Roti Puri

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Roti Puri




Roti Puri

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Tepung Gandum
  • ¼ sudu besar Garam
  • ½ cawan Air ( mengikut keperluan )

Cara membuat:


  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk dan letak air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh.
  2. Pastikan sehingga tangan tiada lagi sisa doh, doh mudah dibentuk, bentukkan saiz bebola mengikut permintaan anda sendiri. Kemudian canaikan menggunakan tangan atau rolling pin sehingga nipis.
  3. Minyak yang panas untuk menggoreng – Gorengkan doh yang telah dicanai dalam minyak yang panas. Setelah menggelembung, balikkan. Goreng hingga kuning, siap.



Petua 1: Sentuh di bahagian tengah doh supaya roti menggelembung.
Petua 2: Pastikan doh yang dicanai benar-benar nipis baru roti akan menggelembung.
Petua 3: Nak bagi sedap boleh tambah 1 sudu besar marjerin, 1 sudu besar gula dan 1 sudu kecil baking powder. Ikut bajet masing-masing, ya.
Boleh makan dengan kari, sambal sardin, sambal ikan bilik dan apa-apa pencicah yang menyelerakan anda.
, ,