Carian Resepi
Showing posts with label Resepi Ayam. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam. Show all posts
Ayam Masak Kicap Manis
AYAM MASAK KICAP MANIS
Bahan-bahan
1½ ekor ayam( dibersihkan)
2½ halia (dihiris);
1biji cili merah (dihiris)
1biji bawang besar (dihiris)
2biji bawang putih (dihiris)
1½ sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil kunyit
½ perasa
1 cawan minyak (mengoreng & menumis)
½ cawan air
Cara-cara membuatnya
1- Lumurkan ayam dgn garam dan kunyit.
2- Panaskan minyak dan gorengkan ayam separuh masak, angkat dan toskan
3- Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan hijau. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama bahan-bahan tadi dan goreng seketika...
4- Kemudian masukkan sos tiram dan kicap pekat, perasa dan garam sedikit (boleh juga ditambah lebih air jika mahu banyak kuah)
Masak semunya dalam 5 minit.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba......
1½ ekor ayam( dibersihkan)
2½ halia (dihiris);
1biji cili merah (dihiris)
1biji bawang besar (dihiris)
2biji bawang putih (dihiris)
1½ sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil kunyit
½ perasa
1 cawan minyak (mengoreng & menumis)
½ cawan air
Cara-cara membuatnya
1- Lumurkan ayam dgn garam dan kunyit.
2- Panaskan minyak dan gorengkan ayam separuh masak, angkat dan toskan
3- Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan hijau. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama bahan-bahan tadi dan goreng seketika...
4- Kemudian masukkan sos tiram dan kicap pekat, perasa dan garam sedikit (boleh juga ditambah lebih air jika mahu banyak kuah)
Masak semunya dalam 5 minit.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba......
(scha)
Resepi Ayam Masak Merah Utara
AYAM MASAK MERAH UTARA
Bahan-bahan
- 1ekor ayam (dibersihkan)
- 3 biji bawang besar (dikisar)
- 5 batang serai (dikisar)
- 2 ½ inci lengkuas (dikisar)
- 4 inci halia( dikisar)
- 1 ½ cili kering (dikisar)
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 mangkuk minyak (menggoreng & menumis)
- ½ sudu besar garam
- ½ sudu besar kunyit
- 1 sudu kecil gula
- ½ perasa
- 1½ santan pekat.
Cara-cara membuat Ayam Masak Merah
- Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit.
- Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah di lumur garam dan kunyit tadi ke dalam kuali goreng sehingga separa masak, kemudian angkat dan toskan...
- Masukan kulit kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang serta masukan bahan yg telah di kisar, masukkan juga garam, gula dan perasa, tunggu sehingga pecah minyak...
- Masukan ayam gaulkan sehingga sebati dan akhir sekali masukkan santan.
- Tunggu sehingga masak selama 15 minit. Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA…..
-scha
Ayam Masak Merah Simple dan Lazat
AYAM MASAK MERAH
Bahan bahan:
- 1 ekor ayam – ( digoreng separuh masak )
- 60 ml santan
- 250 ml air
- 3 biji tomato
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 sudu besar sos cili
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak utk menumis
- Kacang peas
Bahan bahan untuk dikisar:
- 4 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 15 tangkai cili kering - rebus sebentar
Bahan bahan hirisan:
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
Cara-cara memasak Ayam Masak Merah :
- Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan sehingga layu. Kemudian masukkan bahan kisaran dan gaul rata. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili.
- Tumis sehingga pecah minyak.
- Apabila minyak sudah pecah, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Tidak perlu digoreng terlalu garing kerana ayam akan menjadi liat dan keras.
- Kacau rata dan biarkan untuk seketika. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan santan untuk memekatkan kuah.
- Masukkan garam secukup rasa dan juga buah tomato. Masak sehingga pecah minyak dan boleh tambahkan sedikit gula jika mahu. Tunggu sebentar sehingga masak sepenuhnya.
- Ayam masak merah Siap untuk dihidang.
