Resepi Ayam Percik Kelantan

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Ayam Percik Kelantan







Ayam Percik

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong 4 


Bahan Perap:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • Garam secukupnya

Bahan Kuah:
  • 2 pek santan pekat
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 3 tangkai cili kering
  • 1 batang serai
  • Garam secukupnya
  • Gula 
  • 1/4 keping asam keping 

Cara cara penyediaan Ayam Percik Kelantan :

  1. Kisar bahan perap kemudian perap pada ayam selama 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. 
  2. Kisar bahan kuah dan masak di atas dapur dengan api perlahan. Masak sehingga kuah pekat. 
  3. Masukkan garam dan gula. Dah rasa ok, boleh diangkat.
  4. Apabila ayam sedikit garing, lumur kuah pada ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang.




, , , ,