Resepi Cheff
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

DAGING NASI KANDAR

DAGING NASI KANDAR

Hye Assalamualaikum. Apa khabar?

Seperti yang telah saya janjikan pada entry yang lepas, entry kali ini kita akan bercerita serba sedikit tentang manfaat yang kita akan dapat daripada bahan bahan masakan kita iaitu bijan, buah keras dan juga buah pala.

Kita mulakan dengan bijan. Ada juga yang memanggilnya dengan nama lenga. Bijan digunakan sebagai bahan perasa dalam masakan dan rasanya sederhana manis. Bijan dipanggang atau digoreng dalam minyak panas sebelum dicampurkan dengan makanan lain. Ia juga berfungsi sebagai bahan hiasan untuk roti, biskut dan kek selain digunakan dalam kuah sos.kandungan minyaknya tinggi dan mudah rosak jika terdedah pada suhu tinggi. Bijan berkesan untuk menguatkan tubuh badan, baik untuk hati dan limpa serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Buah keras pula banyak digunakan dalam masakan Indonesia atau Malaysia sebagai pemekat kuah. Ia dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana kandungan toksiknya tinggi ketika mentah. Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging untuk melembutkannya selain menambahkan lemak masakan tersebut.

Manakala buah pala pula masam dan kelat untuk dimakan didalam keadaan segar. Ia diproses untuk dijadikan halwa kandi dan jeruk pala. Manakala bijinya dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari biji buah pala digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan seperti sos dan kicap, sebagai rempah, perisa untuk kek dan masakan berasaskan susu. Isi dan biji buah pala mengandungi minyak yang ada rasa berbeza. ,esti sekarang korang baru tahu dengan jelas tentang manfaat dan kegunan bahan bahan masakan yang selalu ada di dapur kita tu. Mesti korang nak tahu lagi kan. Next entry saya cerita tentang bunga lawing, cengkih dan ketumbar pula. Sekarang kita belajar memasak dulu. Menu kita hari ini daging nasi kandar.
DAGING NASI KANDAR

DAGING NASI KANDAR.

Bahan A
  • 500 gram daging lembu (diperapkan dengan 3 sudu rempah kari daging)
  • 4 batang serai (diketuk)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • ½ cawan minyak masak
  • 3 cawan air
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 pokok daun ketumbar
  • garam secukup rasa


Bahan B (menumis)
  • 2 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelage
  • 5 kuntum bunga cengkih


Cara Memasak
1.  panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan, serai dan daun kari sehingga wangi.
2.  Masukkan daging yang diperap, tomato dan daun ketumbar. Kacau rata.
3.  Masukkan air, air asam jawa dan garam.
4.  Masak sehingga pekat dan pecah minyak
5.  Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia dihidang.

Daging Salai Masak Lemak

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua? Macam mana dengan cuti korang? Semua berjalan lancer? Dan berapa banyak resipi baru yang korang try?

Saya baru sahaja balik dari Melaka. Biasalah jalan jalan hujung minggu. Merehatkan minda yang kadang kadang stress ni. Tapi tak adalah stress mana pon. Saja je gedik nak menghabiskan duit.

Korang tahu tak, trend dah berubah sekarang. Kalau dulu….yang menjadi kebiasaan apabila orang dating ke Melaka adalah untuk melawat tempat tempat bersejarah sambil memperingati peristiwa peristiwa bersejarah Negara. Tetapi sekarang semuanya mula berubah.

Pengunjung sama ada dari dalam Negara atau dari luar Negara yang datang ke Melaka masih tidak berubah…tetapi tujuan berkunjung ke Melaka sudah berubah. Ini pada pandangan saya dan apa yang berlaku terhadap diri saya lah. Ini kerana…saya banyak menghabiskan masa datang ke Melaka dengan pergi ke restoren restoren yang viral di social media. Dan sebelum memulakan perjalanan pastinya saya akan mencari dahulu di internet…dimanakah restoren makanan yang popular dan rasanya yang sedap.

