Beriani Kambing

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Beriani Kambing

Beriani Kambing

Hye. Apa khabar semua?

Ingat lagi tak haritu saya ada kongsikan kebaikan dan manfaat serta ciri ciri bahan masakan yang selalu kita gunakan kat dapur? Kalau ingat bagus...tapi kalau tak ingat boleh lah cari balik ebtry entry saya yang lepas dan baca. Bagus jugak bila kita tahu apa bahan yang kita gunakan dalam masakan kita. Hari ini saya akan sambung lagi dengan beberapa bahan untuk menambah pengetahuan korang.

Kita akan mulakan dengan capsicum.Ia juga dikenali sebagai lada benggala.  Lada ini ada rasa pedas dan manis. Ia berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi merah, kuning, jingga, ungu, putih atau coklat apabila masak. Lada benggala boleh dimakan mentah dan dihidang sebagai snek atau salad dan menjadi penambah perisa. biasanya ia dibakar, dipanggang, ditumis, atau digoreng bersama bahan lain. Banyak terdapat dalam sos, masakan pasta, salad, dan sandwich. pilih lada benggala yang berikilat, warna kulit sekata dan tidak lebam. Ia boleh disimpan selama seminggu di dalam beg plastik di dalam peti sejuk. Lebih ranum lada benggala ketika dipetik, makin kurang rasa segarnya.

Yang kedua kita akan bercerita tentang tomato. tomato mempunyai vitamin C yang dapat membantu memelihara kulit, sebab itulah ia amat popular dalam kalangan wanita kerana menjadi elemen penting dalam penjagaan kulit muka. Ia boleh didapati dalam bentuk segar atau puri. Apabila ditambah dalam masakan terutamanya spageti, ia akan menghasilkan rasa masam-manis. Cara mudah untuk mengupas kulit tomato ialah membakarnya sehingga layu kemudian dikupas kulitnya perlahan lahan.

Dan yang terakhir untuk kali ini saya akan berborak pasal telur. Yang biasa kita gunakan untuk memasak ialah telur ayam kan. Telur ayam digunakan secara meluas untuk pelbagai hidangan. Ia boleh didapati dalam bentuk jeruk, rebus, sejuk, atau dimakan mentah. Cara membezakan telur masak dengan telur mentah tanpa memecahkan kulitnya ialah dengan memutarkan telur tersebut. Kandungan cecair dalam telur mentah akan menghentikan putaran dalam tiga putaran. Kandungan telur rebus keras kerana ia penyahasilan protein. Okay itu sahaja dan kita terus dengan resipi kita Beriani Kambing.
Beriani Kambing

Beriani Kambing

Bahan A
  • 1 kg daging kambing
  • 4 sudu makan rempah beriani
  • 1 cawan yougurt asli
  • 3 biji kentang (dipotong kecil)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 1 pokok daun ketumbar (dipotong kasar)
  • garam secukup rasa


Bahan B (menumis)
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 2 inci halia (ditumbuk kasar)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan minyak masak


Cara membuat
1. daging dipotong kecil dan dibasuh. kemudian tuskan dan perap dengan rempah beriani.
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. masukkan daging dan air, kemudian kacau rata sehingga pecah minyak.
4. masukkan daun ketumbar dan masakkan sehingga daging lembut.
5. masukkan santan, garam, dan kentang. masakkan sehingga kentang lembut.
6. masukkan tomato, cili merah, cili hijau, bawang besar, dan daun ketumbar. kemudian rasakan garam.
7. apabila nampak layu, tutup api dan hidangkan.
, ,