Resepi Cheff: Search results for roti
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts sorted by relevance for query roti. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query roti. Sort by date Show all posts

Roti Lapis Berdaging atau bread lasagna

 Ada roti yang dah nak expired? Jangan buang. Boleh buat roti lapis berdaging atau bread lasagna malay style
Roti lapis berdaging

Bahan-bahan:


  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara penyediaan Roti Lapis Berdaging:

  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

Stew Daging

STEW DAGING

Hye Assalamualaikum. Apa khabar korang semua? Tolong sebarkan blog saya ni ke kawan kawan ye supaya kita dapat berkongsi ilmu dah pengalaman.

Korang ingat lagi tak cerita say dan kuih keria antarabangsa Haji Jalil? Harap korang masih ingat. Kalau korang tak ingat cuba korang cari di entry saya yang lepas. Nanti korang akan jumpa cerita saya dan kuih keria. Cerita maang saya tu…susah nak dapat kat mana mana. Hahaha dan hari tu saya janji dengan korang nak share satu lagi tempat yang saya pergi semasa berada di Melaka kan. Okay saya akan ceritakan di entry ini dan yang ini pastinya tidak malang. Tak kan lah asik nasib malang je kan.

Selain makanan di waktu siang…banyak juga makanan popular di Melaka yang dijual hanya pada waktu malam. Mungkin lebih sesuai dan lebih ringan untuk dijual di waktu malam berbading dengan waktu siang. Cuma waktu perniagaannya tidak lama. Dan restoren yang saya pergi ialah restoren Pak Putra.  Restoren ini terkenal dengan juadah Pakistan dan india utara. Tetapi yang menjadikan kedai ini satu fenomena ialah roti Naan bersama Tandoorinya. Restoren ini tidak kurang hebatnya dengan kedai kuihnkeria Haji jalil tadi…cuma kali ini tidak lah beratur panjang. Cuma hanya perlu menunggu sebentar untuk mendapatkan tempat duduk. Yang pastinya korang kalau nak makan disini pastinya tidak akan hampa kerana runag makannya yang besar …boleh menempatkan ramai pelanggan. Apa yang menjadi perhatian saya ialah…kedai ini memang tidak akan mempunyai meja dan kerusi yang kosong …kerana apabila satu pelanggan bangun…pasti aka nada pelanggan lain yang akan duduk pula. So kalau korang dating ke kedai ini pasti korang tak akan Nampak kerusi meja yang kosong terutamanya pada pukul 8 malam sampai 10 malam.

Makanan yang menjadi menu utama restoren ini pastinya Roti Naan bersama Tandoorinya. Roti naan nya sanagt lembut dan sedap. Ada sesetengah roti naan keras dan liat untuk dikunyah. Tidak bagi restoren ini..memang sangat lembut dan sedap roti naan nya. Roti naan biasanya akan dihidangkan bersama kuah dal. Kuah dalnya juga tidak kurang hebatnya kerana kuahnya pekat dan sangat berperisa. Sesuai dimakan dengan roti naan. Saya pada malam itu memesan satu set roti naan garlic bersama ayam tandoori. Ayam tandoorinya juga sangat sedap. Dibakar dengan elok dan dirempahkan dengan baik. Korang akan rasa semua rempah yang diperap bersama ayam itu sebelum dibakar. Ayamnya juga tidak keras atau liat…jadi mudah untuk dimakan. Kombinasi ayam tandoorinya bersama naan sangat sedap sehingga ramai pelanggan yang datang. Paling mengejutkan ialah harga roti naan nya tidak mahal. Untuk roti naan biasa kalau tak silap saya dalam lingkungan RM 3.50. tapi yang paling penting tidak lebih RM5. So sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin berjalan jalan makan angina dengan bajet yang ciput. Heheheh. Okaylah dan banyak sangat celoteh ni. Kita sambung dengan resipi kita hari ini iaitu stew daging.

