Resepi Kek Cawan Coklat Kukus *

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Kek Cawan Coklat Kukus *




Bahan-bahan untuk resepi kek cawan coklat kukus :

Bahan A
  • 150g minyak masak
  • 180g susu cair
  • 200g gula kastor
  • 200g susu krimer manis
  • 1 sudu teh emulco coklat

Bahan B
  • 50 gm serbuk koko
  • 90 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik


Bahan C
  • 3 biji telur

Hiasan Kek
  • 1 bar coklat masakan atau aising kek
  • Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat


Cara-cara Membuat Kek Cawan Coklat Kukus :
  1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga semua bahan sebati dan gula menjadi hancur. Jangan sampai mendidih. Angkat dan biarkan suam.
  2.  Pukul telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam bahan tadi. Kacau sehingga sebati.
  3. Bahan B di ayak dan dimasukkan ke dalam adunan A. Kacau  hingga adunan menjadi licin. Biarkan selama 20 minit
  4. Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil @ bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira  20 minit.
  5. Gunakan lidi untuk memastikan kek dah masak @ belum.
  6. Cairkan bar coklat dan sapukan di atas kek sebagai hiasa. Letakkan cip coklat di atsnya. Simpan didalam peti ais untuk mengeraskan cip coklat tersebut.

, , , ,