Sebenarnya banyak restoren yang popular di Melaka disebabkan kesedapannya, tapi disebabkan kekangan waktu…tidak banyak restoren yang saya sempat kunjungi. Dan yang lebih malang lagi…apabila saya sampai di kedai tersebut, saya tak dapat membeli dek kerana ramainya pelanggan yang beratur bagi membeli makanan disitu. Sebagai contoh dari pengalaman saya sendiri ialah kedai kuih keria antarabangsa Haji Jalil. Dari luar korang hanya akan Nampak kereta yang banyak berhenti di tepi jalan…tetapi korang tak Nampak pon orang beratur untuk membeli.  Jadi korang pon dengan yakinnya meletakkan harapan yang tinggilah untuk membeli. Senyuman masa t upon dah lebar lah kan. Korang cuba masuk ke dalam kedai. Pastinya harapan korang tadi akan berkubur dan senyuman yang manis tadi akan serta merta menjadi tawar kerana barisan yang sangat sangat panjang beratur untuk membeli. Boleh mencecah sehingga seratus orang yang beratur untuk membeli kuih keria disitu. So korang bayangkan lah betapa panjangnya barisan semata mata untuk membeli kuih keria disitu. Tetapi apa yang bagusnya ialah pihak kedai tidaklah membuat para pelanggan beratur di tengah panas atau hujan. Semua beratur di dalam kedai…terlindung dari hujan dan panas. Dan dari cerita yang saya dengar…setiap pelanggan hanya boleh membeli 20 ketul kuih keria sahaja.

Berbalik kepada cerita saya dan kuih keria tadi…disebabkan barisan yang teramat panjang…jadi saya pon memadam la hasrat untuk membeli kuih keria disitu. Mungkin ini kelemahan saya sendiri yang memang tidak mampu nak beratur panjang hanya untuk medapatkan sesuatu makanan yang viral. Tapi untuk saya…makanan jelah yang saya tak sanggup….tapi kalau benda lain mungkin boleh lagi kot nak gagahkan diri beratur panjang. Ada satu lagi kedai yang popular oleh orang ramai di Melaka tapi saya rasa entry saya ni dah terlalu panjang. Jadi saya rasa baik saya sambung di entry akan dating. Sapa yang nak tahu boleh tunggu entry saya yang akan dating. Sekarang, kita terus dengan resepi baru iaitu daging salai masa lemak cili api.


DAGING SALAI MASAK LEMAK
Daging Salai Masak Lemak

Bahan A
  • 500 gram daging
  • 3 biji manga muda (dipotong 4)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 cawan santan pekat
  • garam secukup rasa


Bahan B ( dikisar)
  • 20 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 1 cawan air


Cara memasak
1.  daging dibasuh dan tuskan. Gaulkan dengan sedikit garam dan bakar sehinga masak. Kemudian potong kecil.
2.  Masukkan daging, manga, bahan yang dikisar, serai, dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan daging lembut.
3.  Masukkan santan pekat. Kacau supaya tidak pecah minyak.
4.  Apabila sudah mendidih, perasakan dengan garam dan angkat
5.  Sedia dihidangkan.

Beriani Kambing

Beriani Kambing

Hye. Apa khabar semua?

Ingat lagi tak haritu saya ada kongsikan kebaikan dan manfaat serta ciri ciri bahan masakan yang selalu kita gunakan kat dapur? Kalau ingat bagus...tapi kalau tak ingat boleh lah cari balik ebtry entry saya yang lepas dan baca. Bagus jugak bila kita tahu apa bahan yang kita gunakan dalam masakan kita. Hari ini saya akan sambung lagi dengan beberapa bahan untuk menambah pengetahuan korang.

Kita akan mulakan dengan capsicum.Ia juga dikenali sebagai lada benggala.  Lada ini ada rasa pedas dan manis. Ia berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi merah, kuning, jingga, ungu, putih atau coklat apabila masak. Lada benggala boleh dimakan mentah dan dihidang sebagai snek atau salad dan menjadi penambah perisa. biasanya ia dibakar, dipanggang, ditumis, atau digoreng bersama bahan lain. Banyak terdapat dalam sos, masakan pasta, salad, dan sandwich. pilih lada benggala yang berikilat, warna kulit sekata dan tidak lebam. Ia boleh disimpan selama seminggu di dalam beg plastik di dalam peti sejuk. Lebih ranum lada benggala ketika dipetik, makin kurang rasa segarnya.

Yang kedua kita akan bercerita tentang tomato. tomato mempunyai vitamin C yang dapat membantu memelihara kulit, sebab itulah ia amat popular dalam kalangan wanita kerana menjadi elemen penting dalam penjagaan kulit muka. Ia boleh didapati dalam bentuk segar atau puri. Apabila ditambah dalam masakan terutamanya spageti, ia akan menghasilkan rasa masam-manis. Cara mudah untuk mengupas kulit tomato ialah membakarnya sehingga layu kemudian dikupas kulitnya perlahan lahan.

