Resepi Cheff: Sup
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Resipi Sup Sayur

Hye Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai saya kongsi kan 3 resipi sup yang sedap untuk korang. Dan kali ini pon saya akan share kan lagi resipi sup yang menarik untuk anda cuba. Bagus makan makanan yang berasakan sup ni. Sebab nya ialah penggunaan minyak dalam masakan sup adalah sedikit. Boleh la kita diet sikit tanpa meninggalkan makanan makanan kegemaran korang tu.

Hari ini saya akan kongsikan resipi sup sayur saya ye. Tapi biasalah bila cakap pasal sayur je semua tak berminat. Bila cakap pasal sayur je semua orang akan membayangkan sayur tu pahit...batang sayur tu keras...dan macam macam lagi. Tapi sebenarnya benda yang korang tak suka ni lah yang banyak memberi khasiat dan sangat baik untuk kesihatan korang.

 Antara manfaat sayur sayuran yang korang kadang kadang tak tahu ialah ia boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan, mencantikkan kulit, membina dan memperbaiki tulang, menguatkan sistem imunisasi badan, menangani masalah kesihatan, mengurangkan risiko penyakit berbahaya, kaya dengan sumber protein, dan paling penting baik untuk kanak kanak.

Cuma kadang kadang kita yang tak berapa pandai masak ni tersilap dalam memilih cara masakan sayur sayur tu. Itu yang membuatkan rasa sayuran itu tak berapa sedap sekaligus membuatkan ramai yang tidak suka dengan segala jenis masakan berasaskan sayuran. Kalau boleh tambahkan serbuk perasa lebih sikit andai sayuran itu terlampau pahit atau tawar. Sayuran yang keras atau bahagian batang sayuran yang keras perlulah dimasak lama sikit agar lebih lembut. Kalau kena dengan cara masaknya...inshaallah semua akan suka dengan masakan sayuran yang kita buat. Untuk hari ni seperti yang saya dah bagitahu tadi, kita akan memasak sup sayur.

Resipi Sup Sayur
Sup Sayur

Bahan-bahan :
  • 2 pokok sawi
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 paket kecil cendawan tiram kelabu
  • 1/2 kuntum bunga kobis
  • 2 pokok daun sup
  • 1 biji tomato
  • 1 paket kek ikan
  • 2 biji bawang  merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 biji cili api
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • Sepeket sup bunjut
  • Secebis asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya


Cara-cara:
1. Sayuran dipotong-potong. Daun sup di asingkan daun dan batangnya dan dipotong. Tomato dipotong baji 6 bahagian.  Kek ikan juga di potong kecil. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. Halia dan cili api di ketuk pecah sedikit.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk lumat. Bila bahan tumbuk dah kekuningan dan berbau wangi masukkan air. Tunggu mendidih sedikit, masukkan halia dan cili api yang diketuk. Masukkan juga sup bunjut,  kiub ayam, serbuk lada hitam dan asam keping
3. Selepas itu masukkan kek ikan. Tunggu hingga mendidih. Bila mendidih, masukkan sayuran kecuali daun sup dan tomato. Batang sup dimasukkan sekali yer. Pada masa ni sesuaikan berapa banyak air yang diperlukan. Kalau rasa tak cukup air, boleh tambah.
4. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula. Dah cukup rasa.... boleh masukkan tomato. Tunggu sebentar sehingga tomato ada tanda-tanda nak terkopek kulit luarnya, Bolehlah tutup api. Lepas tu taburkan daun sup kedalam.

Resipi Sup Ikan Merah

Hye Assalamualaikum

Seperti yang sedia maklum...Malaysia sejuk!!! Jarang jarang berlaku kan. Seronok juga bila berlaku. Terasa macam di negara eropah la pula kan. Udara sejuk dan nyaman je kan. Tapi problem nya nak bangun tidur susah. Dan kalau kat tempat kerja...mata layu je. Macam ada benda bergayut kat mata suruh tutup. Kalau boss nampak boleh kena marah. Bahaya. Nasihat saya...cari lah sesuatu yang dapat menyegarkan badan dan minda korang. Jangan lena dibuai mimpi sudah lah.

