Resepi Mee Rebus Singapura..

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Mee Rebus Singapura..




Mee Rebus Singapura

Bahan bahan :

  • Taugeh 
  • Telur rebus
  • Daun bawang dan daun sup
  • Bawang goreng
  • Lada Hijau/Merah
  • Tauhu - goreng
  • 1 kilo mee kuning - celur dan toskan
  • Limau
BAHAN KISAR@REMPAH
  • 2 atau 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 1 tbs serbuk jintan halus
  • 1 tbs serbuk jintan kasar
  • 1 tbs serbuk ketumbar
  • 1 tbs serbuk kunyit / kunyit idop
  • 1 mangkuk kecil udang geragau@udang kering -blend-campur udang segar
  • 5 tbs taucu - blend
  • 1 mangkuk kecil kacang tanah - goreng dan blend halus
  • 1 biji keledek - rebus dan blend
  • Garam dan gula
  • 2 tbs tepung beras
  • Daging - rebus

Cara membuat  Mee Rebus :

  1. Campur kesemua bahan2 rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air.
  2. Tumis bahan blend (serai, lengkuas, bwg besar, bwg putih,halia) sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah dan goreng sehingga pecah minyak
    Masukkan pula bahan blend seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu, dikacau sebati selama 5 minit dan juga daging.
  4. Masukkan garam dan gula
    Masukkan air ke paras yg diingini- hana gune air rebusan daging dan kulit udang.
  5. Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras utk pekatkan kuah.
    Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit.
  6. Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan2 sampingan lain.
https://www.facebook.com/ResepiPelbagaiCitarasa?ref=stream&hc_location=timeline
, , , ,