Carian Resepi
Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts
Mee Goreng Mamak
Mee Goreng Mamak
Assalamualaikum. Okay hari ni resipi kita ialah mee goreng. Tapi bukan mee goreng biasa, kita nak buat mee goreng mamak. Bukan apa, tadi sambil lepak lepak di kedai mamak, terpandang la seorang mamak ni sedang bertungkus lumus menyiapkan pesanan makanan pelanggan dia. Ketang ketung ketang ketung bunyi kuali dengan sudip dia. Macam nk bocor kuali tu dia hentak. Dan hasilnya, mee goreng mamak yang sangat sedap.
Di Malaysia ni, ada dua jenis mee goreng yang popular iaitu mee goreng basah dan mee goreng mamak. Kalau sebut, mesti semua orang tahu. Tidak kisah lah melayu, cina atau india comfirm tahu punya. Tapi kena tahu taw, walaupun dua dua menggunakan mee kuning sebagai bahan asas, tetapi rasa dan rupanya tidak sama.
Mee goreng mamak biasanya lebih kering berbanding dengan mee goreng basah. Dan selalunya mee goreng mamak ni, dia ada letak kentang yang dah direbus. Ada sesetengah orang cakap, mee goreng mamak ni, dia ada letak sedikit serbuk kari. Biasalah..mamak dan kari berpiasah tiada.
Buat masa ni, belum jumpa lagi lah kedai yang dapat buat mee goreng mamak paling power, selain daripada kedai mamak. Sebab tu kedai mamak kat malaysia ni makin bertambah, umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Mee goreng mamak ni, sesuai dimakan untuk sarapan atau pun makan malam. Sebab nya mee goreng mamak ni ringkas tetapi masih boleh mengeyangkan. Harganya pun kalau di kedai kedai makan tidak lah terlampau mahal. Sesuai untuk mereka mereka yang nak berjimat tu.
Orite, jom kita start masak mee goreng mamak.
Bahan-bahan (hidangan sepinggan)
- 1/3 daripada sebungkus mee kuning 450gram (paling sesuai mee kuning cap wau)
- 1/2 biji tauhu lembut. kalau tak jumpa, tauhu biasa pun boleh
- 2-3 tangkai cili api di ketuk
- 1 sudu besar cili kisar atau cili boh
- 1 biji bawang merah dimayang
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 1/2 biji tomato hiris kepada 8
- 2 helai daun sawi ketuk bahagian batangnya dan potong kecil kecil
- 1 1/2 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil maggi cukup rasa atau serbuk perasa (kalau tak nak taruh pun tak apa)
- 1 biji telur
- 2 sudu besar minyak untuk menumis
- Sebiji kentang dipotong dadu dan direbus
- Setengah sudu serbuk kari
- sedikit kubis dicincang nipis
- sedikit tauge
- sedikit air
- kicap secukup rasa (mesti kicap brand BILAL. Kalau tak ada gantikan dgn Tamin. Tapi BILAL paling best. Tapi kalau tiada sangat, kicap manis apa apa jenama pon boleh)
Cara menyediakan Mee Goreng Mamak
Gunakan api sederhana. Masukkan minyak dalam kuali tak perlu tunggu panas, potong tauhu terus masukkan dalam kuali. Bila tauhu dah agak-agak separuh masak masukkan bawang putih dan bawang merah. Kacau-kacau sikit bagi semua bawang kena minyak.
Bila bawang sedikit layu, masukkan cili kisar dan serbuk kari. Tumis bagi pecah minyak. Masukkan kubis diikuti oleh tomato, cili api dan sawi. Gaul sebati.
Masukkan mee kuning (cuci dengan cara lalukan air paip - sekejap je). Gaul sebati kemudian masukkan gula dan cukup rasa. Gaul lagi bagi gula dan cukup rasa sebati dengan bahan-bahan lain.
Masukkan tauge. Gaul dan tuangkan kicap BILAL sikit-sikit. Jangan sampai hitam sangat ye. Kalau hitam sangat nanti mee jadi pahit. Gaul sebati.
