Menu petang bersama resepi Doraemon

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Menu petang bersama resepi Doraemon





Bahan- bahan untuk 10 biji dorayaki:
  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus
  • 2 sudu madu
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • inti: letakkan coklat nutella ketika dorayaki masih panas dan telangkup
Cara-cara:
1. Pukul Telur dengan gula sehingga kembang
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik.
4. Panaskan kuali yg tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.
5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.
6. Letakkan coklat nutella ditengah-tengah sebiji pan cake. Tekan untuk ratakan coklat yang telah cair. Siap untuk dimakan.