BERGEDIL DAGING
Hye Assalamualaikum. Apa khabar para pembaca yang rajin sekalian?
Har ini saya tidak akan berborak tentang ilmu ye. Bagi otak saya dank orang berehat sekejap. Dah cukup dah sel sel yang berhubung.
Saya ni baru je siap berkemas segala pakaian untuk pergi bercuti. Lipat elok elok kemudian susun ke dalam beg. Beg bukan besar sangat, baju pula banyak. Kalau tak disusun dengan elok nanti tak muat pula nak masukkan semua baju yang ada ni. Saya bercadang esok saya akan bercuti sempena anniversary saya. Bukan jauh sangat pun bercuti. Sekadar ke Melaka sahaja.
Kadang kadang bila dah lama sangat usia perkahwinan, perlu lah cari langkah untuk mensegarkan semula perkahwinan tu. Tapi pada saya bukan untuk usia perkahwinan yang dah lama sahaja perlu melakukan hal hal macam ni…pasangan yang baru berkahwin juga saya sarankan buat hal hal seperti ini. Ini bagi mengekalkan rasa bahagia dalam rumatangga itu. Kadang kadang kita pandang remeh hal hal seperti ini…tapi sebenarnya hal inilah yang dapat memberikan rasa bahagia dalam rumahtangga.
Mungkin akan ada yang memberikan alasan duit. Perbelanjaan tidak cukup untuk pergi bercuti. Atau mungkin akan ada yang cakap penat nak travel jauh jauh. Hari biasa penat bekerja. Itu semua alasan. Kalau soal jauh, tidak perlu pon bercuti ke tempat yang jauh. Dekat dekat pun sudah cukup. Orang kata saja nak tukar angin. Hari hari melayan hiruk pikuk kota….nak juga kita berehat dan melawat tempat yang jarang kita pergi kan.
Soal duit pula…kalau anniversary ini biasanya disambut setahun sekali. Bukan hari hari. So pada mereka yang bagi alasan duit itu, boleh je kumpul suit hari hari untuk pergi bercuti. Kalau sehari 50 sen sekali pun, setahun pasti dapat memberi jumlah yang banyak. Apa yang penting ialah hati kita. Kalau kita hendakkan sesuatu, kita usaha kea rah itu. Rumahtangga kita ini bukan senang hendak dibina. Dan bukan mudah juga untuk dipertahankan. So kita haruslah memelihara dengan baik dan selalu lah kita mensegarkan hubungan antara kita dan pasangan agar msing masing dapat berkongsi rasa bahagia. Bila kta bahagia hidup pun menjadi indah. Okay saya penah celoteh. Kita terus dengan resipi kita iaitu bergedil daging.
Bergedil Daging
Bahan A
- 500 gram kentang (direbus dan hancurkan)
- 200 gram daging kisar
- ½ cawan bawang goreng
- 2 tangkai daun sup (dimayang halus)
- 2 tangkai daun bawang (diracik halus)
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu makan tepung jagung
- garam secukup rasa
- 2 biji telur (dipukul)
- minyak masak
Cara Membuat
1. gaulkan semua bahan kecuali telur dan minyak
2. bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper
3. celupkan kedalam telur yang dipukul
4. gorengkan ke dalam minyak
5. angkat dan tusk an
6. sedia untuk dihidang