Masukkan sedit air agak-agak dalam 1/3 cawan. Kalau nak basah lebihkan air. Lepas anda masukkan air, warna mee akan jadi cerah sikit. Kalau anda rasa kurang gelapnya bolehlah tambah kicap sikit lagi dan masukkan kentang yang sudah direbus. Gaul lagi kemudian tolak semua bahan ke tepi dan masukkan telur. Lepas masukkan telur terus je gaul sebati. Jangan tunggu telur mengeras.(Step last ni kena cepat untuk elakkan mee kembang sebab kita dah buh air. Kalau boleh slowkan api masa ni). Padamkan api, sedia untuk dihidang.
Proses masak mee goreng mamak ni tak lama. Dalam masa 5 minit dah boleh siap. So, dinasihatkan agar prepare semua bahan bahan yang diperlukan dahulu and potong siap siap. Kalau mee lama sangat dalam kuali, nanti boleh kembang. Dah jadi tak berapa sedap. Lepas tu kalau rajin hiaslah dengan potongan timun dan daun bawang serta daun sup. Nak tabur bawang goreng pun ok jugak. Akhir kata, selamat mencuba.
Resepi Mee Goreng Basah
![]() |
| Mee Goreng Basah |
Bahan bahan
- 1 bungkus mee kuning dibilas dan tos
- 10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos
- 1 paket Fish ball dibersihkan potong dan tos
- 1 ikat Sayur sawi jepun dibersihkan potong dan tos
- 1 biji tomato dibelah 6
- 4sudu Cili kisar
- 5sudu Sos cili
- 1sudu Sos tiram
- 1sudu Sos ikan
- 1sudu kicap pekat
- 5sudu Kicap manis
- 2sudu Kicap mee
- 1cawan air putih
- Minyak masak untuk menumis
- 10bijiCili api
- 3ulas bawang putih
Cara memasak Mee Goreng Basah
Panaskan kuali. Masukkan minyak untuk menumis. Tumis cili kisar dan bahan ditumbuk sampai garing.Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee.
Masukkan sotong dan fish ball. Gaul seketika. Masukkan air putih. Kacau sebati.
Masukkan sayur dan kacau rata. Masukkan mee kuning dan tomato. kacau sebati dan masak.
Apabila semua dah masak, tutup api.
*Resepi mee goreng basah skali ni xpakai garam gula dan aji. Sebab rasa kicap tu semua dah cukup
Char Kuey Teow
Char Kuey Teow
BAHAN-BAHAN
- 120gm kuey teow
- 2 sudu minyak masak
- 2 ekor udang
- 2 sb cili kisar
- sejemput tauge dan kuchai
- 10 ekor isi kerang
- 60ml kicap CKT
- 1 biji telur ayam
- Masukkan minyak dengan udang dalam kuali
- Masak udang ni dengan api yang kuat. Kemudian bila udang agak masak, masukkan cili kisar.
- Masak cili tu sekejap kemudian perlahankan api, masukan k.teow, tauge, kuchai dan kerang. Gaul sebati (kuatkan semula api)
- Masukkan kicap dan juga telur ayam. Kuatkan api tunggu sehingga telur tu separuh masak.
- Tutup api kemudian gaulkan bahan2 tu sekejap
- Angkat sebelum kicap tu kering.
- Sedia untuk hidangan Char Kuey Teow.
Maggi Curry Crab
Bahan bahan:
- ketam
- Maggie
- Sayur
- Telur
- Cili padi
- Bawang
- Rebus ketam seketika. Toskan. Ketepikan. Maggi dicelur untuk membuang salutan lilin padanya.
- Didihkan air, masukkan bawang, cili padi dan telur. Kacau seketika, kemudian masukkn sayur dan ketam.
- Siram kuah tersebut di atas maggi. Siap untuk dimakan.
Resepi Mee Hailam
Mee Hailam
Bahan bahan:
- resepi untuk makan 4-5 orang
- 300gm udang sederhana besar
- 300gm daging ayam
- 3 ekor sotong saiz besar
- 1 peket fish ball
- 1 peket mee
- 3-4 cawan air
- 1-2 sudu besar cili kisar
- 3-4 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap cair
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos nampla
- 2 biji telur
- Sedikit sayur sawi
- Sedikit bunga kobis
- 1 batang carrot
- 2 biji tomato masak ranum
- Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
- Garam secukup rasa
- Daun sup dan cili merah secukupnya
- Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .
