Daging Black Pepper

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Daging Black Pepper





Daging Black Pepper

Bahan bahan :


  • 400g daging
  • 4 sudu sos lada hitam
  • 1 sudu  sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 biji cili capsicum
  • 1 biji cili merah

Bahan dimayang:

  •  1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 3 biji ulas putih
  • 1 cm halia


Cara Memasak Daging Black Pepper:

  1. Potong daging kecil2 kemudian perap dengan sos lada hitam selama 3jam.
  2. Tumis bahan dimayang kecuali bawang besar sampai naik bau. Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga rata. Masukkan daging yang diperap tadi.
  3. Masak hingga daging empuk. Jika belum empuk boleh ditambah lagi air.
  4. Biarkan kuah menjadi pekat dan kacau sekali sekala.
  5. Apabila hampir masak masukkan garam, cili dan bawang besar supaya xlayu sangat.
  6. Siap. Lagi Masakan Daging
, , ,