STEW DAGING
Stew Daging

Bahan A
  • 500 gram daging (dibasuh dan tuskan)
  • 400 gram kentang (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 batang saderi (dipotong pendek)
  • 5 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu makan tepung jagung dan ½ cawan air (dibancuh)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • ½ biji capsicum hijau


Bahan B (dihiris)
  • 1 labu bawang besar Holland
  • 1 ½ inci halia
  • 3 ulas bawang putih


Cara Membuat
1.  panaskan minyak, kemudian tumiskan halia dan bawang putih sehingga layu
2.  masukkan daging, kentang, rempah sup, lobak merah, dauh saderi, lada hitam dan air. Masak sehingga semua lembut
3.  masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih dan pekat
4.  masukka bawang besar dan tomato
5.  angkat dan hiaskan dengan capsicum hijau
6.  sedia dihidangkan.

Roti Telur Lapis Cheese


Roti Telur Lapis Cheese
Roti Telur Lapis Cheese

Bahan bahan:
  • Roti gardenia
  • 3 biji Telur
  • Cheese
  • Garam

Cara cara menyediakan Roti Telur Lapis Cheese :
  1. Sediakan sekeping roti yang dah siap dipotong tepi
  2. Letak cheese di atas roti tersebut
  3. Tutup kembali dengan sekeping lagi roti
  4. Gaul telur bersama sedikit garam. Masukkan kepingan roti tadi ke dalam telur. Balik2kan sebelah bahagian lagi.
  5. Goreng dengan api yang perlahan. Ulang semula semua langkah dan buat sehingga habis. Goreng sehingga kekuningan.
  6. Angkat dan boleh dihidangkan panas2.

Resepi Puding Roti Istimewa

Puding Roti
Resepi Puding Roti
Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1 sudu butter - cairkan
  • 1/4 cawan gula 
  • 235ml susu cair
  • esen vanilla
  • kismis

Cara-Cara membuat Puding Roti :
  1. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla hingga sebati. Ketepikan.
  2. Bakar roti  dalam toaster hingga garing. Carik-carikkan dan masukkan ke dalam acuan.
  3. Tabur kismis di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  4.  Lapiskan dengan adunan telur tadi. Biarkan seketika supaya adunan telur meresap ke dalam roti.Tabur lebihan kismis.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 Chingga keperangan. Lebih kurang selama 25 minit.
  6. Siap untuk dihidang.

Puding Roti

Puding Roti
Puding Roti 


Bahan bahan:

  • 8 keping roti (gardenia @ hi5)
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sbb takut nanti manis sgt)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
  • 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
  • Kismis utk hiasan

Cara cara membuat Puding Roti  :

  1. Koyakkan roti ke dalam loyang.
  2. Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dcampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul2 hancur).
  3. Masukan bahan yang dputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.
  4. Taburkan kismis ke atasnya.. Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing2. (Kena tabur selepas bahan di. No 3 drendam 20-30 minit)
  5. Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.

Utk sos kastard :-
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara cara menyediakan Puding Roti :
  1. Campurkan kesemua bahan ke dlm periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing2.
  2. Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dlm peti sejuk dahulu sebelum dpotong dan dtuang sos kastard.

Roti Lapis Daging Berkeju


Roti Lapis Daging Berkeju

Bahan bahan:
  • 12 kpg roti
  • 3 biji telur
  • 200ml susu fresh
  • 8 kpg slice cheese
  • cheddar diparut
  • * sayur2 ikut suka
Untuk Inti:
  • 300g daging cincang @ 4 kpg dading burger dihancurkan
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 biji bwg besar
  • 1/2 paket perencah daging black paper maggi
  • sedikit air
  • garam dan gula
  • minyak
Cara cara:
  1. Untuk inti : Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan bawang besar dan daging, goreng hingga daging empuk.
  2. Masukkan perencah black paper dengan sedikit air. Masak sehingga daging masak dan kering.
  3. ketepikan n biar sejuk.
  4. Untuk Roti lapis : Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega. Gaul telur dengan susu sehingga sebati
  5. Celup roti kedalam bancuhan susu tadi dan susun dlm bekas sehingga penuh.
  6. Tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti dan ratakan. Susun slice cheese keatas daging.
    Tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti langkah pertama
  7. Akhir sekali tabur chesdar parut kat lapisan atas sekali..
  8. Jika ada lebihan telur  siram diatas roti .
  9. Bakar dalam oven  pada sushu 180c lebih kurang 40 minit @ sehingga masak.
  10. Siap.

