Kuih Lapis

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kuih Lapis


   
Kuih Lapis
(Gambar asal-cheff Qamira)


Bahan-bahan:

  • ½ jug air kosong
  • 2 senduk gula
  • 1 paket serbuk santan
  • 2 senduk tepung beras
  • 3 senduk tepung gandum
  • Pewarna hijau dan merah jambu secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan gula ke dalam air dan gaul sehingga gula larut.
2. Seterusnya, masukkan tepung gandum ke dalam adunan gula dan air tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung beras dan serbuk santan. Gaul lagi sehingga adunan tidak berketul-ketul.
4. Tapis adunan tadi menggunakan penapis dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. 1 bahagian adunan diwarnakan dengan pewarna hijau manakala 1 lagi bahagian diwarnakan dengan pewarna merah jambu.
6. Sapukan minyak pada loyang pengukus. Masukkan 2 senduk adunan berwarna hijau dan kukus selama 5 minit.
7. Seterusnya, masukkan pula 2 senduk adunan berwarna merah jambu dan juga kukus selama 5 minit. Kukus adunan berselang-seli sehingga kesemua adunan habis.

-Qamira
, , ,