Saya ada tips ye dalam kedaan sejuk ni untuk menyegarkan badan dan minda korang. Dan semestinya mestilah tips dari segi makanan. Saya kan rajin makan...masak...dan tulis resipi so tips yang datang dari saya pon berkaitan makanan lah. Hehe tapi makanan ni penting tau. Tubuh yang sihat datang dari pemakanan yang sihat. Cewah!!! Ada macam doktor pemakanan tak? Apa tips nya? Senang je...cari lah sup sup semasa rehat pagi tu. Sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesegaran dan tenaga korang. Tak ada lah lemau je panjang hari.

Cuba korang imagine sikit...pagi yang lemah lesu tu...tiba tiba datang semangkuk sup. Dengan warna yang cantik dan bau yang menyelerakan pastinya korang excited nak makan kan. Lepas tu sebelum korang hirup sup tu....korang ambik bau dulu. Bau sup yang sedap tu masuk ke hidung kemudian terus ke otak korang. Confirm terus segar bugar dan hilang mengantuk. Then korang hirup sup yang panas tu...terus menyegarkan badan korang. Daripada suasana yang sejuk...terus badan korang berasa hangat je. Selesa untuk bergerak ke sana ke mari. Lepas tu...lepas tu...lepas tu apa lagi...korang ambil roti then cicah la dengan sup tu dan makan sampai kenyang. Hehehe

Tapi kadang kadang susah juga nak cari sup pagi pagi ni kan. Jarang ada sebab selalu sup ni popular waktu malam je. Apa kata korang buat je kat rumah...then bawa pergi ofis. Boleh masuk dalam microwave kan untuk panaskan. Sedap pon sedap...jimat pon jimat. Janji kita rajin. Lagi pon bukan susah sangat...resipi saya bagi...korang tinggal follow je. InshaAllah sedap. So disini saya kongsikan resipi sup ikan merah. Kenapa ikan? Sebab ikan ni tak lah "heavy" sangat untuk dimakan pagi pagi. Dan lebih mudah sikit untuk disediakan berbanding dengan sup lain.

Resipi Sup Ikan Merah.
Resipi Sup Ikan Merah

Bahan bahan:
  • 1 ekor Ikan Merah
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1/2 inci halia - hiris kasar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 batang karot - hiris nipis
  • 1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
  • 1-2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
  • Garam
  • Daun sup / daun bawang
  • Bawang goreng


Cara cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya. Masukkan ubi kentang dan karot dan masak sehingga hampir lembut.
3. Kemudian masukkan ikan, garam, lada hitam dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.
4. Setelah kentang empuk, taburkan daun bawang dan tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng.

Selamat mencuba.

Resepi Sup Tulang

Hye Assalamualaikum

Jumpa lagi kita ye dalam blog ini. Siapa yang tengah baca sekarang ni...saya nak ucapkan banyak banyak terima kasih kepada korang. Dan korang merupakan spesies yang sangat terbaik. Mana tidaknya, orang lain kalau nak cari resipi terus sahaja kepada resipi. Tak ada pon nak baca baca benda lain. Tapi korang sanggup baca. Terima kasih banyak banyak ye. Love you guys. Blog resipi ni pon tidak kurang pelik nya. Orang lain bagi terus resipi, tapi saya siap berceloteh dulu baru boleh bagi resipi. Lumrah lah kalau suri rumah. Banyak luahan perasaan. Kalau luahkan kat kucing...orang kata gila pulak nanti.

Eh korang, korang pernah tak teman husband korang pergi sembelih lembu? Especially masa hari raya korban? Tak pun kalau keluarga korang ada buat korban. Kalau ada bagus. Kalau tak ada cuba lah join. Seronok sangat. Ni saya nak bercerita tentang sembelih lembu tapi dalam masa yang sama ia berkaitan dengan resipi kita hari ini. Bukannya apa, saya teringat tentang aktiviti sembelih lembu semasa hari raya korban. Saya berkesempatan join satu tempat ni buat korban. Ramai orang yang datang membantu. Yelah kalau tak ramai bula nak siap sedangkan banyak lembu yang hendak dikorbankan.

