Resepi Cheff: Kuih
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Onde onde Buah Melaka

Onde onde Buah Melaka
Onde onde Buah Melaka

Bahan-Bahan: 
  • 1 kgTepung pulut 
  • 5 helai daun pandan
  • Gula melaka dipotong kecil
  • 1/2 biji kelapa muda parut
  • Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
  • Sedikit kapur 

Cara cara membuat Buah Melaka 

  1. Daun pandan di blend dan ambil jusnya. Kelapa parut diambil bahagian putih sahaja. Sedikit garam digaul bersama kelapa parut.
  2. Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan.
  3. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka. Tutup adunan  dan gentel menjadi bentuk bulat.  
  4. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air, cedok dan keluarkan.
  6. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan kelapa parut. Golek sehingga ianya bersalut dengan kelapa. Siap untuk dihidangkan. 


Cucur Bawang Rangup

Resepi Cucur Bawang
Bahan-Bahan:
  • 2 cawan Tepung gandum
  • Bawang besar sebiji dipotong dadu
  • 1 sudu kecil serbuk ikan bilis dibancuh dengan air
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat Cucur Bawang:
  1. Campurkan tepung dan bawang besar,  gaul sekata.
  2. Masukkan bancuhan air ikan bilis dan garam. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan goreng bancuhan tepung. siap

*Petua untuk mengekalkan  kerangupan dan kelembutan cucur, masukkan sesudu teh minyak masak kedalam bancuhan tepung

Tepung Pelita



Lapisan hijau

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 7 cawan air daun pandan 
  • sedikit pewarna hijau 
  1. Campur semua bahan dan gaul hingga sebati.
  2. Jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. 
  3. Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas ketepikan.

Lapisan Putih (Santan)

  • ¾ cawan tepung beras
  • ½ sudu besar tepung jagung (Kjee guna 1 sudu)
  • 7 cawan santan (Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan)
  • ½ sudu kecik garam

  1. Satukan semua bahan di atas dan masak atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. 
  2. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. 
  3. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

Crunchy Almond

Crunchy Almond

(Gambar asal-cheff-Qamira)


Bahan-bahan:


  • 500 gram Florentine Mix
  • 500 gram badam


Cara-cara membuatnya:


  1. Campurkan Florentine mix dan  kepingan badam di dalam mangkuk.
  2. Ratakan di atas permukaan tidak melekat (seperti tikar pastri yang tidak melekat atau kertas baking yang tidak melekat).
  3. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 190 ºC selama 8 minit.
  4. Selepas keluarkan dari dalam ketuhar, potong crunchy almond kepada kepingan-kepingan kecil.


-Qamira

Pavlova

Pavlova

(Gambar asal-cheff Qamira)


Bahan-bahan:

  • 4 biji putih telur
  • ¾ cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1 sudu besar tepung jagung

Topping

  • 1 cawan (240ml) whipping cream non dairy
  • 1 ½ sudu besar gula halus
  • ½ sudu teh esen vanilla

Cara-cara membuat Pavlova:

  1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sampai jadi soft peak form.
  2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
  3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi putih berkilat.
  4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati sehingga menjadi merigue (adunan menjadi ringan dan apabila bekas untuk memutar adunan diterbalikkan, adunan tidak jatuh).
  5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaul adunan menggunakan spatula @ senduk.
  6. Buat bulatan di atas kertas minyak.
  7. Bentukkan merigue @ adunan mengikut bulatan yang telah dilukis di atas kertas tadi. Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi daripada bahagian tengah.

Masa membakar:

  1. Panaskan oven pada suhu 150 ºC selama 15 minit. Gunakan api bawah sahaja.
  2. Turunkan suhu kepada 140 ºC . Bakar adunan selama 1 hingga 1 jam 15 minit.
  3. Kawal suhu ikut jenis oven.
  4. Bila pavlova dah masak, jangan terus keluarkan daripada oven. Biarkan pavlova sejuk dalam oven. Renggangkan pintu oven sedikit. (10 minit)

Untuk topping:

  1. Putar whipping cream  sampai kental dalam 10-15 minit.
  2. Sapukan whipping cream di atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan seperti strawberi, anggur, kiwi dan mangga.
  3. Sejukkan dalam peti ais sebelum makan.


