Tepung Pelita

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Tepung Pelita






Lapisan hijau

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 7 cawan air daun pandan 
  • sedikit pewarna hijau 
  1. Campur semua bahan dan gaul hingga sebati.
  2. Jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. 
  3. Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas ketepikan.

Lapisan Putih (Santan)

  • ¾ cawan tepung beras
  • ½ sudu besar tepung jagung (Kjee guna 1 sudu)
  • 7 cawan santan (Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan)
  • ½ sudu kecik garam

  1. Satukan semua bahan di atas dan masak atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. 
  2. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. 
  3. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.
, ,