Biasanya orang lelaki akan sembelih dan melapah. Dan kaum perempuan akan potong kecil kecil bahagian daging itu dan timbang untuk di agihkan kepada yang memerlukan.     
Dan saya ni jarang join aktiviti ni. Agak excited la juga. So saya dapat la tahu proses orang buat korban dari mula hingga lah selesai. Tapi Pada awal awal program tu...ada perkara yang menjadi persoalan besar untuk saya. Selalu saya ke kedai jual daging ada banyak daging jelah. Tak ada pulak banyak tulang. Hari tu masa aktiviti tu di jalankan...saya tengok ada banyak tulang tulang lembu. Yang biasa dimakan mestilah dagingnya kan. Habis tu tulang tulang tu takkan dibuang? Itu lah yang menjadi persoalan. Dan akhirnya persoalan saya terjawab juga apabila ada satu kumpulan makcik makcik ni datang bersama periuk besar siap dengan dapur memasak sekali. Bahan bahan memasak seperti daun sup, bawang, kentang dan rempah ratus pon ada dibawa juga. Rupa rupanya, kat tempat tu....lembu yang dikorbankan dagingnya dimbang dan diagihkan sama banyak kepada yang memerlukan. Manakala tulang tulang lembu itu di masak sup dan dijamu kepada semua yang terlibat dalam aktiviti korban itu. Bayangkan lah dah penat penat melapah lembu...dijamu dengan sup tulang bersama roti. Hilang semua rasa penat.

Semasa semua tengah sibuk melapah dan mengagihkan daging itu, makcik makcik tadi pon dah mula memasak sebab sudah ada tulang tulang lembu yang tersedia. Saya pun terus bertukar tempat dan join group makcik makcik memasak ni. Sebab bau sup yang mereka sedang masak tu sangat menyelerakan. Saya tidak lepaskan peluang untuk bertanya tanya tentang resipi mereka. Biasalah air tangan orang yang lebih tua ni boleh tahan hebatnya. Kat sini saya kongsikan resipi sup tulang resipi daripada makcik makcik yang saya borak masa tu ye.

Resepi Sup Tulang
Resepi Sup Tulang

Bahan bahan:
  • 1 kg tulang lembu (rebus dahulu hingga empuk)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar
  • Air rebusan tulang secukupnya
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 batang celery (dihiris)
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • 3-4 biji cili padi (dihiris)
  • Bawang goreng


Bahan Kisar:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 batang celery
  • 1 batang leek


Cara cara:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kemudian kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
2. Panaskan minyak sapidan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
4. Kemudian masukkan rempah sup dan tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
5. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
6. Biarkan sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng.

Selamat mencuba.

Resipi Sup Ayam

Hye Assalamualaikum

Apa khabar semua? Cuti hari tu korang buat apa? Kalau dapat pergi jalan jalan mesti best kan. Tapi tu lah...asik hujan je buat masa ni so mood nak keluar berjalan jalan tu tak ada. Mood yang ada hanyalah duduk depan tv tengok movie yang ada. Lepas tu sambil makan segala macam makanan yang ada kat rumah. Memang satu aktiviti yang menggemokkan betul. Tapi asik tengok tv je bosan jugak.mbukan semua cerita best best. So apa lagi...saya pon buat operasi mengemas dapur la.

Korang tahu tak mengemas dapur ni memang penting bagi semua rumah yang ada dapur. Tapi kadang kadang ada orang yang tak faham maksud kemas dapur ni. Yang mereka faham kemas dapur ialah sapu sampah sampah dan habuk yang ada atas lantai lepas tu basuh dan susun pinggan. Sebenarnya kemas dapur ni lebih dari itu. So saya mulakan dengan membersihkan peti ais. Penting peti ais ni kat rumah. Kalau tak ada macam mana la kita nak simpan makanan kita. Cepat rosak la kalau biar atas meja je. So kena lah bersihkan...freezer tu kena la buang ais yang melekat di tepi tepinya...then cek la fridge kita tu...kalau ada makanan yang dah terlalu lama atau rasa macam dah tak perlu...buang sahaja. Kadang kadang disebabkan kita tak bersihkan fridge kita...kita tak perasan rupanya ada makanan yang dah rosak sebab lama sangat tersimpan dan kita tak perasan.

Lepas tu kita bersihkan pinggan mangkuk kita yang tersimpan dalam almari tu. Kadang kadang ada lipas dalam almari tu. Kena lah bersihkan lepas tu letak ubat halang lipas. Mana pinggan mangkuk kita yang dah rosak tu kita tukar lah dengan yang baru. Kalau asik disimpan je tiada guna jugakkan.