-Qamira 

Apam Senyum

Apam Senyum

(Gambar asal-cheff (Qamira)


Bahan-bahan (untuk 30 biji apam):

  • 3 biji telur
  • 1 ¼ cawan gula
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 cawan air aiskrim soda
  • 3 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna mengikut citarasa sendiri

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang atau gebu.
2. Masukkan aiskrim soda dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul rata.
4. Letakkan pewarna mengikut citarasa anda sendiri.
5. Masukkan ke dalam papercup atau acuan apam dan kukus dalam 10-15 minit.

-Qamira

Kuih Lapis

   
Kuih Lapis
(Gambar asal-cheff Qamira)


Bahan-bahan:

  • ½ jug air kosong
  • 2 senduk gula
  • 1 paket serbuk santan
  • 2 senduk tepung beras
  • 3 senduk tepung gandum
  • Pewarna hijau dan merah jambu secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan gula ke dalam air dan gaul sehingga gula larut.
2. Seterusnya, masukkan tepung gandum ke dalam adunan gula dan air tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung beras dan serbuk santan. Gaul lagi sehingga adunan tidak berketul-ketul.
4. Tapis adunan tadi menggunakan penapis dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. 1 bahagian adunan diwarnakan dengan pewarna hijau manakala 1 lagi bahagian diwarnakan dengan pewarna merah jambu.
6. Sapukan minyak pada loyang pengukus. Masukkan 2 senduk adunan berwarna hijau dan kukus selama 5 minit.
7. Seterusnya, masukkan pula 2 senduk adunan berwarna merah jambu dan juga kukus selama 5 minit. Kukus adunan berselang-seli sehingga kesemua adunan habis.

-Qamira

Apam Pulau Pinang


Apam Pulau Pinang

(Gambar asal-cheff Qamira)

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 2 gelas tepung Hongkong
  • 1 ½ gelas gula
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 paket serbuk santan
  • ½ gelas air
  • ½ gelas minyak masak atau minyak jagung Mazola
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan tepung Hongkong dan air. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
3. Seterusnya, masukkan tepung santan, minyak masak atau minyak jagung Mazola dan overlette.
4. Pukul adunan sehingga betul-betul sebati dan akhir sekali masukkan pewarna hijau secukupnya.
5. Kukus adunan dalam loyang pengukus sehingga masak.

- Qamira

Tart Telur

Tart Telur
Tart Telur

Bahan bahan :

Bahan untuk crush :
• 2 cawan tepung gandum
• 1/4 cawan gula halus
• 1/2 teaspoon baking powder
• 1/4 teaspoon garam
• 1/2 cawan butter
• 2 biji telur

Cara membuat crush :

1. Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dalam doh mixer @ food processor atau pun guna tangan pun boleh. Sebatikan.
2. Masukkan butter. Sebatikan lagi.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Uli hingga menjadi bentuk doh.


Bahan untuk filling :

• 1 cawan susu cair
• 4 biji telur
• 1 cawan gula halus
• 1 cawan air
• 1 tbs tepung kastard
• 1/2 tsp vanilla essence

Cara membuat filling :

1. Pukul gula dan telur.
2. Masukkan semua bahan filling yang belum dimasukkan lagi dan kacau sebati.
3. Mas tapis bancuhan filling tadi.
4. Tekan2 doh ke dalam acuan tart @ pie. Then tuang je bahan2 filling tadi ke dalam acuan tart @ pie yang telah diletakkan doh tadi.
5. Bakar pada suhu 190c selama 30 minit dengan api atas bawah.

Kuih Bekang



BAHAN UNTUK KUIH BEKANG

1kg tepung beras
air 1 ½ liter
4 biji telur ayam

BAHAN UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN.

1kg ikan kembung@selayang
1 biji kelapa parut
300g bawang merah
2 inci halia

BAHAN UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG.