Dan yang terakhir untuk kali ini saya akan berborak pasal telur. Yang biasa kita gunakan untuk memasak ialah telur ayam kan. Telur ayam digunakan secara meluas untuk pelbagai hidangan. Ia boleh didapati dalam bentuk jeruk, rebus, sejuk, atau dimakan mentah. Cara membezakan telur masak dengan telur mentah tanpa memecahkan kulitnya ialah dengan memutarkan telur tersebut. Kandungan cecair dalam telur mentah akan menghentikan putaran dalam tiga putaran. Kandungan telur rebus keras kerana ia penyahasilan protein. Okay itu sahaja dan kita terus dengan resipi kita Beriani Kambing.
Beriani Kambing

Beriani Kambing

Bahan A
  • 1 kg daging kambing
  • 4 sudu makan rempah beriani
  • 1 cawan yougurt asli
  • 3 biji kentang (dipotong kecil)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 1 pokok daun ketumbar (dipotong kasar)
  • garam secukup rasa


Bahan B (menumis)
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 2 inci halia (ditumbuk kasar)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan minyak masak


Cara membuat
1. daging dipotong kecil dan dibasuh. kemudian tuskan dan perap dengan rempah beriani.
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. masukkan daging dan air, kemudian kacau rata sehingga pecah minyak.
4. masukkan daun ketumbar dan masakkan sehingga daging lembut.
5. masukkan santan, garam, dan kentang. masakkan sehingga kentang lembut.
6. masukkan tomato, cili merah, cili hijau, bawang besar, dan daun ketumbar. kemudian rasakan garam.
7. apabila nampak layu, tutup api dan hidangkan.

DAGING MASAM MANIS

DAGING MASAM MANIS

Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua yang membaca blog saya ni? Diharaokan orang sihat bersama orang tersayang ye.

Hari ini sebelum saya kongsikan resipi saya pada kali ini, saya nak bercerita sikit tentang bahan bahan yang selalu menjadi intipati dalam resipi kita ye…seperti bawang merah…bawang besar….bijan…dan macam macam lagi. Bukan apa, kadang kadang kita tahu masak tapi terlupa perkara asas tentang bahan masakan kita tu. Bagi yang baru nk belajar memasak tu…mestilah banyak bahan yang korang baru nak belajar kan. So saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu korang semua.

Kita mulakan dengan bawang ye. Kadang kadang kita yang dah selalu masak ni pon boleh tersilap atau keliru dengan bawang. Bawang yang selalu orang Malaysia masak ni…terdiri daripada tiga jenis iaitu bawang merah, bawang besar dan bawang putih.

Bawang merah merupakan bahan wajib dalam masakan yang disediakan sama ada dimasak atau dibuat kerabu. Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Selain itu, bawang merah juga mengurangkan tekanan darah tinggi, awet muda, menghindarkan kanser perut., mencairkan darah, mengelakkan serangan jantung, strok, mengurangkan risiko Alzheimer dan mengurangkan tahap gula bagi pesakit kencing manis.

Selain bawang merah kita juga ada bawang besar. Bawang besar boleh didapati dalam bentuk segar, beku, tin, jeruk, atau dikeringkan. Ianya digunakan dalam setiap masakan, sos, stew, sup, salad segar, atau menjadi bahan hiasan hidangan. Bawang besar menjadi lebih mudah dikupas jika direndam di dalam air mendidih selama 10 saat dan kemudiannya dicelupkan kedalam air sejuk sebelum kulitnya dikupas. Bagi mengelakkan mata berair ketika mengupas, eloklah dibasuh dahulu dengan air sejuk atau dimasukkan ke dalam peti ais selama 10 minit sebelum dikupas. Cara lain adalah dengan dipotong dibawah air yang mengalir atau birkan ianya basah ketika dipotong.

Bawang putih pula mempunyai aroma yang kuat dan tajam seperti campuran pedas, pahit, dan sedikit masam bergantung kepada jenis masakan. Bawang putih dapat menaikkan aroma masakan daging, ikan dan juga sayuran. Sekiranya mahu membeli bawang putih, pastikan kepalanya kering dan terlindung di dalam kulitnya. Itu sahaja untuk kali ini. Entry akan dating saya akan kongsi kan tentang bijan, buah keras dan buah pala. Kita teruskan dengan resipi kita hari ini, daging masam manis.


