nak gelak sakan. Baca sekali tips ni, supaya bertambah tambah semangat nak ke dapur.
Orite...untuk kita menambahkan rasa rajin untuk masuk ke dapur tu....hias lah dapur kita tu supaya cantik, bersih, segar dan rasa sedap je bila mata memandang. Baru lah rajin nak ke dapur. Betol ke tidak?? Okay lah saya bagi contoh, kalau kita jalan jalan dekat mall...then kita nampak kedai tu cantik...colorful...bersih...mesti kita rasa nak masukkan. Cuba kalau kedai tu bersepah, kotor dan bau busuk...mesti kita tak nak masukkan. Bukan kita je, ntah ntah kucing pon tak nak masuk. Haha
Tapi macam mana nak bagi dapur kita tu menarik??? Haa....senang sahaja. Tidak perlu pon kita nak letak kabinet dapur yang mahal mahal atau beli alat memasak yang branded. Kita cuma perlu ubah suasana dapur tu supaya kita rasa suka dengan dapur kita. Mungkin kita boleh ubah colour dapur kita dengan colour yang kita suka. Then, kita kemas lah dapur kita tu supaya semua barang barang yang ada tu tersusun rapi. Then kita letak lah sedikit pokok pokok supaya udara di dapur kita tu segar. Penting taw semu perkara ni. Kalau tak percaya cuba buat.
Bab warna pulak, kena lah bersesuaian. Gunakan warna yang terang. Ini dapat membuatkan dapur kita menjadi lebih luas. Selain warna, kekemasan dapur pulak. Kadang kadang dapur kita tu dah besar dan luas dah pun. Cuma atas kesilapan diri kita yang ,embuatkan dapur kita tu nampak sempit. Mana tidak nya, kita susun semua alatan alatan dapur tu ikut suka je. Selagi boleh, selagi tu kita sumbat semua barang kat dapur. Tu yang kita rasa serBut je bila masuk dapur. Nak masak pon tiada idea.
Kita susun la pinggan mangkuk tu dengan ke as. Ikut bentuk dan warna. Barang yang sudah jarang guna...mungkin kita boleh buang, tak pun kita jual kat mudah.com. Boleh dapat duit tambahan. Lagi satu! Bagi lah dapur kita tu pengudaraan yang baik. Make sure tingkap yang ada di dapur tu cukup luas. Baru lah udara boleh keluar masuk dengan sempurna. Dapur kita pon tidak akan berbau yang pelik pelik. Lepas tu kita tambah tumbuhan hijau sikit. Confirm kita jatuh cinta kat dapur kita tu.
Okay lah tips dah panjang lebar. Tapi tidak sempurna lah kalau dapur yang cantik tu sekadar cantik tetapi tidak berasap kan....oleh itu jom kita masak ayam halia. Tiba tiba rasa teringin nak makan ayam halia.
Ayam Halia
Bahan A
- 500 gram ayam
- 3 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 pokok daun bawang
- 1 biji tomato ( dipotong 4)
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam secukop rasa
Bahan B (dihiris)
- 3 inci halia
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
Cara membuat Ayam Halia
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang dihiris sehingg layu
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan sedikit air.
3. Masak ayam sehingga lembut dengan api sederhana besar
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. Gaulkan rata dan biarkan sehingga pekat
5. Masukkan tomato dan daun bawang kemudian kacau rata.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Ayam Masak Bali
Ayam Masak Bali
Bahan bahan Ayam Masak Bali
- 1 ekor Ayam
- 6 ulas bawang merah
- Kicap pekat
- 1 tangkai daun kari
- 3 helai daun limau purut
- Asam keping
- Minyak masak
- Garam dan gula
- 1 batang serai diketuk)
Bahan A
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan kasar
- Cili kering
- 2 batang serai
Cara-cara memasak Ayam Masak Bali
- Kisar bahan A, gaul bersama kunyit dan kicap pekat. Perap ayam bersama bahan tersebut.
- Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap.
- Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi.
- Masukkan daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
- Ayam Masak Bali Siap untuk dihidangkan.
Asam Pedas Ayam
![]() |
| Asam Pedas Ayam |
Bahan-bahan :
- 1/2 ekor ayam dipotong ikut selera
- 2-3 keping asam keping
- 1/2 cawan air asam jawa
- Daun kesum
- Tomato
- Bunga kantan
- Gula
- Garam secukup rasa
- Minyak
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 10 tangkai cili kering
- 1 inci hali
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1 inci belacan
Cara membuat :
- Bersihkan ayam dan digoreng seketika. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air secukupnya.
- Masukkan, bunga kantan, daun kesum, asam keping, air asam jawa, garam dan gula.
- Biarkan sehingga mendidih dengan api yang kecil. Masak sehingga kuahnya pekat.
- Sebelum tutup api masukkan bendi dan tomato. Siap.
Resepi Ayam Percik Kelantan
Bahan bahan:
- 1 ekor ayam dipotong 4
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- Garam secukupnya
Bahan Kuah:
- 2 pek santan pekat
- 10 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 3 tangkai cili kering
- 1 batang serai
- Garam secukupnya
- Gula
- 1/4 keping asam keping
Cara cara penyediaan Ayam Percik Kelantan :
- Kisar bahan perap kemudian perap pada ayam selama 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak.
- Kisar bahan kuah dan masak di atas dapur dengan api perlahan. Masak sehingga kuah pekat.
- Masukkan garam dan gula. Dah rasa ok, boleh diangkat.
- Apabila ayam sedikit garing, lumur kuah pada ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang.
Ayam Masak Lemon
Ayam Masak Lemon
Bahan-bahan:
Bahan A
- 400 gm isi dada ayam
- 2 sudu kecil Serbuk Pati Ayam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 biji telur, dipukul sedikit
- 1 cawan tepung jagung (untuk menyalut ayam)
- minyak untuk goreng
- 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
Bahan B
- 1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji]
- 1 sudu kecil Serbuk Pati Ayam MAGGI
- 1/2 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil minyak bijan (jika suka)
- 2 sudu kecil tepung jagung
- 2 sudu besar air [bancuh]
- 1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon]
- 2 biji tomato [belah 6]
Cara-cara penyediaan Ayam Masak Lemon
- Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam. Perapkann ayam dengan pati ayam dan lada hitam selama 10 minit.
- Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung, gorengkan ayam hingga kekuningan dan toskan.
- Keluarkan minyak hingga tinggal 2 sudu besar dalam kuali.
- Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan B dan masak hingga mendidih.
- Pekatkan sos dengan bancuhan tepung jagung.
- Potong ayam dan senduk sos ke atasnya. Hias dengan hirisan oren, tomato dan cili.
Ayam Beriani
Ayam Beriani
Bahan-bahan membuat Ayam Beriani:
- 1 ekor ayam [potong kecil]
- 4 sudu besar rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
- 1 cawan yogurt
- 3 sudu besar tomato puree
- 2 biji tomato buah [belah 4]
- 3 biji tomato [mesinkan dengan 1 cawan air]
- 3 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- 2 labu bawang besar [belah 4]
- 1 pokok daun ketumbar [potong kasar]
- Garam
Bahan Tumbuk
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 cm halia
Bahan Tumis
- 2 cm kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 1 tangkai daun kari
- 3 sudu besar minyak
Cara-cara penyediaan ayam beriani:
- Ayam dibuangkan kulit dan basuh. Toskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
- Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yang dibancuh dengan air. Kacau rata sehingga naik minyak.
- Masukkan buah tomato yang telah dimesin dengan air dan juga tomato puree. Biarkan sehingga lembut.
- Masukkan ayam dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
- Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun
- ketumbar. Rasakan garamnya.
- Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan Ayam Beriani dengan nasi beriani atau roti.