1 biji kelapa (santan)
1 cawan tepung beras
10 ulas bawang merah (dimayang)
1 sudu halba
½ inci halia (dihiris halus)
garam secukup rasa

BAHAN UNTUK KUAH MANIS (seperti dalam gambar)

1 cawan tepung beras
4 keping gula melaka(kecil)
2 cawan air

Cara buat:

1) cara - cara membuat kuih bekang:

tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu.

2) cara memasak sambal ikan:

ikan direbus dan ambil isi sahaja.
Kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding.

3) cara membuat kuahlemak:

bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat.
masukkan garam secukup rasa.

4) cara - cara membuat kuah manis.

tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat.

Menu petang bersama resepi Doraemon


Bahan- bahan untuk 10 biji dorayaki:
  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus
  • 2 sudu madu
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • inti: letakkan coklat nutella ketika dorayaki masih panas dan telangkup
Cara-cara:
1. Pukul Telur dengan gula sehingga kembang
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik.
4. Panaskan kuali yg tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.
5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.
6. Letakkan coklat nutella ditengah-tengah sebiji pan cake. Tekan untuk ratakan coklat yang telah cair. Siap untuk dimakan.

Kuih Cara Berlauk

Kuih Cara Berlauk
Cara Berlauk

Bahan bahan :-

  • 400gm tepung gandum
  • 330 ml air
  • 180 gm daging kisar
  • 1 bijik bawang besar-cincang
  • 4 ulas bawang putih - cincang 
  • 200 ml minyak masak
  • 1 bijik telur
  • 1 sudu besar serbuk kunyit 
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 tangkai daun bawang
  • 2 tangkai cili merah -cincang
  • garam secukup rasa
  • acuan kuih


Cara cara membuat Kuih Cara

Cara Buat Inti

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih.apa bila tumisan sudah garing ..
  2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan masuk kan daging kisar .
  3. Masak sehingga daging empuk , tambah kan garam,taburkan daun kari dan cili merah .biar kan daging sedikit kering

cara-cara membuat adunan tepung
  1. Satu kan tepung, serbuk kunyit ,telur,garam secukup rasa dan masukkan air.pukul sebati dan ketepikan .
  2. Panaskan acuan dan sapu dengan minyak gunakan api sederhana .ambil satu sudu adunan dan tuangkan dalam acuan .
  3. Dengan menggunakan sudu, masukkan inti daging ditengahnya.
  4. Taburkan hiasan cili merah hirisan daun bawang biarkan seketika . 
  5. Masak di atas api sederhana. 
  6. Untuk memastikan kuih sudah masak, Ambil lidi atau garpu cungkil bahagian tepi acuan, jika kuih mudah tertanggal dari acuan ia bermakna kuih sudah masak

Cekodok Susu

Bahan bahan :-

  • 2cwn tepung gndum
  • 2cwn air panas
  • susu pekat 3 sudu

 Cara cara membuat Cekodok Susu:-

  1. Gaul rata. Bulatkn kecik2 goreng.
  2. Siap.
  3. Nak Cicah gulai ikan semalam@sambal bilis pon sedap

Bagedil


Bahan bahan :


2 cawan kacang parpu
> rendam shgg kembang
> cuci dan tos bagi kering air

> blend guna blend kering (klau x halus semua xpa , memang mcm tu)

1 biji bawang besar
> potong kiub (jgn besar² sangat)

4 biji cili kering
> buang biji - bersihkn
> hiris halus²

Daun Kari
> ikut suka nk banyak mana
> hiris halus²

1 biji telur

Garam secukup rasa


Cara cara :
  1. Gaul semua bahan hingga sebati. 
  2. Buat acuan mcm dlm gmbar 
  3. Ambil sebesar bola ping pong & letak atas acuan…tekan dengan lembut. 
  4. Masukkan dalam kuali (hati² nnt trpercik minyak di tangan) 
  5. Goreng hingga kekuning²an dgn api yg kecil ( jgn kecil sgat)

Kuih Gulung


Bahan-bahan :

utk kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau
utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara membuat Kuih Gulung

  1. untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. 
  3. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati .
  4.  Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  5. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

Cekodok @ Jeput Pisang

Cekodok

Bahan-bahan:

  • 8 biji pisang emas
  • 3/4 camca teh soda bicarbonat ( saya ganti dengan 1 sudu teh Yis Mauripan)
  • 1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
  • 1 cawan tepung gandum
  •  1/4 camca teh garam halus
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Penyek pisang yang telah dikupas bersama gula, garam dan yis mauripan hingga rata
  2. Masukkan tepung dan gaul rata. Biarkan selama 15 minit.
  3. Panaskan minyak, Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan semuanya tenggelam dalam minyak.
  4. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan.Siap untuk dihidang.

