Ayam Beriani

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Ayam Beriani


Ayam Beriani

Bahan-bahan membuat Ayam Beriani:

  • 1 ekor ayam [potong kecil]
  • 4 sudu besar rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
  • 1 cawan yogurt
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 2 biji tomato buah [belah 4]
  • 3 biji tomato [mesinkan dengan 1 cawan air]
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar [belah 4]
  • 1 pokok daun ketumbar [potong kasar]
  • Garam

Bahan Tumbuk
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

Bahan Tumis
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari 
  • 3 sudu besar minyak


Cara-cara penyediaan ayam beriani:

  1. Ayam dibuangkan kulit dan basuh. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yang dibancuh dengan air. Kacau rata sehingga naik minyak.
  4. Masukkan buah tomato yang telah dimesin dengan air dan juga tomato puree. Biarkan sehingga lembut.
  5. Masukkan ayam dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
  6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun 
  7. ketumbar. Rasakan garamnya.
  8. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan Ayam Beriani dengan nasi beriani atau roti.
, ,