Resepi Sate ayam

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Sate ayam



Resepi Sate ayam
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 500g ayam tanpa tulang - dipotong kecil2
  • 1/2 sudu teh garam
  • 40g gula
  • lidi sate (direndam dgn air)
  • 3 sudu  minyak


Bahan dikisar:-
  • 4 biji bawang merah
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm lengkuas
  • 1/2 sudu ketumbar-disangrai
  • 1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
  • 1/2 sudu teh jintan putih-disangrai
  • 2 sudu air asam jawa
  • 4 sudu santan
  • 1 batang serai - untuk merenjis ketika membakar

Cara-cara penyediaan Resepi Sate ayam

  1. Ayam diperap dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam.
  2. Cucuk ayam pada lidi sate.
  3. Bahan perap tadi yang lebih dicampur dengan  minyak untuk direnjis semasa membakar sate.
  4. Bakar hingga masak dan siap untuk dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang.
, , , , , ,