Kuih Tiram Tiara

Kuih Tiram


Bahan bahan :

  • 2 cwn tpng
  • 3 sb minyak
  • 2 sb minyak sapi
  • 1 st garam
  • Air secukupnya

Cara membuat Kuih Tiram Tiara

  1. Uli hingga jadi doh..keras sikit dari doh karipuf
  2. Agihkn dan uli ngn warna
  3. Untuk doh sapu*
  4. Suku cawan minyak
  5. Suku cwn tpng ubi
  6. Bancuh brsama...
  7. Canai nipis..gabungkn warna n gulung pas tu kerat 1 cm...picit lagi setiap potongn..cm dlm gambar ye.
  8. goreng api sederhana....mainkn senduk goreng,, untuk kuih berbntuk..k..

Kuih Bakar Berlauk



"Bahan-bahan A"


  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
  • 2 biji telur
  • Perwarna kuning

"Bahan-bahan B"

  • 200 gm daging kisar/cincang
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 1/2 packet rempah kari
  • Garam secukup

"Hiasan"

  • Daun sup, dan cili merah.

"Cara2 buat inti"

Panaskn minyak dn tumis bawang besar hingga layu, masukkn rempah kari kacau rata dn daging cincang, akhir sekali letakkn garam.gaul sama rata dlm kuali,,,

"Cara-cara membancuh tepung"

Pukul telur hingga kembang dengan whisk sahaja dn masukkn tepung gandum, tepung jagung masukkn sedikit demi sedikit, masukkn garam, santan dn kacau rata,,Masukkn pewarna kuning untuk memberi warna yang menarik, kacau sehingga bahan2 semua sebati,,

Panas kn acuan, letak minyak dn setelah acuan panas masukkn masukkn adunan tadi, bakar atas dapur dengan api yang perlahan , setelah 5 minit boleh letakkn inti di tengah2 adunan tepung, Tutup dengan tudung periuk dn masak selama 5 minit lagi,,
Angkat dn masukkn ke dlm oven dengan menggunakan api atas bawah selama 10 minit atau sehingga masak,
Setelah masak keluarkan dari acuan dn taburkan hirisan cili merah, dn daun sup,,,,

"Kalau xde acuan boleh gunakn loyang, masukkn ke dlm oven dn bakar selama 10 minit keluarkan dn letak inti tadi di atas kuih yg separuh masak, masukkn semula ke dlm oven dn bakar selama 20 minit hingga kuih masak, keluarkn dn tabur hirisan cili merah dn daun sup,,,,

Resepi Apam Beras


Resepi Apam Beras

Bahan A:
  • 1 cwn nasinsejuk
  • 1/2 cwn gula
  • 1 1/4 cwn air
  • Semua ni diblend hingga halus.
Bahan B:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu creasent yeast
  • Pewarna
Cara cara membuat Apam Beras:
  1.  Blend bahan A hingga halus. Campurkan bahan A dan B. Masukkan sedikit pewarna.
  2. Perap selama 2 jam.
  3.  Selamat mencuba.

Kuih Lompang


Kuih Lompang
 Kuih Lompang

Bahan bahan:
  • 2 cwn tpg beras
  • 1 cwn gula merah
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1/2sudu teh kapur
  • 4 cwn air
  • kelape + garam
Cara cara:
  1. Tepung beras n kapur dsatukn.masakkn gula merah n pasir smpai mendidih,pas tu tapis.
  2. masukkn kdlm tepung td smpai rata...nk senang blend je...masukk dlm acuan, kukus dlm 15 or 20 min..
     
 Tip:panaskn dulu acuan dlm kukusan..nk senang bancuhan td masukkn dlm teko atau jag kecik supaya senang nk dtuang