Selepas tu kita bergerak ke almari makanan kering kita serta tempat simpan segala macam bawang, halia, cili dan macam macam lagi lah. Kadang kadang ada makanan kering kita yang dah tamat tarikh luput. Kena lah diperiksa dan dibuang. Takut kita tak perasan dan terguna...tak pasal pasal sakit perut pulak keluarga kita nanti. Untuk bawang, halia, cili dan segala bagai tu kita periksa lah. Mungkin ada yang dah rosak sebab kita tak pakai. Kalau tak dibuang...itu yang boleh mendatangkan lipas dalam rumah tu. Dan paling penting bila kita kemas dapur...secara tak langsung kita dapat periksa apa keperluan dapur yang dah habis.

So masa saya tengah kemas peti ais tu, baru saya perasan ada ayam yang dah lama sangat duduk terperuk di dalam peti ais tu. Sebab terlindung dengan bahan bahan lain...jadi saya tak perasan. Ayam tu dah keras macam batu dah. Nak dibuang tapi masih boleh dimasak dan rasa membazir pulak. Duduk la termenung lima minit memikirkan nasib ayam tu. Dan akhirnya...keluar lah idea nak buat sup ayam. Sesuai sangat dengan ayam yang dah keras kamatu tu. Rasa rempH ratus yang kuat dari supmtu dapat lah di balance kan dengan rasa ayam yang dah tak berapa segar tu. Saya share kan resipi sup ayam saya.

Resipi Sup Ayam.

Bahan-bahan
  • 500 gm ayam di potong kecil-kecil
  • 1/2 batang lobak merah di potong 1 inc
  • 2 biji kentang (di potong baji)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • daun sup dan daun bawang (di cincang halus)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
  • Serbuk perasa maggi


Bahan kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam


Cara masak :

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
2. Kemudian masukkan ayam dan tunggu sekejap.
3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang,  masak hingga empuk
5. Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa maggi.
6. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang.

Resepi sup telur

Hye Assalamualaikum

Macam mana dengan resipi dari saya? Ada yang dah try buat? Menjadi ke tak menjadi? Hope resipi resipi saya dapat lah membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang membaca dan mengikuti resipi saya. Tapi pada kebiasaannya, mereka yang mencari resipi ni ialah orang muda kan. Ilmu masih cetek. Bagi yang dah 5 ke 6 tahun jadi suri rumah tu dah tak perlu sangat resipi ni kan. Cuba cuba sendiri pon dah boleh jadi satu hidangan dah.

Resipi ni kalau nak belajar dalam masa yang singkat...memang tak terkejar lah. Ada macam macam jenis menu. Ada untuk hidangan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga malam. Lepas tu kita boleh pecahkan lagi kepada masakan melayu, masakan cina, masakan india dan tak lupa juga masakan western. Tapi sebenarnya ada satu lagi menu resipi yang orang jarang dengar tapi sebenarnya ada. Nak tahu ke apa? Okay jawapan dia ialah menu untuk kanak kanak. Especially baby yang baru belajar makan nasi. Bukan kita tak boleh nak bagi hidangan hidangan yang biasa kita makana tu, cuma kurang sesuai. Yelah...kanak kanak bukannya tahan pedas...lepas tu gigi tak lah kuat sangat nk mengunyah...itu yang lahirnya resipi hidangan untuk kanak kanak. Tetapi, hidangan untuk kanak kanak ini tak ada lah jauh beza sangat dengan apa yang kita makan. Cuma biasanya menu mereka adalah makanan yang kurang pedas dan biasanya makanannya lembut. Mudah lah untuk mereka mengunyah.

Tambahan pula ibu ibu sekarang sangat menitik beratkan soal pemakanan anak anak mereka. Untuk memastikan anak kesayangan sihat dan cergas serta bijak...pemakanan haruslah dijaga. Itu yang sekarang ni kalau kita tengok dah banyak dah orang kongsikan resipi unutuk kanak kanak. Tinggal kita jelah rajin nak buat ke tak nak. Zaman sekarang semua dah mudah. Tak perlu nak ke kedai buku untuk beli buku buku masakan. Semuanya di hujung jari. Tinggal cari je dan semestinya lebih jimat sebab tak perlu keluar duit unutuk beli buku.

