DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API
Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua? Macam mana dengan cuti korang? Semua berjalan lancer? Dan berapa banyak resipi baru yang korang try?
Saya baru sahaja balik dari Melaka. Biasalah jalan jalan hujung minggu. Merehatkan minda yang kadang kadang stress ni. Tapi tak adalah stress mana pon. Saja je gedik nak menghabiskan duit.
Korang tahu tak, trend dah berubah sekarang. Kalau dulu….yang menjadi kebiasaan apabila orang dating ke Melaka adalah untuk melawat tempat tempat bersejarah sambil memperingati peristiwa peristiwa bersejarah Negara. Tetapi sekarang semuanya mula berubah.
Pengunjung sama ada dari dalam Negara atau dari luar Negara yang datang ke Melaka masih tidak berubah…tetapi tujuan berkunjung ke Melaka sudah berubah. Ini pada pandangan saya dan apa yang berlaku terhadap diri saya lah. Ini kerana…saya banyak menghabiskan masa datang ke Melaka dengan pergi ke restoren restoren yang viral di social media. Dan sebelum memulakan perjalanan pastinya saya akan mencari dahulu di internet…dimanakah restoren makanan yang popular dan rasanya yang sedap.
Sebenarnya banyak restoren yang popular di Melaka disebabkan kesedapannya, tapi disebabkan kekangan waktu…tidak banyak restoren yang saya sempat kunjungi. Dan yang lebih malang lagi…apabila saya sampai di kedai tersebut, saya tak dapat membeli dek kerana ramainya pelanggan yang beratur bagi membeli makanan disitu. Sebagai contoh dari pengalaman saya sendiri ialah kedai kuih keria antarabangsa Haji Jalil. Dari luar korang hanya akan Nampak kereta yang banyak berhenti di tepi jalan…tetapi korang tak Nampak pon orang beratur untuk membeli. Jadi korang pon dengan yakinnya meletakkan harapan yang tinggilah untuk membeli. Senyuman masa t upon dah lebar lah kan. Korang cuba masuk ke dalam kedai. Pastinya harapan korang tadi akan berkubur dan senyuman yang manis tadi akan serta merta menjadi tawar kerana barisan yang sangat sangat panjang beratur untuk membeli. Boleh mencecah sehingga seratus orang yang beratur untuk membeli kuih keria disitu. So korang bayangkan lah betapa panjangnya barisan semata mata untuk membeli kuih keria disitu. Tetapi apa yang bagusnya ialah pihak kedai tidaklah membuat para pelanggan beratur di tengah panas atau hujan. Semua beratur di dalam kedai…terlindung dari hujan dan panas. Dan dari cerita yang saya dengar…setiap pelanggan hanya boleh membeli 20 ketul kuih keria sahaja.
Berbalik kepada cerita saya dan kuih keria tadi…disebabkan barisan yang teramat panjang…jadi saya pon memadam la hasrat untuk membeli kuih keria disitu. Mungkin ini kelemahan saya sendiri yang memang tidak mampu nak beratur panjang hanya untuk medapatkan sesuatu makanan yang viral. Tapi untuk saya…makanan jelah yang saya tak sanggup….tapi kalau benda lain mungkin boleh lagi kot nak gagahkan diri beratur panjang. Ada satu lagi kedai yang popular oleh orang ramai di Melaka tapi saya rasa entry saya ni dah terlalu panjang. Jadi saya rasa baik saya sambung di entry akan dating. Sapa yang nak tahu boleh tunggu entry saya yang akan dating. Sekarang, kita terus dengan resepi baru iaitu daging salai masa lemak cili api.
Daging Salai Masak Lemak
Bahan A
- 500 gram daging
- 3 biji manga muda (dipotong 4)
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 cawan santan pekat
- garam secukup rasa
Bahan B ( dikisar)
- 20 biji cili api
- 1 inci kunyit hidup
- 3 biji bawang merah
- 1 cawan air
Cara memasak
1. daging dibasuh dan tuskan. Gaulkan dengan sedikit garam dan bakar sehinga masak. Kemudian potong kecil.
2. Masukkan daging, manga, bahan yang dikisar, serai, dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan daging lembut.
3. Masukkan santan pekat. Kacau supaya tidak pecah minyak.
4. Apabila sudah mendidih, perasakan dengan garam dan angkat
5. Sedia dihidangkan.