Puding Roti Kukus

Puding Roti Kukus
Puding Roti Kukus

Bahan-bahan :
  • 6 keping roti  dipotong kecil-kecil
  • 375ml susu cair
  • 2 biji telur
  • 3 sudu  gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu  butter cup
  • kismis

Cara-cara membuat Puding Kukus:
  1. Gaul gula, telur dan esen vanilla, kacau rata. Masukkan pula susu cair serta kacau hingga sebati. 
  2. Roti disapu dengan butter dan disusun dalam loyang. 
  3. Adunan  tadi dituang ke atas roti dan bolehlah diletakkan kismis 
  4. Kukus  selama 25 minit dengan api sederhana. 
  5. Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sebelum Puding Roti Kukus dihidangkan...
Lagi resepi puding...


Resepi Roti John Mudah

Roti John



Bahan bahan:


  • 250gm daging cincang@ isi ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • sedikit garam
  • 3 biji telor
  • sedikit butter
  • 6 keping roti 'finger rolls'
  • sos dan mayonis 

Cara cara membuat Roti John:

  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telor dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging
  7. Panaskan butter dlm kuali
  8. Sapukan adunan daging+telor atas roti  - tun letakkan adunan dlm kuali pastu telangkupkan roti atas tu, style org pasar malam masak
  9. Terlangkupkan atas kuali
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka 

http://qurrataaayun.blogspot.com

Roti john Chesee

Roti john Chesee
Roti john Chesee

Bahan bahan :-

  • daging beger  
  • planta  
  • lada sulah 
  • Karet  
  • Kobis 
  • telor  
  • daun sup  
  • garam  
  • serbuk perasa  
  • roti  
  • Mayonis  
  • chees  
  • sos cili 
  • sos black papper

 Cara cara penyediaan Roti john Chesee :-

  1. dging bger tu msak cam wat beger tu je Ltak lada sulah n hancurkn
    syur semua hiris halus...
  2.  msak roti n tlor ..pastu  Ltak dging yg dh msak atsnye Ltak chees dlu pastu bru Ltak syur last Ltak semua sos.
  3. pecah kan telor Ltak daun sup.lada sulah garam serbuk perasa..

Roti Manis

Roti Manis
Bahan-bahan:
  • 5 cawan Tepung
  • 2 sudu Susu tepung
  • 3/4 cawan Gula
  • 1 sdu kecil Garam
  • 2 sudu Majerin
  • 11g Yis
  • 2 bijiTelur
  • 1 cawan Air suam
Cara-cara membuat Roti Manis:
  1. Gaul tepung bersama susu tepung, gula garam dan marjerin hingga menjadi serbuk roti. Buat lubang, masukkan yis dan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan telur.
  2. Uli selama 15 minit. Bentukkan menjadi bulat dan sapukan sedikit marjerin disekelilingnya. Biarkan selama 1jam @ doh menjadi sekali ganda.
  3. Tumbuk doh untuk membuang angin didalamnya. Bentukkan bulat dan susun didalam loyang
  4. Tunggu lagi sampai doh naik.
  5. Pukul telur bersama air dan sapu ditas roti. Bakar dalam oven dengan suhu 170 C selama 15 minit@ kekuningan. Apabila sudah masak, keluarkan dan sapukan planta di atas roti @ boleh juga ditabur gula.