Biasanya hidangan untuk kanak kanak ini mengadungi banyak sayur sayur dan buah buahan. Semua ni dapat memberikan zat dan vitamin yang diperlukan oleh kanak kanak. Ibu bapa yang bekerja mesti tak sempat nak perah otak untuk mencipta makanan kepada anak anak mereka. Sebab itu sekarang dah banyak resipi makanan kanak kanak ada di dalam internet dan juga buku buku masakan. Semua ini untuk memudahkan para ibu bapa yang bekerja tetapi masih mahu memastikan anak anak mereka mendapat makanan yang terbaik.

Saya pon tak nak ketinggalan juga. Hari ini saya akan kongsikan resipi yang sesuai dimakan oleh kanak kanak dan juga dewasa. Kan dah jimat kat situ. Mak boleh makan anak pon boleh makan. Tak perlu lah nak masak asing asing. Nak tahu ke menu dia apa? Mesti lah nak kan...kalau tak mesti tak baca sampai bawah ni. Haha. Resipi kita kali ini ialah sup telur.


Resepi sup telur
Resipi sup telur

Bahan bahan

  • 2 biji bwg merah-hiris nipis
  • 2 ulas bwg putih -hiris nipis
  • 1 inci halia -hiris nipis
  • Batang sederi-hiris nipis
  • 5 biji telor
  • Sedikit suhun & tahu kering (direndam)
  • Cendawan kering  (rendam dalam air panas 15 minit)
  • 1 ketul pati kiub ayam
  • Daun sup
  • Garam & sedikit gula
  • 2 biji ubi kentang


Cara membuat :
1. Tumis semua bahan bahan yang dihiris nipis sehingga wangi dan kekuningan kemudian masukkan air.
2. Masukkan ubi kentang dan masak sampai ubi kentang empuk.
3. Masukkan cendawan kering, suhun dan tahu kering.
4. Masukkan garam, gula dan pati kiub ayam.
5. Masukkan telor dan biar menidih. Jangan kacau telur nnti telor hancur...biar mendidih seketika...pastu tabur daun sup.

Siap unutuk dihidang. Selamat mencuba.

Sup Bayam dan Cendawan

Bahan bahan:
  • 2 ikat sayur bayam
  • 150gm cendawan tiram
  • 1 genggam udang kering direndam
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Air secukupnya 
  • Garam secukup rasa


Cara memasak Sup Bayam dan Cendawan   :
  1. Kupas bawang dan mayang halus, potong bayam. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga lumat.
  2. Bersihkan cendawan kemudian siat menjadi kecil. 
  3. Panaskan  minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau. Masukkan air, sos tiram dan minyak bijan.
  4. Kacau mesra sehingga kuah hampir mendidih . 
  5. Masukkan sayur bayam dan cendawan apabila kuah hampir mendidih, terus kacau. Perasakan dengan garam, Apabila sayur bayam hampir layu, tutup api.

Sup Kaki Lembu atau Sup Gear Box


SUP KAKI LEMBU (SUP GEAR BOX)



Bahan-bahan

4 batang kaki lembu (di bakar dan di buang kulit atau serpihan yang hitam-hitam)
3 batang serai (diketuk)
4 inci halia (ditumbuk)
4 inci lengkuas dihiris)
2 paket sup bunjut
1½ jug air
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pala
1 ketul kiub pati ayam
1½ sudu garam secukup rasa
1½ perasa (apa-apa perasa untuk sedapkan rasa) secukup rasa.


Cara- cara membuatnya

1- Masukkan kaki lembu ke dalam periuk, masukkan air, serai, halia dan lengkuas,
2- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala, serta 2 paket sup bunjut dan kiub pati ayam, kemudian masukkan garam secukup rasa dan perasa...
3- Rebus bahan-bahan tadi selama 1½ jam dan tunggu sehingga dagingnya lembut dan empuk untuk dimakan..
4- Siap untuk dihidangkan

Selamat mencuba (feveret Aisya ^__^)


(Scha)

Bihun Sup Utara

BIHUN SUP UTARA
Bihun sup utara



Bahan-bahan:

  • 450 g bihun 
  • 1 kg daging atau ayam
  • 1 paket sup bunjut adabi
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 4 inci halia (diketuk)
  • 4 biji bawang (dihiris)
  • 4 biji bawang (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pala
  • 2 biji buah keras (ditumbuk)
  • 1½ sudu besar garam 
  • 1½ sudu kecil perasa
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 jug air (boleh tambah air kalau nak kuah yang elbih)
  • ½ batang daun sup/bawang (untuk hiasan)
  • 50 gram cili serbuk (dibancuh)
  • 5 sudu besar minyak (tumis)


Cara-cara membuat kuah cili (sambal) sebagai penambah rasa pedas

  1. Panaskan minyak, masukkan cili serbuk yang telah di bancuh tadi, ke dalam periuk, tambahkn sedikit air (jangan cair sangat)
  2. Masukkan garam, perasa dan gula, masak selama 15 minit..tunggu sehingga pecah minyak...dan tutup api..