DAGING MASAM MANIS
Resipi Daging Masam Manis

Bahan A
  • 500 gram daging
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa


Bahan B(dihiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ½ inci halia
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau


Cara Memasak
1.  perapkan daging dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
2.  panaskan minyak dan masukkan daging. Goring sehingga lembut
3.  masukkan sos tomato dan sos cili
4.  masukkan pula bahan yang dihiris. Kacau dan gaul sebati.
5.  Angkat dan hidangkan. Selamat mencuba.

Stew Daging

STEW DAGING

Hye Assalamualaikum. Apa khabar korang semua? Tolong sebarkan blog saya ni ke kawan kawan ye supaya kita dapat berkongsi ilmu dah pengalaman.

Korang ingat lagi tak cerita say dan kuih keria antarabangsa Haji Jalil? Harap korang masih ingat. Kalau korang tak ingat cuba korang cari di entry saya yang lepas. Nanti korang akan jumpa cerita saya dan kuih keria. Cerita maang saya tu…susah nak dapat kat mana mana. Hahaha dan hari tu saya janji dengan korang nak share satu lagi tempat yang saya pergi semasa berada di Melaka kan. Okay saya akan ceritakan di entry ini dan yang ini pastinya tidak malang. Tak kan lah asik nasib malang je kan.

Selain makanan di waktu siang…banyak juga makanan popular di Melaka yang dijual hanya pada waktu malam. Mungkin lebih sesuai dan lebih ringan untuk dijual di waktu malam berbading dengan waktu siang. Cuma waktu perniagaannya tidak lama. Dan restoren yang saya pergi ialah restoren Pak Putra.  Restoren ini terkenal dengan juadah Pakistan dan india utara. Tetapi yang menjadikan kedai ini satu fenomena ialah roti Naan bersama Tandoorinya. Restoren ini tidak kurang hebatnya dengan kedai kuihnkeria Haji jalil tadi…cuma kali ini tidak lah beratur panjang. Cuma hanya perlu menunggu sebentar untuk mendapatkan tempat duduk. Yang pastinya korang kalau nak makan disini pastinya tidak akan hampa kerana runag makannya yang besar …boleh menempatkan ramai pelanggan. Apa yang menjadi perhatian saya ialah…kedai ini memang tidak akan mempunyai meja dan kerusi yang kosong …kerana apabila satu pelanggan bangun…pasti aka nada pelanggan lain yang akan duduk pula. So kalau korang dating ke kedai ini pasti korang tak akan Nampak kerusi meja yang kosong terutamanya pada pukul 8 malam sampai 10 malam.

Makanan yang menjadi menu utama restoren ini pastinya Roti Naan bersama Tandoorinya. Roti naan nya sanagt lembut dan sedap. Ada sesetengah roti naan keras dan liat untuk dikunyah. Tidak bagi restoren ini..memang sangat lembut dan sedap roti naan nya. Roti naan biasanya akan dihidangkan bersama kuah dal. Kuah dalnya juga tidak kurang hebatnya kerana kuahnya pekat dan sangat berperisa. Sesuai dimakan dengan roti naan. Saya pada malam itu memesan satu set roti naan garlic bersama ayam tandoori. Ayam tandoorinya juga sangat sedap. Dibakar dengan elok dan dirempahkan dengan baik. Korang akan rasa semua rempah yang diperap bersama ayam itu sebelum dibakar. Ayamnya juga tidak keras atau liat…jadi mudah untuk dimakan. Kombinasi ayam tandoorinya bersama naan sangat sedap sehingga ramai pelanggan yang datang. Paling mengejutkan ialah harga roti naan nya tidak mahal. Untuk roti naan biasa kalau tak silap saya dalam lingkungan RM 3.50. tapi yang paling penting tidak lebih RM5. So sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin berjalan jalan makan angina dengan bajet yang ciput. Heheheh. Okaylah dan banyak sangat celoteh ni. Kita sambung dengan resipi kita hari ini iaitu stew daging.