Resepi Puding Roti Cinnamon

Puding Roti Cinnamon

Bahan-bahan :

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur 
  • 2 1/2 sudu  gula 
  • 1 sudu mentega  
  • 200ml susu segar  
  • 1 sudu kecil cinnamon powder 
  •  esen vanilla
  • 2 sudu kismis
  • chocolate syrup Hershey's -optional

Cara-cara Puding Roti Cinnamon:

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan mentega dan susu. Gaul sehingga rata.
  2. Masukkan cinnamon powder dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Carikkan roti dan masukkan ke dalam adunan. Biar semua roti tenggelam.
  4. Masukkan kismis dan gaul sehingga rata.
  5. Masukan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dileset minyak
  6. Panaskan oven kemudian masak sekitar 10-15 minit.
  7. Bila sejuk, letakkan  chocolate syrup Hershey's.

Resepi Puding Roti Bakar

Resepi Puding Roti Bakar

Bahan-bahan:-

  • 9 keping roti  
  • 2 sudu  butter
  • 3 sudu kismis
Bahan A
  • 2 cawan susu segar
  • 4 sudu gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara menyediakan Puding Roti Bakar:


  1. Masukkan semua bahan A ke dalam satu bekas. Masukkan roti yang dikoyak ke dalam bekas tadi dan biarkan terendam seketika.
  2.  Butter dicairkan dan dimasukkan ke dalam adunan tadi bersama separuh kismis. Gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak. Baki kismis ditabur ke atas adunan.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. Siap
    .

Roti Kukus Pandan

Bahan-bahan:

  • 1 buku roti
  • 2 cawan air pandan@ pewarna hijau tapi tak wangi la @guna pandan paste
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 300g santan
  • Garamsecukupnya

Cara-cara:

  1. Blend kemudian tapis air daun pandan untuk dapatkan jusnya.Ketepikan
  2. Pukul gula dan telur hingga sedikit kembang. Masukkan air pandan tadi. Masukkan santan dan kacau sebati. Masukkan sedikit garam
  3. Masukkan roti-roti ke dalam adunan tadi kemudian  susun dalam loyang. Boleh ditambah buah-buahan kering seperti kismis, prun ataupun kurma.
  4. Lebihan likatan cecair dituang ke dalam loyang roti. .
  5. Kukus selama 15 minit. Siap

Roti Bakar Salut Coklat dan Nestum

Roti Coklat Salut Nestum

Bahan bahan:

  • 1 bungkus roti gadenia
  • 1 peket nestum
  • 3 sudu pesar serbok koko
  • 2 sudu besar serbok milo
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 sudu susu cair

Cara cara:


  1. Masak mejerin,susu pekat,susu cair,serbok koko dan serbok milo di atas api yg kecil.msak sehingga sebati,angkat dan sjukan.
  2. Potong roti mengikut saiz di dlm gambar,bakar di dlm periuk ajaip taupun oven.bakar dlm 2-3 mnit.angkat roti dan salutkan pda coklat dan jga nestum..siap dan bleh di hidang

Puding roti dua rasa


 Bahan-bahan :
  • 4 keping roti putih
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn gula pasir
  • 170ml susu cair/segar
  • 1 paket serbuk agar2@agar2 tali
  • 2 sudu  butter
  • 4 1/2 cwn air
  • *any colour n flavour what u want*
  • (boleh letak flavour green apple n laici)
Cara-cara membuat Puding roti  :
  1. Masak agar2 dan gula bersama 3 cawan air.
  2. Blander halus roti putih, telur, susu pekat dan susu cair dan  1 1/2 air then masukan ke dalam agar2 td. (kacau selalu takut adunan akn hangus nanti)
  3. Masukan butter dan kacau sebati
  4. Bahagi aduna kepada 2 bahagian warna dan perasa
  5. Basahkan loyang dengan air. Kukus lapisan pertama selama 8minit di ikuti lapisan ke-2
  6. Siap. Tunggu sejuk kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk

Bun jagung manis

Roti goreng sardin
Bun jagung manis

Bahan bahan:
  • 500gm tpg roti
  • 200gm tpg gandum
  • 2sb susu tpg
  • 100gm gula
  • 1 biji telur
  • 2 sb majerin/shorterning/butter
  • 1/2 tin cream jagung
  • 2 sk yis
  • 150 ml air suam
  • 3 sb water roux/1 sk pelembut roti
  • 1 sk baking powder
Cara cara menyediakan Roti goreng sardin :
  1. Satukan semua bahan, uli hingga tidak lekat ditangan. Perap  selama 1 jam.
  2. Tumbuk dan uli lagi. Bahagikan doh kpd beberapa bola kecil dan susun dalam loyang. 
  3. Biarkan naik 2x ganda. Gliskan permukaan dengan telur yang dicampur sedikit susu cair & sedikit air. 
  4. Bakar selama 25 minit @ sampai masak. Suhu 160C.

Roti goreng sardin


Roti goreng sardin
 Roti goreng sardin


Bahan bahan:

  • Sardin
  • Mayonis
  • Telur

Cara cara:

  1. Masak sardin. Letak sedikit mayonis
  2. Tekan roti dengan cawan, gulungkan sardin..
  3. Celup dengan bancuhan telur dan goreng...

Roti Puri

Roti Puri

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Tepung Gandum
  • ¼ sudu besar Garam
  • ½ cawan Air ( mengikut keperluan )

Cara membuat:


  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk dan letak air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh.
  2. Pastikan sehingga tangan tiada lagi sisa doh, doh mudah dibentuk, bentukkan saiz bebola mengikut permintaan anda sendiri. Kemudian canaikan menggunakan tangan atau rolling pin sehingga nipis.
  3. Minyak yang panas untuk menggoreng – Gorengkan doh yang telah dicanai dalam minyak yang panas. Setelah menggelembung, balikkan. Goreng hingga kuning, siap.



Petua 1: Sentuh di bahagian tengah doh supaya roti menggelembung.
Petua 2: Pastikan doh yang dicanai benar-benar nipis baru roti akan menggelembung.
Petua 3: Nak bagi sedap boleh tambah 1 sudu besar marjerin, 1 sudu besar gula dan 1 sudu kecil baking powder. Ikut bajet masing-masing, ya.
Boleh makan dengan kari, sambal sardin, sambal ikan bilik dan apa-apa pencicah yang menyelerakan anda.

Roti Jala Kari Ayam


 Roti jala kari ayam 

Bahan bahan:
  • 3 cawan tepung gandum 
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna yg digemari
 Cara cara membuat Roti Jala Kari Ayam :
  1. Blender semua bahan, dan bolehlah menjala
  2. SELAMAT MENCUBA. Klik DISINI untuk Resepi Kuah Kari.

Puding karamel butterscotch

Puding karamel butterscotch

Bahan-bahan:
  • 4 sudu gula
  • 2 sudu  air panas
  • 4 biji telur
  • 3 keping roti butterscotch
  • 1 tin susu cair
  • 250ml air
  • 3 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh  butterscotch essence

Cara-cara menyediakan Puding karamel: 
  1. Masak gula bersama air panas hingga menjadi gula hangus@karamel. Tuang ke dalam loyang. Biarkan.
  2. Carik2kan roti, kemudian kisar roti tersebut bersama susu cair hingga halus. Kemudian tuang ke dalam satu mangkuk. 
  3. Pecahkan telur dan kacau bagi sebati dalam satu bekas lain. Tapis ke dalam adunan tadi.
  4. Masukkan air, susu pekat dan butterscotch essense  dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Kukus selama 30minit@ hingga masak.
  7. Apabila dah masak, biarkan ia sejuk seketika. Terbalikkan kedalam pinggan.
  8. Simpan dalam peti ais..