DAGING NASI KANDAR

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

DAGING NASI KANDAR

DAGING NASI KANDAR

Hye Assalamualaikum. Apa khabar?

Seperti yang telah saya janjikan pada entry yang lepas, entry kali ini kita akan bercerita serba sedikit tentang manfaat yang kita akan dapat daripada bahan bahan masakan kita iaitu bijan, buah keras dan juga buah pala.

Kita mulakan dengan bijan. Ada juga yang memanggilnya dengan nama lenga. Bijan digunakan sebagai bahan perasa dalam masakan dan rasanya sederhana manis. Bijan dipanggang atau digoreng dalam minyak panas sebelum dicampurkan dengan makanan lain. Ia juga berfungsi sebagai bahan hiasan untuk roti, biskut dan kek selain digunakan dalam kuah sos.kandungan minyaknya tinggi dan mudah rosak jika terdedah pada suhu tinggi. Bijan berkesan untuk menguatkan tubuh badan, baik untuk hati dan limpa serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Buah keras pula banyak digunakan dalam masakan Indonesia atau Malaysia sebagai pemekat kuah. Ia dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana kandungan toksiknya tinggi ketika mentah. Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging untuk melembutkannya selain menambahkan lemak masakan tersebut.

Manakala buah pala pula masam dan kelat untuk dimakan didalam keadaan segar. Ia diproses untuk dijadikan halwa kandi dan jeruk pala. Manakala bijinya dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari biji buah pala digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan seperti sos dan kicap, sebagai rempah, perisa untuk kek dan masakan berasaskan susu. Isi dan biji buah pala mengandungi minyak yang ada rasa berbeza. ,esti sekarang korang baru tahu dengan jelas tentang manfaat dan kegunan bahan bahan masakan yang selalu ada di dapur kita tu. Mesti korang nak tahu lagi kan. Next entry saya cerita tentang bunga lawing, cengkih dan ketumbar pula. Sekarang kita belajar memasak dulu. Menu kita hari ini daging nasi kandar.
DAGING NASI KANDAR

DAGING NASI KANDAR.

Bahan A
  • 500 gram daging lembu (diperapkan dengan 3 sudu rempah kari daging)
  • 4 batang serai (diketuk)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • ½ cawan minyak masak
  • 3 cawan air
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 pokok daun ketumbar
  • garam secukup rasa


Bahan B (menumis)
  • 2 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelage
  • 5 kuntum bunga cengkih


Cara Memasak
1.  panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan, serai dan daun kari sehingga wangi.
2.  Masukkan daging yang diperap, tomato dan daun ketumbar. Kacau rata.
3.  Masukkan air, air asam jawa dan garam.
4.  Masak sehingga pekat dan pecah minyak
5.  Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia dihidang.
, ,