STEW DAGING
Stew Daging

Bahan A
  • 500 gram daging (dibasuh dan tuskan)
  • 400 gram kentang (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 batang saderi (dipotong pendek)
  • 5 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu makan tepung jagung dan ½ cawan air (dibancuh)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • ½ biji capsicum hijau


Bahan B (dihiris)
  • 1 labu bawang besar Holland
  • 1 ½ inci halia
  • 3 ulas bawang putih


Cara Membuat
1.  panaskan minyak, kemudian tumiskan halia dan bawang putih sehingga layu
2.  masukkan daging, kentang, rempah sup, lobak merah, dauh saderi, lada hitam dan air. Masak sehingga semua lembut
3.  masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih dan pekat
4.  masukka bawang besar dan tomato
5.  angkat dan hiaskan dengan capsicum hijau
6.  sedia dihidangkan.

Kambing Goreng Jintan

Kambing Goreng Jintan

Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Macam mana korang punya skill memasak? Dah bagus ke belum? Atau masih ada lagi yang korang kena belajar? Kepada adik adik yang baru nak belajar tu...jangan putus asa taw kalau apa yang korang masak tak menjadi sangat. Biasa lah masih baru baru lagi...air tangan tak ada lagi kan. Kalau ada apa apa soalan boleh tanya. Janagan risau saya akan cuba menjawab dengan sebaik mungkin.

Entry yang lepas saya ada bagi tahu serba sedikit tentang capsicum, tomato dan telur kan. Hari ni kita sambung lagi ye beberapa bahan. dan hari ini saya akan cerita sikit tentang cili. Lagipon kalau kita masak memang wajib ada cili kan. Tak kisah la masak apa pon mesti ada cili kan. Lagi lagi kalau orang melayu...kalau nak sedap mesti nak ada rasa pedas pedas sikit.

Pertama sekali ialah cili api. Cili ini kecil dan berbentuk kurang berisi berbanding cili merah atau hijau tetapi bijinya lebih banyak. Walaupun saiznya kecil tetapi rasanya sangat pedas. Apabila tersentuh dengan kulit  boleh menyebabkan rasa pedih dan perit apatah lagi jika terkena mata. Ia juga dikenali sebagai cili Thai kerana ia banyak digunakan dalam masakan Asia Tenggara. Buang bijinya untuk mengurangkan kepedasan.

Kedua ialah cili kering. ia menjadi bahan asas dalam masakan bersambal dan penggunaannya lebih enak dan selamat berbanding cili kisar atau cili boh di pasaraya kerana sudah ditambah dengan bahan pengawet. Bagi mendapatkan lada kering yang lebih enak dan mudah ditumbuk atau dikisar, potong kecil kecil lada kering sebelum direndam atau direbus. Cara ini juga dapat mengasingkan bijinyadaripiada lada.

Yang terakhir ialah cili besar. Walaupun cili hijau dan cili merah dianggap sebagai sayuran, kegunaannya lebih sebagai rempah. Ia dimakan mentah atau dimasak untuk mendapatkan rasa pedasnya yang tertumpu di hujung kulit kerasnya yang mengandungi biji. Ia digunakan sebagai penambah perasa dalam masakan tanpa menambah kalori atau lemak. Ia menjadi sumber vitamin A,C, E dan potassium bergantung pada warna dan variasinya. Okay rasnya itu saja yang dapat saya kongsikan kali ni. kita terus dengan resipi kita hari ini iaitu Kambing Goreng JIntan

Kambing Goreng Jintan
Kambing Goreng Jintan

Bahan A
  • 500 gram daging kambing ( dipotong nipis dan bersihkan)
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis ( Ditumbuk dan dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk dan dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 2 sudu makan minyak masak
  • air secukupnya
  • garam secukupnya


Bahan B (dihiris)
  • 3 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ukas bawang ptih
  • 2 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang


Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan halia, bawang merah, dan bawang putih sehingga garing
2. Masukkan rempah yang dibancuh. kacau rata
3. Masukkan daging dan air secukupnya bagi merebus daging sehingga lembut.
4. Apabila daging lembut dan air kering, masukkan cili dan bawang yang dihiris. Kemudian kacau rata
5. Masukkan tomato, jus limau, daun sup dan daun bawang.
6. Sedia hidangkan.