Ayam Goreng Kunyit
Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 10 tangkai kacang panjang [dipotong pendek]
- 2 biji tomato [dipotong kecil]
- 1 labu bawang besar [dihiris]
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 3 sudu besar minyak
- garam secukup rasa
Bahan Tumis [Dihiris]
- 3 inci halia
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili merah
- 5 tangkai ciliapi
Cara-cara penyediaan Ayam Goreng Kunyit:
- Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan tos kering.
- Gaulkan serbuk kunyit dan garam dengan ayam.
- Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis.
- Gorengkan sehingga wangi dan masukkan ayam dan kacang panjang. Kacau rata sehingga ayam masak dan agak garing.
- Masukkan bawang besar dan tomato. kacau rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
Ayam Percik Kedah
AYAM PERCIK
KEDAH
Gambar asal: Disini
Bahan bahan
- 1ekor ayam (dipotong)
- 2 biji bawang besar (dikisar)
- 4 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 inci halia (dikisar)
- 1 sudu teh jintan manis (dikisar)
- 1 sudu teh jintan putih (dikisar)
- 1 sudu makan ketumbar (dikisar)
- 2 batang serai (dikisar)
- 3 biji buah keras(dikisar)
- 1 liter santan
- 1 keping asam gelugur
- garam dan gula secukup nya untuk kuah
- 3 sudu minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan Ayam Percik Kedah
- Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras, dan cili kisar. Kemudian, kisarkan bahan hingga hancur.
- Kemudian, tumiskan bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air
- Masak dan kacau hingga kuah mendidih
- Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula secukup rasa.
- Masukkan ayam yang telah dipotong tadi ke dalam kuah. Masak sehingga separuh masak.
- Setelah ayam separuh masak keluarkan ayam dan ketepikan.
- Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
- Lumurkan ayam dengan kuah yang dimasak tadi dan bakar selama 20-25 minit.
- Ayam Percik Siap untuk dihidangkan.
(scha)
Ayam Masak Kicap Manis
AYAM MASAK KICAP MANIS
Bahan-bahan
1½ ekor ayam( dibersihkan)
2½ halia (dihiris);
1biji cili merah (dihiris)
1biji bawang besar (dihiris)
2biji bawang putih (dihiris)
1½ sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil kunyit
½ perasa
1 cawan minyak (mengoreng & menumis)
½ cawan air
Cara-cara membuatnya
1- Lumurkan ayam dgn garam dan kunyit.
2- Panaskan minyak dan gorengkan ayam separuh masak, angkat dan toskan
3- Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan hijau. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama bahan-bahan tadi dan goreng seketika...
4- Kemudian masukkan sos tiram dan kicap pekat, perasa dan garam sedikit (boleh juga ditambah lebih air jika mahu banyak kuah)
Masak semunya dalam 5 minit.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba......
1½ ekor ayam( dibersihkan)
2½ halia (dihiris);
1biji cili merah (dihiris)
1biji bawang besar (dihiris)
2biji bawang putih (dihiris)
1½ sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil kunyit
½ perasa
1 cawan minyak (mengoreng & menumis)
½ cawan air
Cara-cara membuatnya
1- Lumurkan ayam dgn garam dan kunyit.
2- Panaskan minyak dan gorengkan ayam separuh masak, angkat dan toskan
3- Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan hijau. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama bahan-bahan tadi dan goreng seketika...
4- Kemudian masukkan sos tiram dan kicap pekat, perasa dan garam sedikit (boleh juga ditambah lebih air jika mahu banyak kuah)
Masak semunya dalam 5 minit.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba......
(scha)
Resepi Ayam Masak Merah Utara
AYAM MASAK MERAH UTARA
Bahan-bahan
- 1ekor ayam (dibersihkan)
- 3 biji bawang besar (dikisar)
- 5 batang serai (dikisar)
- 2 ½ inci lengkuas (dikisar)
- 4 inci halia( dikisar)
- 1 ½ cili kering (dikisar)
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 mangkuk minyak (menggoreng & menumis)
- ½ sudu besar garam
- ½ sudu besar kunyit
- 1 sudu kecil gula
- ½ perasa
- 1½ santan pekat.
