Cekodok @ Jeput Pisang

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Cekodok @ Jeput Pisang


Cekodok

Bahan-bahan:

  • 8 biji pisang emas
  • 3/4 camca teh soda bicarbonat ( saya ganti dengan 1 sudu teh Yis Mauripan)
  • 1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
  • 1 cawan tepung gandum
  •  1/4 camca teh garam halus
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Penyek pisang yang telah dikupas bersama gula, garam dan yis mauripan hingga rata
  2. Masukkan tepung dan gaul rata. Biarkan selama 15 minit.
  3. Panaskan minyak, Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan semuanya tenggelam dalam minyak.
  4. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan.Siap untuk dihidang.
,