Pavlova
(Gambar asal-cheff Qamira)
Bahan-bahan:
- 4 biji putih telur
- ¾ cawan gula kastor
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh cuka masakan
- 1 sudu besar tepung jagung
Topping
- 1 cawan (240ml) whipping cream non dairy
- 1 ½ sudu besar gula halus
- ½ sudu teh esen vanilla
Cara-cara
membuat Pavlova:
- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sampai jadi soft peak form.
- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi putih berkilat.
- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati sehingga menjadi merigue (adunan menjadi ringan dan apabila bekas untuk memutar adunan diterbalikkan, adunan tidak jatuh).
- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaul adunan menggunakan spatula @ senduk.
- Buat bulatan di atas kertas minyak.
- Bentukkan merigue @ adunan mengikut bulatan yang telah dilukis di atas kertas tadi. Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi daripada bahagian tengah.
Masa membakar:
- Panaskan oven pada suhu 150 ºC selama 15 minit. Gunakan api bawah sahaja.
- Turunkan suhu kepada 140 ºC . Bakar adunan selama 1 hingga 1 jam 15 minit.
- Kawal suhu ikut jenis oven.
- Bila pavlova dah masak, jangan terus keluarkan daripada oven. Biarkan pavlova sejuk dalam oven. Renggangkan pintu oven sedikit. (10 minit)
Untuk topping:
- Putar whipping cream sampai kental dalam 10-15 minit.
- Sapukan whipping cream di atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan seperti strawberi, anggur, kiwi dan mangga.
- Sejukkan dalam peti ais sebelum makan.
-Qamira