Cara memasak Mee Hailam :
- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air .
- Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing .
- Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .
- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .
- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .
Share : Resepi Ummi
Bihun Goreng
Bahan bahan untuk membuat bihun goreng :
- Bihun (rendam dahulu supaya lembut)
- Isi ayam yang dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 3 sudu cili boh
- 3 sudu sos tiram
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu kicap
- Bebola ikan
- Sawi, tomato dan taugeh
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuat Bihun goreng :
- Blend bawang kemudian tumiskan bersama cili boh sampai naik bau.
- Masukkan semua sos dan perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan isi ayam, bebola ikan kemudian tambahkan air suam supaya berkuah sediki.
- Masukkan bihun yang sudah lembut, kacau sehingga sebati
- Masukkan sayur, kacau, siap.
- Hidangkan bersama keropok goreng dan air lada
*Kalau nak Bihun goreng yang sedap, haruslah didatangkan pakej bersama air lada.
*Tips nak bagi mihun sedap dan 'berasa'.. bila blend bawang, masukkan secekak ikan bilis.. Blend bersama sampai serasi... Tapi kalau masuk ikan bilis tak blend, goreng dalam mihun tak sedap... Tak sesuai bilis masak dengan mihun.. Then masuk carrot parut.. tu pun sodappp
Bihun Sup Bebola Ayam Berlada Sarawak.
Bahan bahan:
- 200g isi ayam - cicang lumat2
- 1 biji telur ayam
- 1 biji kentang - saiz potong ikut citarasa
- 2 sudu kecil tepung jagung
- 2 ulas bawang merah - cicang kasar
- 2 ulas bawang putih - cincang kasar
- 2cm halia - cincang kasar
- 2 batang sayur sawi
- 5 kuntum cendawan Shitake - rendam, belah dua
- 2 batang daun sup - hiris halus
- 1 paket bihun - guna sebelah je - celurkan
- 3 sudu kecil serbuk lada
- serbuk perasa/garam/tumix
- minyak masak - secukupnya
- 4 gelas air
- Gaulkan isi cincang bersama tepung jagung, telur ayam (pecahkan), tepung jagung, ketepikan.
- Tumis bawang, halia hingga naik bau, kekuningan. Masukkan air, biar mengelegak, masukkan kentang
- Bentukkan ayam cincang (bulat), habiskan
- Masukkan ayam cincang (bulat), 1 persatu macam nak masak onde2 tu, diikuti cendawan shitake, sayur sawi.
- Perasakan dengan lada, tumix, garam
- Taburkan hirisan daun sup @ bawang goreng
Resepi Mee Rebus Singapura..
Mee Rebus Singapura
Bahan bahan :
- Taugeh
- Telur rebus
- Daun bawang dan daun sup
- Bawang goreng
- Lada Hijau/Merah
- Tauhu - goreng
- 1 kilo mee kuning - celur dan toskan
- Limau
- 2 atau 3 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 4 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1-2 sudu besar cili kisar
- 1 tbs serbuk jintan halus
- 1 tbs serbuk jintan kasar
- 1 tbs serbuk ketumbar
- 1 tbs serbuk kunyit / kunyit idop
- 1 mangkuk kecil udang geragau@udang kering -blend-campur udang segar
- 5 tbs taucu - blend
- 1 mangkuk kecil kacang tanah - goreng dan blend halus
- 1 biji keledek - rebus dan blend
- Garam dan gula
- 2 tbs tepung beras
- Daging - rebus
Cara membuat Mee Rebus :
- Campur kesemua bahan2 rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air.
- Tumis bahan blend (serai, lengkuas, bwg besar, bwg putih,halia) sehingga naik bau.
- Masukkan rempah dan goreng sehingga pecah minyak
Masukkan pula bahan blend seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu, dikacau sebati selama 5 minit dan juga daging. - Masukkan garam dan gula
Masukkan air ke paras yg diingini- hana gune air rebusan daging dan kulit udang. - Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras utk pekatkan kuah.
Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit. - Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan2 sampingan lain.