Cara-cara membuat Ayam Masak Merah
- Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit.
- Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah di lumur garam dan kunyit tadi ke dalam kuali goreng sehingga separa masak, kemudian angkat dan toskan...
- Masukan kulit kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang serta masukan bahan yg telah di kisar, masukkan juga garam, gula dan perasa, tunggu sehingga pecah minyak...
- Masukan ayam gaulkan sehingga sebati dan akhir sekali masukkan santan.
- Tunggu sehingga masak selama 15 minit. Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA…..
-scha
Ayam Masak Merah Simple dan Lazat
AYAM MASAK MERAH
Bahan bahan:
- 1 ekor ayam – ( digoreng separuh masak )
- 60 ml santan
- 250 ml air
- 3 biji tomato
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 sudu besar sos cili
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak utk menumis
- Kacang peas
Bahan bahan untuk dikisar:
- 4 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 15 tangkai cili kering - rebus sebentar
Bahan bahan hirisan:
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
Cara-cara memasak Ayam Masak Merah :
- Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan sehingga layu. Kemudian masukkan bahan kisaran dan gaul rata. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili.
- Tumis sehingga pecah minyak.
- Apabila minyak sudah pecah, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Tidak perlu digoreng terlalu garing kerana ayam akan menjadi liat dan keras.
- Kacau rata dan biarkan untuk seketika. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan santan untuk memekatkan kuah.
- Masukkan garam secukup rasa dan juga buah tomato. Masak sehingga pecah minyak dan boleh tambahkan sedikit gula jika mahu. Tunggu sebentar sehingga masak sepenuhnya.
- Ayam masak merah Siap untuk dihidang.
Ayam Panggang Lada Hitam
Ayam panggang lada hitam
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong besar dan dibersihkan)
Bahan untuk diperap:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk diperap dan kisarkan.
2. Lumurkan keseluruhan bahan dengan ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Masukkan kedalam bekas dan bakar selama 45 minit dgn suhu 200 C .
5. Setelah masak baru dikeluarkan untuk dihidangkan.
- 3 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 sdb sos lada hitam (gantikan dgn sos tiram, kicap pekat dan lada hitam)
- 2 sdb madu
- 1 ketul kiub ayam knorr
- 2 sdb halba campuran
- 1 1/2 sdt garam
- sedikit air untuk mengisar bahan
- sedikit mentega
1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk diperap dan kisarkan.
2. Lumurkan keseluruhan bahan dengan ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Masukkan kedalam bekas dan bakar selama 45 minit dgn suhu 200 C .
5. Setelah masak baru dikeluarkan untuk dihidangkan.
Cara Membuat Ayam Sedap
Bahan bahan :-
- 1 EKOR AYAM DIBELAH 2 ATAU 4
Bahan A
- 2 BIJI BAWANG BESAR#
- 5 BIJI BAWANG PUTIH#
- HALIA SEBESAR IBU JARI NAK 1#
- 4 SEKAWAN(BUNGA LAWANG,KULIT KAYU MANIS,CENGKIH,PELAGA)
- 2 SUDU LADA SULAH
- 1 BATANG SERAI DITITIK
- GARAM SECUKUPNYA
- KIUB AYAM 1
Cara cara :-
KISAR BAHAN A, KISAR HALUS BAHAN B, KEMUDIAN TUMIS. MASUKAN 4 SEKAWAN SERTA SERAI,SEHINGGA NAIK BAU
MASUKAN 1 LITER AIR ATAU AGAK KAWAN2 LAH YER,
KEMUDIAN MASUKAN AYAM YG DIPOTONG TADI,GARAM SECUKUP RASA,LADA SULAH,
MASAK AYAM SEHINGA EMPUK....PADAM KAN API!!(AMBIL AYAM YG DIMASAK TADI TOSKAN...
