Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam






Ayam panggang lada hitam

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (dipotong besar dan dibersihkan)
Bahan untuk diperap:
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sdb sos lada hitam (gantikan dgn sos tiram, kicap pekat dan lada hitam)
  • 2 sdb madu
  • 1 ketul kiub ayam knorr
  • 2 sdb halba campuran
  • 1 1/2 sdt garam
  • sedikit air untuk mengisar bahan 
  • sedikit mentega
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk diperap dan kisarkan.
2. Lumurkan keseluruhan bahan dengan ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Masukkan kedalam bekas dan bakar selama 45 minit dgn suhu 200 C .
5. Setelah masak baru dikeluarkan untuk dihidangkan.
, , , , , , , , ,