Daging Sos Tiram

DAGING SOS TIRAM

Hye Assalamualaikum. Apa kahabar?
Korang baca tak entry saya yang lepas? Jangan tak baca taw. Penat saya menulis. Hidup ni kena banyak membaca. Baru lah sel sel otak berhubung. Kalau kita banyak ilmu tentang masakan atau bahan bahan masakan kita, kita akan Nampak macam chef taw walaupun korang cuma reti masak maggi. Hahaha. Percayalah cakap saya ni. Kita teruskan lagi dengan bahan masakan lain ye. Banyak sebenarnya bahan masakan kalau nak senaraikan. Tapi saya ambik yang selalu kita gunakan jelah. Dan untuk kali ini, seperti yang saya bagitahu pada entry yang lepas saya akan kongsikan tentang bunga lawing dan cengkih.

Bunga lawang adalah salah satu bahan dalam lima rempah serbuk cina. Ia digunakan samaada dalam bentuk asal atau hanya bahagian bahagian untuk menambah rasa dalam masakan daging dan ternakan lain yang direneh lama untuk menghasilkan aroma yang kuat. Bunga lawing kisar digunakan dalam masakan salai untuk menguatkan aroma masakan tersebut. Juga digunakan dalam masakan kari, dan minuman teh. Bunga lawing dipercayai dapat membantu menghadamkan makanan serta melegakan sakit dada, sakit sengal tulang dan kembung perut.

Untuk cengkih pula, bunga cengkih mempunyai rasa tajam, kuat, manis, berangin, pahit dan kelat. Baunya paling menusuk antara rempah ratus lain sehingga meninggalkan rasa kebas didalam mulut. Bunga cengkih elok dibeli didalam bentuk asalnya kerana bentuk serbuk lebih cepat merosot rasanya. Kisaran bunga cengkih selalunya digunakan dalam masakan beriayani, dan sering digunakan dengan jintan putih dan kulit kayu manis. 

Untuk menentukan kualiti bunga cengkih yang bagus, masukkan kedalam secawan air. Bunga cengkih yang elok terapung secara menegak manakala yang tidak elok akan tenggelam atau terapung secara mendatar. Itulah serba sedikit maklumat temtang bunga lawang dan bunga cengkih. Lepas ni kalau orang Tanya dah boleh jawab la kan. Sekarang kita terus dengan resipi baru kita iaitu daging sos tiram. 
DAGING SOS TIRAM
Daging Sos Tiram

Bahan A
  • 500 gram daging batang pinang.
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 1 cawan air
  • I sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 5 bii cendawan butang (hiris nipis)
  • 1 biji capsicum merah ( potong kecil)
  • 1 biji capsicum hijau (potong kecil)
  • 3 sudu makan minyak
  • garam secukup rasa


bahan B (menumis)-dihiris semua
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar


Cara membuat
1.  panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan sehingga wangi
2.  masukkan daging dan goring sehingga lembut
3.  masukkan cendawan butang, sos tiram, kicap pekat, lada hitam dan air.
4.  Masak sehingga pekat dan masukkan capsicum merah dan hijau
5.  Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Bamia Kambing

Bamia Kambing
Hye Assalamualaikum.
Apa khabar semua? macam mana dengan hidup korang? bahagia tak? saya doakan korang sentiasa dilimpahi rahmat dan hidup dengan bahagia bersama orang tersayang. tak lupa juga saya doakan korang sentiasa murah rezeki so boleh pergi pasar selalu beli bahan bahan untuk memasak resipi baru dari saya. hehehe.
tapi kan...sebut pasal pasar ni...ada perkara yang agak popular dalam kalangan suami isteri berkenaan pasar ni. selalunya lah kan...soal pergi pasar ni jarang orang perempuan buat kan. selalu nya yang akan jadi mangsa untuk pergi ke pasar membeli bahan bahan memasak dan segala keperluan dapur adalah lelaki. betul ke? orang perempuan hanya senaraikan barang yang perlu dibeli lepas tu lelaki lah yang kena pergi cari semua barang tu.
tapi yang selalu menjadi masalah berdasarkan pengalaman saya...kalau suruh suami beli barang kat pasar ni...mesti dia akan call banyak kali. kadang kadang lebih dari sepuluh kali. padahal dah tulis kat kertas apa yang nak kena beli...tapi masih lagi nak call untuk tanya nak berapa banyak...nak saiz macam mana...nak beli berapa...haih...kadang kadang jadi menyesal pulak suruh suami beli barang. dan paling lawak kadang kadang siap hantar gambar nak pastikan yang jenama nya betul tak pun barang tu sendiri betul ke salah.
dan apa yang saya dapat dari cerita kawan kawan saya...kita orang perempuan ni macam dah dilahirkan kat pasar tu. semua kedai kita tahu kat mana siap boleh lukis macam peta lagi. lawak jugak kadang kadang kalau difikirkan. hahaha. pengajarannya ialah...lain kali kita kena heret suami kita teman kita pilih barang barang dan bahan bahan memasak di pasar supaya diorang tahu nak pergi mana dan nak pilih macam mana kalau kita suruh dia pergi pasar. sebab selalunya orang lelaki ni dia akan duduk dalam kereta lah...duduk kat mamak lah...sambil tunggu kita beli barang. bila kita suruh pergi beli barang dah gelabah. lagi pon kalau sama sama pimpin tangan jalan dekat pasar tu sambil beli barang kan nampak sweet je. menambahkan rasa bahagia dalam hubungan.
okay cukup sampai situ sebab kita nak teruskan dengan sesi resipi baru kita. kalau korang perasan...entry entry yang lepas saya beri resipi berkaitan daging kan...kali ni kita teruskan dengan daging juga tapi daging kambing. resipi hari ini Bamia Kambing.



