Resepi Kuih Cara Berlauk

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Kuih Cara Berlauk


Cara Berlauk

Bahan bahan :-

  • 400gm tepung gandum
  • 330 ml air
  • 180 gm daging kisar
  • 1 bijik bawang besar-cincang
  • 4 ulas bawang putih - cincang 
  • 200 ml minyak masak
  • 1 bijik telur
  • 1 sudu besar serbuk kunyit 
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 tangkai daun bawang
  • 2 tangkai cili merah -cincang
  • garam secukup rasa
  • acuan kuih


Cara cara membuat Kuih Cara

Cara Buat Inti

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih.apa bila tumisan sudah garing ..
  2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan masuk kan daging kisar .
  3. Masak sehingga daging empuk , tambah kan garam,taburkan daun kari dan cili merah .biar kan daging sedikit kering

cara-cara membuat adunan tepung
  1. Satu kan tepung, serbuk kunyit ,telur,garam secukup rasa dan masukkan air.pukul sebati dan ketepikan .
  2. Panaskan acuan dan sapu dengan minyak gunakan api sederhana .ambil satu sudu adunan dan tuangkan dalam acuan .
  3. Dengan menggunakan sudu, masukkan inti daging ditengahnya.
  4. Taburkan hiasan cili merah hirisan daun bawang biarkan seketika . 
  5. Masak di atas api sederhana. 
  6. Untuk memastikan kuih sudah masak, Ambil lidi atau garpu cungkil bahagian tepi acuan, jika kuih mudah tertanggal dari acuan ia bermakna kuih sudah masak
, , , ,