Mee Hokkien Singapore
250g Yellow Noodle (I used dried egg noodles, boiled till al-dente)
250g White thick rice vermicelli
400g Prawn
350g Squid - cut into rings
40g Celery
Carrots - sliced
2 tablespoons Maggi concentrated Chicken stock
Enough water - if necessary
3 Eggs
5g Chopped garlic
Seasoning:
1/2 tablespoon Fish sauce
1 dash Pepper
1 dash Sesame oil
salt to taste
Method :
1. Peel the prawn head and shell. Wash and boil for a while. Put through a strainer and reserve the stock.
2. Into a hot wok, add 1 tablespoon of oil, fry the garlic until fragrant. Add in egg and scramble.
3. Add in prawns and squid and stir till half cooked.
4. Add 1/3 of prawn stock, seasoning, carrots and celery till vegetables are tender. Add another 1/3 of prawn stock.
5. Add in yellow noodle and rice vermicelli. Cover wok to braise the noodles on medium low heat. (5 to 7 mins)
6. Add remaining stock, fry for 1 min and plate. Serve with sambal chilli and lime.
For the sambal, I just served with the readymade dried shrimp sambal.
Source : http://mamafami.blogspot.com
Bihun Goreng Singapore
Bihun goreng singapore
Bahan-bahan:
- 1 bgks Bihun
- Daging
- Udang
- 3 biji Telur
- 3 ulas bawang merah ditumbuk
- 2 ulas bawang putih ditumbuk
- 1/2 sudu tehlada hitam ditumbuk
- Garam secukup rasa
- Minyak
- carrot, bunga kobis, kobis dihiris halus
Cara-cara menyediakan Bihun Goreng Singapore:
- Rendam bihun dengan air panas seketika. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan goreng daging. Apabila daging agak lembut angkat dan biarkan seketika.
- Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi
- Bila dah naik bau, masukkan udang, bihun serta sayur - sayuran.
- Kacau rata dan buatkan sedikit lubang di tengah2 kuali untuk masukan telur. Biarkan sekejap baru kacau.
- Kalau bihun tu macam agak keras sikit dan terlalu kering, boleh letak sedikit air.
- Masukan garam dan kacau sebati
- Kacau sebati
Maggie Goreng Mamak Style
Bahan-bahan:
- 4 keping dried mee (rebus n toskan)
- 3 sudu kacang tanah ditumbuk kasar
- 1 senduk kecik cili boh
- 1/2 biji bawang besar dihiris
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 keping tauhu digaul kunyit digoreng
- segenggam taugeh
- segenggam kobis dihiris kasar
- sedikit air
- garam dan gula
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos tomato
- 1 sudu kicap pekat
- 2 sudu kicap manis
- 2 biji telur
Cara-cara memasak Maggie Goreng Mamak:
- Tumis bawang besar dan putih hingga wangi
- Masak cili boh masak hingga garing, masukkan kacang tanah
- Masukkn semua sos, masukkan sedikit air dan garam
- Masukkan maggie, taugeh, kobis dan telur. kacau sebati dengan api nyalaan besar
- Masukkan tauhu goreng dan sedia dihidangkan.Hias dgn tomato.
Mee Goreng Basah
Mee goreng basah
Bahan-bahan:
- 500g mee kuning
- 1 keping dada ayam
- 1/2 bawang besar - dimayang
- 2 ulas bawang putih - dicincang
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap pekat
- 1/2 cawan sos tomato
- 2 sudu kicap cair
- sawi @ kobis
- garam dan garam secukup rasa
- minyak
- 1 sudu serbuk cili
- air
Cara-cara membuat Mee Goreng Basah :
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak garing.
- Kemudian bancuh serbuk cili dengan air dan masukkan ke dalam kuali.
- Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair apabila ayam sudah masak. kacau rata. Masukkan 1 cawan air.
- Masukkan garam dan gula ikut citarasa. Bila dah mendidih, masukkan mee. kacau bagi sebati.
- Dah masak, bolehlah dimasukkan sayur - sayuran. kalau suka lebih gelap warnanya tambah kicap cair.
- kalau nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. boleh juga kalau guna serbuk black pepper.
Subscribe to:
Posts (Atom)