Bamia Kambing
Resipi Bamia Kambing
Bahan A
  • 500 gram daging kambing
  • 13 batang bendi
  • 3 cawan santan
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa


Bahan B (dikisar)
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan serbuk badam
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia


Cara Membuat
1. gaulkan bahan yang dikisar bersama daging
2. panaskan minyak dan gorengkan bendi sehingga masak. angkat dan ketepikan.
3. masukkan daging yang sudah diperap dan kacau rata.
4. masukkan santan dan masak sehingga daging lembut dan kuah pekat
5. masukkan tomato dan bendi
6 sedia dihidangkan.

Kambing Goreng Serai

Kambing Goreng Serai
Hye Asslamualaikum. Apa khabar semua?

Hari ni saya mungkin tak nak berceloteh sangat tapi lebih kepada hendak memberi nasihat. Dan nasihat ini saya tujukan khas untuk mereka yang selalu membawa kenderaan atau menaiki kenderaan. Suami hantar isteri ke tempat kerja...isteri hantar anak anak ke sekolah...atau ke pengasuh atau suami isteri ke tempat kerja yang sama. Sebabnya bila kita  berada dalam kenderaan, kita terdedah dengan bahaya yang ada di atas jalan tu. Ye...betul semua orang akan cakap yang diorang akan memandu dengan berhati hati. Tapi apa yang saya nak tekankan...eksiden ni boleh terjadi bukan hanya sebab kita tidak memandu dengan berhemah...tetapi macam macam perkara boleh menjadi penyebab untuk berlaku nya kemalangan. Contohnya adalah kesilapan pemandu lain...mungkin juga binatang melintas atau juga ada objek objek tidak sepatutnya yang berada di atas jalan raya. Ini semua antara perkara yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

Habis tu macam mana? Takkan tak nak bawa  kereta atau motor? Kena jalan kaki pergi kerja ke? Rumah kiteorang jauh dari train. Bukan itu maksud saya. Memang betul...sesuatu musibah itu kalau memang Tuhan sudah takdirkan untuk terjadi kita pasti tidak akan dapat untuk menghalagnya terjadi. Dan saya faham korang semua mesti dah pastikan yang korang memandu dengan sangat berhati hati. Sebenarnya saya nk korang kalau nak memulakan perjalanan itu, korang bacalah doa dihidari dari musibah supaya perjalanan korang diberkati dan selamat daripada ditimpa musibah. ini ayat yang korang boleh baca.
 ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ Maksudnya : "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Saya tetiba memberi nasihat ini bukan sebab apa...pagi tadi sewaktu hantar suami ke pejabat, saya bertembung dengan satu kemalangan. Ianya melibatkan seorang penunggang motor dan sebuah kereta. Kemalangan disebabkan sebatang pokok di tepi jalan yang tumbang dan menghempap kereta tu. Dan penunggang motosikal itu berada berdekatan dengan kereta tu. Korang nampak tak? bukan salah pemandu kereta tu atau penunggang motor tu...diorang cuma menggunakan jalan tu sahaja tetapi nasib malang untuk mereka sebab kebetulan pokok itu jatuh semasa mereka menggunakan jalan itu. Pengajarannya ialah kita memang tidak mampu mengelak kalau sesuatu musibah itu datang tetapi kita boleh berdoa agar kita terhindar daripada musibah. Saya doakan korang semua terhindar dari musibah dan dapat terus membaca dan belajar memasak dari blog saya. Resipi kita hari ini ialah Kambing goreng Serai.
Kambing Goreng Serai
Kambing Goreng Serai

