Resepi Soto Ayam

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Soto Ayam




soto ayam

Bahan-bahan:

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa

Bahan untuk Dikisar:
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup 

Bahan untuk Sambal Kicap:
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis 

Bahan Hiasan:
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara penyediaan Soto Ayam:

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. 
  2. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. 
  3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. 
  4. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. 
  5. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  6. Cara membuat Sambal Kicap : Kisar halus semua bahan, tuang kedalam mangkuk. Siap. Sedia untuk dimakan.
  7. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.
, , , ,