Ayam Panggang Lada Hitam
Ayam panggang lada hitam
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong besar dan dibersihkan)
Bahan untuk diperap:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk diperap dan kisarkan.
2. Lumurkan keseluruhan bahan dengan ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Masukkan kedalam bekas dan bakar selama 45 minit dgn suhu 200 C .
5. Setelah masak baru dikeluarkan untuk dihidangkan.
- 3 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 sdb sos lada hitam (gantikan dgn sos tiram, kicap pekat dan lada hitam)
- 2 sdb madu
- 1 ketul kiub ayam knorr
- 2 sdb halba campuran
- 1 1/2 sdt garam
- sedikit air untuk mengisar bahan
- sedikit mentega
1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk diperap dan kisarkan.
2. Lumurkan keseluruhan bahan dengan ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Masukkan kedalam bekas dan bakar selama 45 minit dgn suhu 200 C .
5. Setelah masak baru dikeluarkan untuk dihidangkan.
Cara Membuat Ayam Sedap
Bahan bahan :-
- 1 EKOR AYAM DIBELAH 2 ATAU 4
Bahan A
- 2 BIJI BAWANG BESAR#
- 5 BIJI BAWANG PUTIH#
- HALIA SEBESAR IBU JARI NAK 1#
- 4 SEKAWAN(BUNGA LAWANG,KULIT KAYU MANIS,CENGKIH,PELAGA)
- 2 SUDU LADA SULAH
- 1 BATANG SERAI DITITIK
- GARAM SECUKUPNYA
- KIUB AYAM 1
Cara cara :-
KISAR BAHAN A, KISAR HALUS BAHAN B, KEMUDIAN TUMIS. MASUKAN 4 SEKAWAN SERTA SERAI,SEHINGGA NAIK BAU
MASUKAN 1 LITER AIR ATAU AGAK KAWAN2 LAH YER,
KEMUDIAN MASUKAN AYAM YG DIPOTONG TADI,GARAM SECUKUP RASA,LADA SULAH,
MASAK AYAM SEHINGA EMPUK....PADAM KAN API!!(AMBIL AYAM YG DIMASAK TADI TOSKAN...
**KUAH SUP ITU SAYA GUNAKAN UTUK MEMBUAT NASI DAN UNTUK DIHIRUP BERSAMA2 DENGAN NASI AYAM
(AYAM YG DITOSKAN TADI MESTILAH DIGAUL DENGAN SOS TIRAM DALAM 6 SUDU,SOS TIRAM MEMBUAT AYAM ITU SEDAP N BERKILAT,SELEPAS ITU MASUKAN KICAP MANIS ..LOMORKAN BAHAN ITU PADA AYAM..PERAPKAN SEKEJAP..
CARA MENGORENG AYAM
MASUKAN MINYAK SECUKUP NYA,PASTIKAN MINYAK ITU PANAS,BARULAH MASUKAN AYAM YG DI PERAP TADI
>GORNG JGN TERLALU LAMA PALING2 ANGKAT AYAM
ITU..PASTIKAN AYAM WARNA MESTI DIDALAM GAMBAR INI
>AYAM NI DIGORENG SEKEJAP SEBAB MASA MEREBUS
TADI KAN DAH MASAK..
>HASIL YG KITA DAPAT.AYAM LEMBUT,ENAK,BERKILAT
CANTIK GITU..
LEBIHAN KUAH PERAP AYAM TADI DIAMBIL,TAMBAHKAN KICAP MANIS,KICAP CAIR DALAM 3 SUDU,SERTA MINYAK BIJAN SEDIKIT ,DAN MASUKAN 3 ATAU 4 SUDU KUAH SUP TADI ..CARANYA POTONG AYAM BILA HENDAK MAKAN KEMUDIAN MASUKAN KICAP YG DI BUAT TADI..MEMANG TERBAIK!!! SEDAP..
Sate Ayam Kepal
Bahan bahan:
- 400g isi ayam - cincang lumat
- 1 sudu kecil kicap manis
- 1 sudu kecil sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 biji telur ayam
- serbuk perasa/tumix/garam scukupnya
- lidi sate - secukupnya
- gaul kesemua bahan di atas, sebatikan
- kepalkan - saiz mengikut citarasa, cucukkan pada lidi sate
- bakar dalam ketuhar - 150 darjah celsius selama 30 minit guna api atas & bawah
- nak guna arang pun ok
- Siap
Resepi Ayam Paprik
Resepi Ayam Paprik
Bahan-bahan:
- Ayam secukup makan
- Bunga kobis
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar dihiris
- 5 sudu sos tomato
- 2 sudu kicap
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu sos ikan
- 2 hiris lengkuas
- 2 helai daun limau purut.
- sebatang serai
Cara-cara:
- Tumis bawang putih. Masukkn bahan A dan tumis hingga naik bau.
- Tambahkan secawan air jika anda inginkan sedikit kuah.
- Masukkan ayam. Biarkan sehingga masak.
- Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar yang dihiris.
Ayam masak Merah + Madu
Bahan-bahan:
- 500g ayam
- minyak masak
- 2 sudu cili sos
- 3 sudu madu
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 biji cili merah dihiris serong
- 1 labu bawang besar dihiris bulat
- Garam secukup rasa
- Air
- 5 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 1/2 labu bawang besar
- sedikit halia
- 2 ulas bawang putih
Cara-cara penyediaan Ayam masak Merah + Madu:
- Gaul ayam bersama kunyit dan garam. Perap seketika. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan
- Tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan sos cili, madu dan sedikit air. Tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan ayam goreng tadi, serbuk lada hitam,bawang dan cili. Gaul bagi rata.
- Pekat mana nak tu, ikut selera lah. Kalau perlu tambah sedikit air. Siap.
Ayam Masak Merah Citarasa Terengganu
Bahan bahan :
- 1/2ekor ayam dipotong 12
- 1 labu bawang besar dimayam
- Air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 tangkai cili kering
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
Cara cara memasak Ayam masak merah:
- Campurkan bahan dikisar bersama ayam dan air asam jawa di dalam kuali. Biarkan selama 5 minit. Kemudian panaskan dan tutup kuali. Kacau sekali sekala.
- Apabila dah hampir masak, masukkan garam dan bawang besar. Tambah air jika perlu. Ikut nak banyak mana kuah dia tu.Kacau rata.
- Biarkan seketika. Kemudian bolehlah ditutup api tu.
Sup Ayam
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam dipotong 8
- 1 labu bawang merah - dikisar halus
- 2 ulas bawang putih - dikisar halus
- 1 inci halia - tumbuk sedikit
- sebatang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 1 biji kentang - belah 6
- 1 batang lobak - dipotong bulat
- 1 mangkuk air panas
- lada sulah, garam dan stok ayam
- daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Cara-cara penyediaan Sup ayam
- Rempah direndam dalam air panas kemudian toskan rempah tersebut. Air rendaman turut disimpan.
- Tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia dan rempah yang telah direndam. kacau seketika.
- Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
- Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi.Nak kuah lebih boleh tambah air lagi.
- Apabila sudah menggelegak, masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, dan lada sulah. Ubah mengikut selera anda
- Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang
Ayam Masak Merah Satu Kampung
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 1 inci kulit kayu manis
- I/2 cawan sos cili
- Kunyit
- Garam dan gula merah/kasar secukup rasa
Bahan dikisar:
- 3 biji bawang merah
- 2 labu bawang besar
- 15 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
Cara - cara membuat Ayam Masak Merah :
- Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, biarkan seketika. Kemudian goreng separuh masak
- Tumis bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis sehingga naik minyak. Masukkan sos cili
- Air boleh ditambah mengikut citarasa. Tengoklah nak pekat setakat mane.
- Masukkan garam dan gula. Kalau masukkan gula merah, ia akan memberi rasa yang sedikit berbeza berbanding dengan gula putih.
- Bila sudah mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi dan masak hingga ayam masak sepenuhnya.
- Siap untuk dijamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)










