Ayam Masak Lemon

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Ayam Masak Lemon




Ayam Masak Lemon


Bahan-bahan:


Bahan A
  • 400 gm isi dada ayam
  • 2 sudu kecil Serbuk Pati Ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji telur, dipukul sedikit 
  • 1 cawan tepung jagung (untuk menyalut ayam) 
  • minyak untuk goreng
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)


Bahan B

  • 1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji]
  • 1 sudu kecil Serbuk Pati Ayam MAGGI 
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil minyak bijan (jika suka) 
  • 2 sudu kecil tepung jagung 
  • 2 sudu besar air [bancuh]
  • 1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon]
  • 2 biji tomato [belah 6]


Cara-cara penyediaan Ayam Masak Lemon

  1. Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam. Perapkann ayam dengan pati ayam dan lada hitam selama 10 minit.
  2. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung, gorengkan ayam hingga kekuningan dan toskan. 
  3. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 sudu besar dalam kuali.
  4. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan B dan masak hingga mendidih. 
  5. Pekatkan sos dengan bancuhan tepung jagung.
  6. Potong ayam dan senduk sos ke atasnya. Hias dengan hirisan oren, tomato dan cili.
, , , ,