**KUAH SUP ITU SAYA GUNAKAN UTUK MEMBUAT NASI DAN UNTUK DIHIRUP BERSAMA2 DENGAN NASI AYAM
(AYAM YG DITOSKAN TADI MESTILAH DIGAUL DENGAN SOS TIRAM DALAM 6 SUDU,SOS TIRAM MEMBUAT AYAM ITU SEDAP N BERKILAT,SELEPAS ITU MASUKAN KICAP MANIS ..LOMORKAN BAHAN ITU PADA AYAM..PERAPKAN SEKEJAP..
CARA MENGORENG AYAM
MASUKAN MINYAK SECUKUP NYA,PASTIKAN MINYAK ITU PANAS,BARULAH MASUKAN AYAM YG DI PERAP TADI
>GORNG JGN TERLALU LAMA PALING2 ANGKAT AYAM
ITU..PASTIKAN AYAM WARNA MESTI DIDALAM GAMBAR INI
>AYAM NI DIGORENG SEKEJAP SEBAB MASA MEREBUS
TADI KAN DAH MASAK..
>HASIL YG KITA DAPAT.AYAM LEMBUT,ENAK,BERKILAT
CANTIK GITU..
LEBIHAN KUAH PERAP AYAM TADI DIAMBIL,TAMBAHKAN KICAP MANIS,KICAP CAIR DALAM 3 SUDU,SERTA MINYAK BIJAN SEDIKIT ,DAN MASUKAN 3 ATAU 4 SUDU KUAH SUP TADI ..CARANYA POTONG AYAM BILA HENDAK MAKAN KEMUDIAN MASUKAN KICAP YG DI BUAT TADI..MEMANG TERBAIK!!! SEDAP..
Sos perapan ayam BBQ
ayam BBQ
Bahan bahan:
- 15biji Bawang merah
- 10 ulas Bawang putih
- 9 batang Cili kering
- 1 pkt kecil Rempah kurma
- kunyit
- 1 pkt kecil Serbuk kari
- Halia
- Garam
- Gula apong/gula merah
- Sos tiram
- Serai
Cara cara:
- Kisar halus semua bahan kemudian lumurkan pada ayam @ daging.
- Perap semalaman utk hasil yang lebih menyelerakan.
- Selamat mencuba...
Rendang Ayam Opah
Rendang Ayam Opah
Bahan-bahan :
- 1 ekor ayam
- 2 cawan santan
- 2 sudu kerisik
- 2 helai daun kunyit diracik halus
- minyak untuk menumis
- garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan dikisar :
- 21 batang cili kering
- 2 labu bawang besar
- 4 ketul kunyit hidup
- 1 sudu ketumbar
- 2 biji buah keras
- 4 batang serai
- 3 inci halia
- 3 inci lengkuas
Cara-cara memasak Rendang Ayam Opah :
- Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
- Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
- Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.
Soto Ayam
soto ayam
Bahan-bahan:
- 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
- 2 ekor ayam, dibelah empat
- 3 - 4 liter air
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan serbuk ketumbar
- 2 sudu teh serbuk jintan halus
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- 3 batang serai, dititik
- lengkuas sebesar ibu jari, dititik
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 5 tangkai bunga cengkih
- garam secukup rasa
Bahan untuk Dikisar:
- 3 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 5 batang lada merah
- 20 biji lada padi merah thai
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 cawan kicap lemak manis
- bergedil
- taugeh yang telah dicelur
- daun sup, dipotong halus
- bawang goreng
- sambal kicap
- ayam, yang telah disiat-siat
Cara-cara penyediaan Soto Ayam :
- Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik.
- Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati.
- Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam.
- Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
- Cara membuat Sambal Kicap : Kisar halus semua bahan, tuang kedalam mangkuk. Siap. Sedia untuk dimakan.
- Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