Bahan-bahan :
  • 250gm daging kambing - rebus dan potong nipis
  • 1biji bawang besar - hiris nipis
  • 2helai daun limau purut -hiris nipis
  • 3biji bawang merah - dikisar
  • 2batang serai - dikisar
  • 1sudu teh serbuk kunyit
  • 10gm serbuk paprika
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng


Cara memasak:
1)perap daging kambing bersama serbuk kunyit,serai, bawang merah, serbuk paprika dan garam selama 15 minit
2)panaskan minyak dan goreng daging sehingga naik bau
3)masukkan hirisan bawang besar dan daun limau purut
4)kacau rata dan perasakan dengan garam
5)biar seketika dan sedia untuk dihidangkan

Bergedil Daging

BERGEDIL DAGING

Hye Assalamualaikum. Apa khabar para pembaca yang rajin sekalian?
Har ini saya tidak akan berborak tentang ilmu ye. Bagi otak saya dank orang berehat sekejap. Dah cukup dah sel sel yang berhubung.

Saya ni baru je siap berkemas segala pakaian untuk pergi bercuti. Lipat elok elok kemudian susun ke  dalam beg. Beg bukan besar sangat, baju pula banyak. Kalau tak disusun dengan elok nanti tak muat pula nak masukkan semua baju yang ada ni. Saya bercadang esok saya akan bercuti sempena anniversary saya. Bukan jauh sangat pun bercuti. Sekadar ke Melaka sahaja.

Kadang kadang bila dah lama sangat usia perkahwinan, perlu lah cari langkah untuk mensegarkan semula perkahwinan tu. Tapi pada saya bukan untuk usia perkahwinan yang dah lama sahaja perlu melakukan hal hal macam ni…pasangan yang baru berkahwin juga saya sarankan buat hal hal seperti ini. Ini bagi mengekalkan rasa bahagia dalam rumatangga itu. Kadang kadang kita pandang remeh hal hal seperti ini…tapi sebenarnya hal inilah yang dapat memberikan rasa bahagia dalam rumahtangga.

Mungkin akan ada yang memberikan alasan duit. Perbelanjaan tidak cukup untuk pergi bercuti. Atau mungkin akan ada yang cakap penat nak travel jauh jauh. Hari biasa penat bekerja.  Itu semua alasan. Kalau soal jauh, tidak perlu pon bercuti ke tempat yang jauh. Dekat dekat pun sudah cukup. Orang kata saja nak tukar angin. Hari hari melayan hiruk pikuk kota….nak juga kita berehat dan melawat tempat yang jarang kita pergi kan.

Soal duit pula…kalau anniversary ini biasanya disambut setahun sekali. Bukan hari hari. So pada mereka yang bagi alasan duit itu, boleh je kumpul suit hari hari untuk pergi bercuti. Kalau sehari 50 sen sekali pun, setahun pasti dapat memberi jumlah yang banyak. Apa yang penting ialah hati kita. Kalau kita hendakkan sesuatu, kita usaha kea rah itu. Rumahtangga kita ini bukan senang hendak dibina. Dan bukan mudah juga untuk dipertahankan. So kita haruslah memelihara dengan baik dan selalu lah kita mensegarkan hubungan antara kita dan pasangan agar msing masing dapat berkongsi rasa bahagia. Bila kta bahagia hidup pun menjadi indah. Okay saya penah celoteh. Kita terus dengan resipi kita iaitu bergedil daging.
BERGEDIL DAGING
Bergedil Daging


Bahan A
  • 500 gram kentang (direbus dan hancurkan)
  • 200 gram daging kisar
  • ½ cawan bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup (dimayang halus)
  • 2 tangkai daun bawang (diracik halus)
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telur (dipukul)
  • minyak masak


Cara Membuat
1.  gaulkan semua bahan kecuali telur dan minyak
2.  bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper
3.  celupkan kedalam telur yang dipukul
4.  gorengkan ke dalam minyak
5.  angkat dan tusk an
6.  sedia untuk dihidang