Cara-cara membuat sup

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan buah keras.
  2. Tumiskan sehingga menjadi warna kekuningan.
  3. Masukkan isi ayam atau daging ke dalam periuk (separa masak).
  4. Masukkan air (tambahkan air lagi jika mahu kuah yang bnyak)
  5. Masukan sup bunjut, kiub pati ayam, garam secukup rasa dan perasa...masak selama 40 minit…
  6. Bihun Sup siap untuk dihidangkan..taburkan daun sup sebagai hiasan....

Selamat mencuba...

(scha)

Bihun Sup Bebola Ayam Berlada Sarawak.

Bahan bahan:
  • 200g isi ayam - cicang lumat2
  • 1 biji telur ayam
  • 1 biji kentang - saiz potong ikut citarasa
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 2 ulas bawang merah - cicang kasar
  • 2 ulas bawang putih - cincang kasar
  • 2cm halia - cincang kasar
  • 2 batang sayur sawi
  • 5 kuntum cendawan Shitake - rendam, belah dua
  • 2 batang daun sup - hiris halus
  • 1 paket bihun - guna sebelah je - celurkan
  • 3 sudu kecil serbuk lada
  • serbuk perasa/garam/tumix
  • minyak masak - secukupnya
  • 4 gelas air
Cara cara:
  1. Gaulkan isi cincang bersama tepung jagung, telur ayam (pecahkan), tepung jagung, ketepikan.
  2. Tumis bawang, halia  hingga naik bau, kekuningan. Masukkan air, biar mengelegak, masukkan kentang
  3. Bentukkan ayam cincang (bulat), habiskan
  4. Masukkan ayam cincang (bulat), 1 persatu macam nak masak onde2 tu, diikuti cendawan shitake, sayur sawi.
  5. Perasakan dengan lada, tumix, garam
  6. Taburkan hirisan daun sup @ bawang goreng

Sup Ayam Special

Sup Ayam Special
Sup ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam potong
  • 2 labu bawang merah dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 inci halia ditumbuk sedikit
  • sebatang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji kentang
  • 1 batang lobak dipotong bulat
  • 1 mangkuk air panas
  • lada sulah, garam dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara membuat Sup Ayam

  1. Rempah2 direndam dalam air panas seketika kemudian toskan. Air rendaman turut disimpan.
  2. Tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  3. Masukkan ayam dan biarkan selama 10minit
  4. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  5. Bila sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam dan lada sulah. 
  6. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup.

Resepi Sup ikan Haruan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 keping asam keping
Bahan  A ditumbuk
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 cm halia  

Bahan B
  • Daun bawang
  • Daun Sup
  •  Garam 
Cara menyediakan Sup ikan Haruan:
  1. Potong dan bersihkan ikan dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.
  2. Panaskan minyak jagung, Kemudian tumis bahan A hingga naik bau. Masukkan air. 
  3. Apabila dah mendidih, masukkan bahan lain. Kacau dan biarkan seketika.
  4. Apabila sudah masak masukkan bahan B. kacau seketika. Siap.



Sup Ayam

Sup Ayam

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam dipotong 8
  • 1 labu bawang merah - dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 1 inci halia - tumbuk sedikit
  • sebatang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji kentang - belah 6
  • 1 batang lobak - dipotong bulat
  • 1 mangkuk air panas
  • lada sulah, garam dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang dan bawang goreng

Cara-cara penyediaan Sup ayam

  1. Rempah  direndam dalam air panas kemudian toskan rempah tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia dan rempah yang telah direndam. kacau seketika.
  3. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  4. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi.Nak kuah lebih boleh tambah air lagi.
  5. Apabila sudah menggelegak, masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, dan lada sulah. Ubah mengikut selera anda
  6. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang